Followers

Showing posts with label Nahaza. Show all posts
Showing posts with label Nahaza. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

1Malaysia Pad

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia


Apo kabo adik kakak sumo? Ambo mendoakan sumo sihat sejahtera selalu. Hari ni, ambo nak berkongsi satu lagi gajet baru. Nak kata baru tak jugak tapi penjenamaan Malaysia tu yang buat ambo bangga dan kembang hidung.

Ceritanya,  25 Mei 2012 yang lepas telah dilancarkan gajet Tablet  jenama 1Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob yang diberi nama 1Malaysia Pad. Tablet ini dikeluarkan oleh  MalTechPro Sdn Bhd dengan inisiatif untuk mengantikan Notebook 1Malaysia yang diberikan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan  (KPKK) dan seiring dengan peredaran kecanggihan teknologi gajet terkini. Menurut MalTechPro Sdn Bhd gajet ni  setanding dengan  jenama lain di pasaran yang mempunyai kualiti tinggi dengan harga murah. 




Berdasarkan pembacaan ambo, katanya gajet ni mempunyai beberapa kelebihan iaitu : 

@ Sistem Operasi Android Gingerbread 2.3
Touch Screen 7 inci.

@ Kamera belakang 3.0 megapixel.
@ Ruangan memori kad micro-SD sehingga 32GB.

@ Kamera depan 0.3 megapixel.
@ Bateri Li-Polymer sebesar 4000mAH.
@ Mempunyai 1Malaysia Messenger yang membolehkan anda    berhubung secara percuma seperti BlackBerry Messenger (BBM) atau WhatsApp.
@ Pelajar institusi pengajian tinggi (yang mempunyai kad diskaun siswa) mendapat diskaun istimewa.
@ Harga RM999 khas untuk 999 orang yang terawal sahaja.
Ambo difahamkan gajet ini memang disasarkan kepada pelajar iaitu spesifiknya siwazah universiti sebab itu jika ditunjukkan kad pelajar semasa membeli gajet ini akan dapat harga diskaun dan kerana itu juga ia murah berbanding dengan tablet jenama yang lain. 



Jadi, sesiapa yang berminat boleh la survey dulu di kedai - kedai telekomunikasi di luar sana. Ambo juga berharap, harganya akan berbaloi dengan kualiti dan perkhidmatanya...












Nahaza : Ambo harap gajet ini akan sehebat namanya.

Thursday, 12 July 2012

Pertempuran Syarikat Telekomunikasi Dunia

Assalamualaikum Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Hari ni ambo nok berkongsi satu lagi berita gempar mengenai syarikat – syarikat besar di dunia ni. Sedang   kita duk asyik sangat melihat perkembangan android di Malaysia rupanya syarikat – syarikat besar ni tengah beradu untuk mendapat tempat pertama di hati pengguna. Ambo ada survey  berita terkini rupanya banyak dah pergaduhan antara syarikat – syarikat besar ni. Yang banyaknya Apple saman syarikat yang lain. Ambo pun tak tahu la apa dah jadi dengan Apple ni. Suka sangat saman syarikat lain. Tapi bila difikirkan  balik tak kan lah sesuka hati dia je nak saman orang. Mesti ada sebab yang kukuh kenapa Apple saman syarikat – syarikat tu.






Dipanjangkan lagi ceritanya, Apple sebelum ni pernah saman Motorola  sebab dikatakan meniru  paten ciri ‘slide to unlock’ ciptaan mereka untuk iphone syarikatnya. Tapi, Motorola tak takut dan dia lawan Apple. Akhirnya Motorola menang kes ni… sebabnya bila hakim yang mengadili kes itu siasat didapati bahawa dakwaaan Apple tidak benar sama sekali kerana ciri 'slide to unlock' tidak sama dengan  ciri ‘tap to unlock’ pada telefon bimbit android  buatan Motorola. 





Kes perebutan perang intelek antara Motorola dan Apple dihakimi oleh Judge Richard A. Posner, kes ini dibicarakan di  Mahkamah Persekutuan Chicago. Kes ini antara beberapa kes yang difailkan oleh Apple terhadap Motorola, kes-kes lain akan dimulakan prosidingnya bermula pada bulan lepas. Apple serius memerangi android kerana menganggap android salah satu produk tiruan terhadap iPhone yang dikeluarkan Apple….Dashyat tu!!!















Nahaza : Sekali imbas, Apple ni macam takut dengan bayang - bayang sendiri dan tak yakin dengan keupayaan syarikatnya yang sebenarnya paling berpengaruh di dunia. Alahai Apple!!!

Bila Syarikat Gergasi Kena Saman

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia...

Lama sungguh ambo tak menulis di blog ni… ada ceritanya kenapa lama tak menulis ni. Ceritanya ambo cuti bersalin anak pertama Disember tahun lepas dan masuk kerja Hujung Mac lepas. Maka, bila masuk kerja selepas 3 bulan bercuti harap maklum lah kepadatan kerja yang perlu diselesaikan dan hari ni barulah ada masa untuk menulis. Jadi, apo kabo semua kawan- kawan ambo semua… harapnya sihat sejahtera la semua.

Apa cerita dunia gajet sekarang? Anda semua tahu ke apa perkembangan semasa dunia gajet sekarang. Rasa macam ambo dah banyak ketinggalan kut… tapi tak per ambo kejar balik. Jadi, cerita baru – baru ni ambo dengar Kerajaan China menyaman syarikat gergasi Apple untuk pemilikan nama iPad. Ambo ingat iPad tu nama kreatif yang Apple berikan untuk masterpiece dia yang satu ni rupanya ambil nama pinjaman semata – mata.





 Akhirnya, terpaksa la Apple bayar syarikat China, Proview Technology sebanyak USD 60.  Syarikat itu mendakwa mempunyai hak sebenar ke atas nama iPad.  Dengar ceritanya sebelum ni Proview mengeluarkan set desktop pc yang  dinamakan  iPad, jadi bila  Apple  memasarkan  tablet  iPad  di China, Proview memafilkan saman atas  dakwaan bahawa Apple tidak ada hak  untuk menggunakan nama iPad sebagai nama rasmi kepada tablet keluaran Apple.




Apple pula menafikan dengan berkata mereka telah membeli hak ke atas nama iPad daripada Shenzhen Proview Technology pada tahun 2009 lagi bagi menangkis dakwaan Proview. Kini masalah perebutan nama iPad itu sudah selesai bila Apple terpaksa bayar juga kepada syarikat tersebut untuk hak kepada nama iPad itu.










Nahaza: Ini perebutan nama je.. boleh sampai kena bayar berjuta. Memang inilah kuasa syarikat besar.

Tuesday, 22 November 2011

Industri ICT Malaysia


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Apo cerito sumo adik kakok ambo... sekarang ambo buka mano - mano blog sumo sibuk bercerito tentang Bajet 2012. Demo sumo tahu tak tentang isi kandungan Bajet untuk tahun depan. Jangan pula kito buat tak tahu sebab bajet ini adalah untuk kito semua sebagai rakyat Malaysia. Segala yang telah dirancangkan dalam perbentangan bajet  bulan Oktober  2011 yang lepas akan berkaitan dengan kito walaupun tak banyak akan berkaitan dengan kito juga kerana kito rakyat Malaysia.

Tapi kali ni ambo bukan nak cerito tentang semua  aspek yang ada dalam Bajet 2012 tetapi ambo lebih tertarik untuk berkongsi dengan demo semua  tentang bajet yang berkaitan dengan Industri ICT. Tapi untuk pengetahuan demo sumo,  dalam perbentangan bajet 2012 tidak disentuh tentang peruntukan mengenai ICT kerana peruntukan itu telah dibentangkan dalam bajet 2011 pada Oktober 2010 yang merangkumi tahun 2011 sehingga 2012.

Demo perasan tak yang sekarang sangat senang untuk kita melayari internet dengan penggunaan jalur lebar? Duduk di mana – mana hotel atau kopitiam kita boleh melayari internet dengan percuma kerana inilah antara kemudahan yang telah Kerajaan bagi dalam peruntukan Jalur Lebar Kebangsaan. Inilah kemudahan yang kita rasai setelah kelulusan perbentangan Bajet 2011 pada tahun 2010 yang lalu.

Demo sumo tahu  ke tidak yang, untuk memantapkan industri ICT  negara kita bagi tahun 2011 dan 2012 kerajaan mempercepatkan pelaksanaan High Speed Broadband dengan jumlah kos sebanyak 11.3 billion ringgit. 2.4 Billion  ringgit dari pihak kerajaan dan 8.9 bilion ringgit lagi daripada Telekom Malaysia. Sebagai permulaan, perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabait sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010. Seterusnya, perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012.



Untuk meningkatkan lagi tahap  celik IT masyarakat kita supaya , setanding dengan rakyat negara di negara maju yang lain, Kerajaan mencadangkan agar pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM 500 setahun mulai tahun 2010 sehingga 2012.

Begitu juga dengan pinjaman untuk membeli komputer bagi penjawat awam yang dibenarkan setiap 5 tahun sebanyak RM 5000 sahaja sebelum ini akan dilonggarkan syarat dengan membenarkan penjawat awam membuat pinjaman setiap 3 tahun sekali.

Semua ini dilaksanakan oleh Kerajaan untuk rakyat supaya kito sumo tidak akan ketinggalan dan dapat menikmati kecanggihan era zaman kecanggihan eletronik ini. Jadi ambo amat berharap kito sumo boleh menggunakan kemudahan yang telah diberikan oleh Kerajaan ini dengan telus dan berhemah.










Nahaza: Malaysia sekarang sudah jauh berbeza dengan Malaysia zaman dulu. Ini menunjukkan bahawa negara dan masyarakat negara ini bergerak sealiran dengan dunia semasa… betapa bertuahnya kita semua sebagai rakyat 1Malaysia.

Friday, 14 October 2011

Tulen ke Palsu?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Apo koba ore kampong kito …. Ambo harap pengikut setia blog rakan 1klik sumo sihat sejahtera.  Musim ini ambo raso banyak bendo yang ambo nok berkongsi dengan demo sumo.  Hari ni ambo nok cerita tentang telefon bimbit. Demo sumo tahu  tak yang telefon bimbit zaman kini banyak yang  bukan original. Jadi ambo nok berkongsi dengan demo sumo cara untuk mengetahui  telefon bimbit demo itu yang tulen atau pun tidak.  Sila ikut atur cara seperti  di bawah:
  • Cara pertama ialah demo mestilah ada telefon bimbit… ambo yakin itu tidak ada masalah
  • Kemudian demo kena tekan pada keypad handphone anda  *#06#
  • Kemudian handphone demo akan keluar terus nombor kod  IMEI iaitu nombor International Mobile Equipment Identit
Jadi, demo mesti semak nombor IMEI handphone pada digit yang ke 7 dan ke  8. Contohnya, no IMEI handphone V3i ambo ialah 352242017480759 jadi digit ke 7 dan ke 8 adalah 01 dan ini menunjukkan handphone ambo adalah original dan berasal dari kilang asal iaitu Finland. Jadi, demo sumo boleh menyemak ketulenan handphone anda dan dari kilang mana ia dibuat berdasarkan nombor kod EMEL  yang terbit dari handphone anda. Jika :      
  1. 02@ 20 - dari China dan  kualiti yang paling rendah
  2. 08 @ 80  - dari Germany  dan kualiti sederhana
  3. 01 @ 10 - dari Finland dan tulen serta kualiti sangat bagus
  4. 00 @ 03 @ 04 - dari kilang asal dan kualiti yang sangat bagus.
  5. 13 - dari Azerbaijan dan kualiti paling rendah serta boleh membahayakan untuk kesihatan pengguna.                     



Itulah serba sedikit maklumat yang boleh ambo berkongsi dengan demo sumo. Cubalah buat dan tengoklah handhone demo tulen ke tidak sebab banyak penjual telefon sekarang menjual handphone yang tak tulen sedangkan kita pula bayar untuk harga yang sama dengan yang tulen. Sangat tak berbaloi dan membazir. Tapi, ambo tak salahkan demo sumo sebab ambo tahu, sekarang ramai yang menipu untuk untung yang berlipat kali ganda. Jadi, ambo harap demo praktikkanlah tips yang ambo kongsikan ini, selamat mencuba!








Nahaza: Ramai juga orang di sekeliling ambo yang menjadi mangsa penipuan telefon bimbit ni. Jadi,   pesanan ambo berhati – hatilah ketika membeli. Pastikan yang demo beli tu adalah yang original.


Friday, 7 October 2011

Dunia Kehilangan Superman Apple

Assalamualaikum…. dan salam 1Malaysia.


Apo koba adik kakok  sumo? Ambo harap adik kakok sumo sihat sejahtera sokmo. Hari ini ambo nok berkongsi raso sedih dan kehilangan di atas pemergian Superman Apple, Steve Jobs. Beliau meninggal pada usia 56 tahun kerana penyakit kanser pankreas. Beliau adalah pengasas dan Pengerusi Apple Inc yang telah berjaya menjadikan teknologi maklumat sebagai sesuatu yang lebih sekadar dari teknologi kepada kehidupan masyarakat IT lebih – lebih lagi kepada pengguna teknologi Apple. 



Melalui penciptaan beliau seperti iPhone, iPod, iPad, iTune dan MacBook yang mesra pengguna dan interaktif menjadikan dunia ICT bertambah ceria dan berseni. Beliau yang juga merupakan insan yang bertanggungjawab kepada  hab teknologi Silicon Valley merupakan tunjang utama kepada syarikatnya. Bagi ambo yang amat meminati teknologi komputer Apple dan yang selalu mengikuti perkembangan penciptaan gajet syarikat gergasi tersebut, semestinya ambo amat terkilan dengan pemergian Steve Jobs yang secara tiba – tiba. 

Bagi ambo, beliau lah idola pencipta gajet yang dunia perlukan. Pemergiannya dirasai oleh seluruh masyarakat global dan ambo yakin dunia juga merasai kehilangan beliau yang telah banyak berjasa dalam menjadikan teknologi ICT serasi dengan manusia. Yang penting, beliau telah menggunakan pemikiran genius beliau untuk mencipta teknologi komunikasi yang amat memahami keperluan manusia sejagat yang akan diingati dan disanjung sampai bila – bila.













Nahaza: Insan genius memang kelahirannya terbilang dan hanya satu dalam sejuta. 

Friday, 19 August 2011

Kuasa Media Baru


Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia.
 
Apo koba sahabat – sahabat 1klik sekalian? Alhamdulilah, ambo harap demo semua sihat sejahtera selalu dan kepada yang muslim, semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Bulan ini bulan yang penuh keberkatan, bersama – sama la kita menghayati dan memeriahkannya dengan ibadat. Dalam kita menikmati ketenangan di bulan Ramadhan Kareem tiba – tiba kita dikejutkan dengan berita mengenai rusuhan luar biasa di kota besar dan terkemuka dunia, London. Ambo, tak sangka begitu sekali  rakyatnya sanggup menghancurkan negara yang selama ini aman dan tenteram hanya kerana satu peristiwa polis tertembak seorang pemandu teksi dalam satu kejadian  berbalas tembakan pada 4 Ogos 2011. Pada mulanya mereka hanya membuat perarakan secara aman untuk menunjuk bantahan tetapi ia berubah kepada rusuhan yang teruk dan menghancurkan kota besar tersebut. 

Februari yang lepas kita dikejutkan dengan rusuhan di Mesir kerana rakyatnya tak puas hati dengan Presiden negara tersebut iaitu Hosni Mubarak. Rusuhan dilakukan secara besar – besaran dan telah melibatkan ribuan rakyat bersatu untuk menumbangkan kuasa pemerintahan negara tersebut. Rakyat Mesir merusuh kerana menuntut perubahan pimpinan yang korup dan beberapa isu undang – undang, hak milik awam dan juga politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebasan bersuara, rasuah dalam pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihan raya. Begitu juga dengan isu pengangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan yang melampau.

Mesti demo semua pelik kenapa tiba – tiba ambo bercakap tentang dua negara besar dunia yang  mendapat musibah dari rusuhan rakyatnya. Apa kaitan isu ini dengan gajet yang selalu ambo berkongsi. Sebenarnya ambo nak mengajak anda semua berfikir seketika, apa yang menjadi penghubung antara rakyat itu semua sehingga mereka boleh bersatu untuk melakukan rusuhan pada masa yang sama dan dapat berkumpul seramai itu. Apa yang menjadikan mereka dapat menyatukan pendapat dan luahan perasaan mereka sehingga mereka menjadi kuat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Percaya kah demo semua, inilah kuasa media baru seperti Facebook, Twitter dan Blog. Walaupun media baru ini hanya salah satu dari teknologi alam maya tetapi peredaran zaman telah membuktikan bahawa laman sosial seperti ini makin berkuasa dalam mempengaruhi minda masyarakat dunia pada masa kini. 
Perkara inilah yang dikatakan kuasa alam maya. Laman maya sebegitu  mampu mengumpul kepercayaan  masyarakat dari seluruh dunia. Pemikiran segelintir kumpulan boleh menjadi pemimpin pendapat seterusnya menjadi kepercayaan masyarakat maka boleh membentuk aura positif mahu pun negatif. Jika laman sosial tersebut digunakan secara positif ia mampu membentuk masyarakat yang gemilang tapi sekiranya ia disalahgunakan ia boleh membentuk kuasa – kuasa rusuhan seperti di negara  Mesir dan London. Betapa berpengaruhnya kuasa media baru dalam kalangan masyarakat alaf baru. Jadi, ambo harap la, jangan ada sahabat – sahabat kita yang  menyalahgunakan media baru ini sebagai   tempat untuk mempengaruhi pemikiran kita yang tidak matang dan mengarah kepada yang negatif tetapi sebaliknya jika menggunakan laman sosial ini untuk sesuatu yang positif itu yang akan ambo sokong… kerana itu lah yang akan menjadikan diri kita yang terbaik





Nahaza: Kalau guna laman sosial untuk berdakwah, bersosial atau pun berniaga akan memberikan  kepuasan dan keuntungan kepada kita. Itulah yang terbaik!

Friday, 22 July 2011

Blackberry Playbook Tablet Terkini

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Hari ini ambo kembali untuk berkongsi gajet baru dengan demo semua iaitu Blackberry Playbook. Demo pernah dengar tak fasal tablet baru keluaran Blackberry ni? Kalau ada pun mesti yang benar – benar gila gajet punya! Kepada peminat tools jenis iPad atau tablet ini lah masanya untuk shopping!  Kelebihan gajet ini yang paling utama ialah demo semua akan mendapat aplikasi dua alat komunikasi terkini dalam satu gajet iaitu Blackberry + tablet. Playbook ini nipis, ringan dan mudah dipegang kerana berdimensi :5.1″x7.6″x 0.4″ (130mm x 193 mm x 10mm), seberat 400g dan semestinya dilengkapi 3G dan 4G.

Ini adalah yang terbaru sekali dan tengah hangat di pasaran. Ia baru dilancarkan di Malaysia pada bulan ini, Julai 2011. Spesifikasi Blackberry playbook ni ialah Skrin LCD berukuran 7 inci (1024 x 600) dan multi touch dan multi gesture. Tablet pertama dari Blackberry ini  menggunakan OS jenis symmetric multiprocessing iaitu sokongan 2 processor sekali gus. Mempunyai sistem memori cip pemprosesan 1 GHz dual-core dan mempunyai RAM 1GB. Tablet ini juga dilengkapi Flash storage up to 64GB. Apa yang menarik lagi ialah ia mempunyai  kamera 3 megapixel di depan  dan kamera 5 megapixel. Ditambah lagi dengan Video playback merangkumi, H.264, mpeg, DivX , HD Video dan WMV. Mempunyai sistem bunyi Audio playback : mp3, AAC dan wma. Ia mampu merakam video dengan resolusi  High Definition 1080p.

Diserikan lagi dengan  WiFi dan bluetooh untuk melayari alam maya dengan sempurna. Playbook ni juga menyokong Adobe Flash dan HTML 5 untuk memudahkan kita semua menonton video, melayari laman web dan sebagainya dan semestinya ia memudahkan pengguna untuk permainan online dengan dilengkapi aplikasi Adobe Reader, dan Java.

Harga gajet ini ialah 399 poundsterling tetapi jika demo berminat, terkini, tablet ini boleh dimiliki hanya dengan harga RM990 tetapi dengan pakej telekomunikasi Maxis. Tetapi jika demo berminat untuk membeli tablet ini tanpa bersama pakej online, ia tidak dapat digunakan dengan  efektif kerana tablet ini dicipta untuk kegunaan smartphone pertama yang mengabungkan dua fungsi dalam satu gajet.











 
NAHAZA: Ambo pun berminat juga rasanya tapi kena tengok bajet dulu. Bagi yang tengah merancang nak beli ipad ini lah saatnya untuk membuat pilihan terbaik!

Tuesday, 14 June 2011

Membudayakan Penggunaan ICT Hijau II

Assalammualaikum..

Ambo nak sambung edisi terdahulu. Ingat lagi tak, ambo tulis mengenai komputer Riba. Kali ni, ambo sambung dengan peranti kedua dan ketiga pula.   

Pencetak
  • Mengaktifkan kemudahan duplex dan mode draf pada pencetak sebagai default. Ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kertas dan dakwat pencetak;  
  •   Mengaktifkan kemudahan power-saving sleep mode  pada pencetak (jika ada);
  •  Mengurangkan bilangan pencetak stand-alone dengan pewujudan pencetak rangkaian yang dapat dikongsi bersama oleh penjawat awam;
  • Mengawal dokumen yang berkenaan sahaja untuk dicetak; 
  • Menimbangkan kawalan mencetak di pencetak rangkaian berdasarkan ID pengguna;
  • Memastikan supaya penggunaan kertas secara optimum; dan
  • Mengurangkan penggunaan bahan seperti riben, kertas dan toner

Pelayan (Server)

  • Mengoptimumkan penggunaan server dengan melaksanakan kaedah konsolidasi menerusi teknologi virtualisation;
  • Memastikan server-server yang tidak aktif penggunaannya hendaklah shut down dan suis dimatikan; dan
  • Menimbang penggunaan Keyboard, Visual Display Unit, Mouse (KVM) kepada server-server bagi mengurangkan jumlah tenaga elektrik yang diperlukan dan haba yang dihasilkan oleh monitor   

Aplikasi
  • Menggandakan penggunaan perkhidmatan online ke arah pengurangan penggunaan kertas dan bahan cetak; 
  • Mempertingkatkan penggunaan kemudahan e-mel untuk berkomunikasi tanpa kertas bagi tujuan rasmi sahaja; 
  • Mempertimbangkan kemudahan penggunaan saluran baru untuk mendapatkan maklum balas dan aduan secara rasmi; dan 
  • Mempertingkatkan pembangunan aplikasi online yang menggantikan proses kerja secara manual.
 Apabila kita mengamalkan langkah – langkah seperti di atas maka, dapat kita mengurangkan penggunaan tenaga di sekeliling kita. Maka, secara tidak langsung kita berupaya memelihara alam flora dan fauna kita walaupun kita berada dalam zaman kecanggihan gajet elektronik.



 



Nahaza: Jika kita cakap tanpa melaksanakannya, sampai bila – bila pun kita tidak akan membantu bumi kita. Biar bermula dengan seorang jangan seorang pun tidak melakukannya….. Bersama lah kita sayangi alam kita yang indah dan hijau ini. NAHAZA sokong Bumi Hijau!!!

Friday, 10 June 2011

Membudayakan Penggunaan ICT Hijau


Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1Malaysia……..

Apo cerito kepada para pembaca 1klik semua? Ambo harap semua sihat sejahatero selalu hendaknya. Hari ini ambo nok berkongsi  dengan demo semua mengenai permanasan global kini  yang tengah rancak kita lakukan tanpa kito sedar dan disengajakan. Demo tak raso yang bumi kita makin panas? Cuaca tak menentu. Ini semua fenomena kesan rumah hijau. Pada ambo, ambo  sayang bumi kito ini dan haruslah kita kekalkan kehijauan yang kita ada sekarang untuk anok dan cucu kito. Kalau bukan kito yang bertindak siapa lagi yang kito nak harapkan. Jadi, walaupun kito sekarang pada zaman teknologi maklumat dan ICT, kito juga masih mampu untuk mengekalkan kehijauan bumi kito dengan mengurangkan kesan rumah hijau tersebut dengan membudayakan penggunaan ICT Hijau dengan mengikut langkah – langkah yang akan ambo kongsikan dengan demo semua.

Komputer peribadi dan Komputer riba
  • Tidak menggunakan atau mengaktifkan screen saver. Ini disebabkan penggunaan screen saver  akan menggunakan jumlah tenaga yang sama dengan penggunaan skrin yang aktif;  
  • Memastikan monitor dalam keadaan standby/ hibernate selepas 5 minit tidak aktif; 
  • Memastikan kemudahan power management untuk komputer peribadi  dan komputer riba diaktifkan;
  • Memastikan komputer ditutup dan suis dimatikan serta plug komputer dicabut dari soket elektrik apabila tidak digunakan untuk jangka masa panjang. Ini untuk mengelakkan arus elektrik masih aktif dalam sistem pendawaian menerusi plug komputer yang tidak dimatikan dan dicabut; dimatikan dan dicabut; 
  •  Menggantikan monitor Cathode Ray Tube (CRT) dengan monitor Liquid Crystal Display (LCD). Ini adalah kerana penggunaan LCD boleh menjimatkan 30% hingga 50% tenaga elektrik berbanding CRT;
  •       Menimbangkan penggunaan saiz monitor yang bersesuaian kerana saiz monitor yang besar akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih; dan  
    • Menimbangkan penggunaan Teknologi Thin Client di mana ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan.

     

 








Nahaza: Ada sambungannya lagi. Nantikan keluaran akan datang ya!
m

Friday, 3 June 2011

Al-Quran Digital II



Assalammualaikum semua. Seperti yang dijanjikan saya menyambung artikel semalam berkaitan Al-quran digital.

 
Yang paling penting, Pen Digital Al Quran ini merupakan pen digital pertama yang memperolehi kebenaran oleh Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri. Kelulusan dari KDN amat penting kerana banyak produk Quran digital sekarang sekarang hanya mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan Masyaf Uthmani yang tulen dan ini boleh mengancam keselamatan dan menjejas akidah umat Islam.


Banyak kelebihan yang boleh diperolehi daripada Quran digital ini antaranya, ia mudah digunakan dan  senang dibawa ke mana sahaja. Ia sesuai untuk semua lapisan umur. Menggunakan Quran ini akan membantu kito semua dalam menyempurnakan ibadah kepada Allah swt. Ia juga mampu menambah keyakinan dan membantu melancarkan bacaan apabila membaca al-Quran. Dan ambo raso, Quran Digital ini amat sesuai dijadikan hadiah yang sangat bermakna buat orang yang dikasihi, majlis pertunangan,  perkahwinan, ulang tahun kelahiran dan sebagainya.

 




Nahaza: Ambo berharap sangat, jika demo berminat ingin memiliki Quran Digital ini, belilah yang mendapat kelulusan dari  Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri kerana jika kita membaca Quran yang salah dari nahu nya akan salah akidah kita nanti… Bersama kita membangun dengan Islam… I Love Islam! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...