Malaysia
adalah negara yang dikategorikan sebagai “negara syurga makanan”. Pelbagai
jenis makanan lazat sama ada tradisional, Timur atau Barat semuanya boleh
dinikmati dengan mudah di negara ini sama ada di gerai, restoran sehingga
restoran bertaraf lima bintang. Sering kali juga kita melihat ramai peniaga menggunakan
kertas surat khabar untuk membungkus makanan. Adakala juga ia digunakan bagi
menyerap minyak makanan bergoreng seperti pisang goreng, ubi goreng, donut dan
sebagainya. Membungkus makanan dengan surat khabar adalah tindakan membahayakan
dan ada kebimbangan ini boleh menimbulkan kesan yang serius pada kesihatan,
tetapi, adakah kita ambil serius mengenainya?
Penyelidik
dari Eropah banyak melaporkan bahawa kimia dari dakwat surat khabar mengandungi
bahan yang boleh memberi pelbagai kesan negatif pada tubuh badan. Menurut kajian saintifik mereka, kertas surat khabar
mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu karsinogenik pada bahagian dakwatnya
yang boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang selain meningkatkan
kandungan toksik dalam badan manusia yang menjadi punca kanser.
Banyak
surat khabar menggunakan dakwat berkualiti rendah yang sangat toksik. Surat
khabar lama adalah tempat sangat kondusif untuk pembiakan bakteria. Ia boleh
menyebabkan keracunan makanan jika digunakan.
Baru-baru
ini juga, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan seseorang
pengendali makanan hendaklah mengendalikan makanan dan menggunakan perkakas dan
bekas makanan tanpa bersentuhan secara langsung dengan apa-apa benda atau bahan
yang boleh mencemarkan makanan. Perkara ini telah tertakluk di bawah Peraturan
35, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Oleh
kerana kita tidak tahu dakwat yang digunakan oleh pencetak itu toksik atau
tidak, adalah lebih baik mengambil sikap berhati-hati dengan memastikan kita
tidak menggunakan kertas surat khabar bagi membungkus makanan dan menggunanya
sebagai alas untuk menyerap minyak.
AveiroPJ - Tepuk dada, Tanya lah selera,
Yang penting, Kesihatan haruslah dijaga.
No comments:
Post a Comment