Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Apo cerito sumo adik kakok ambo... sekarang ambo buka mano - mano blog sumo sibuk bercerito tentang Bajet 2012. Demo sumo tahu tak tentang isi kandungan Bajet untuk tahun depan. Jangan pula kito buat tak tahu sebab bajet ini adalah untuk kito semua sebagai rakyat Malaysia. Segala yang telah dirancangkan dalam perbentangan bajet bulan Oktober 2011 yang lepas akan berkaitan dengan kito walaupun tak banyak akan berkaitan dengan kito juga kerana kito rakyat Malaysia.
Tapi kali ni ambo bukan nak cerito tentang semua aspek yang ada dalam Bajet 2012 tetapi ambo lebih tertarik untuk berkongsi dengan demo semua tentang bajet yang berkaitan dengan Industri ICT. Tapi untuk pengetahuan demo sumo, dalam perbentangan bajet 2012 tidak disentuh tentang peruntukan mengenai ICT kerana peruntukan itu telah dibentangkan dalam bajet 2011 pada Oktober 2010 yang merangkumi tahun 2011 sehingga 2012.
Demo perasan tak yang sekarang sangat senang untuk kita melayari internet dengan penggunaan jalur lebar? Duduk di mana – mana hotel atau kopitiam kita boleh melayari internet dengan percuma kerana inilah antara kemudahan yang telah Kerajaan bagi dalam peruntukan Jalur Lebar Kebangsaan. Inilah kemudahan yang kita rasai setelah kelulusan perbentangan Bajet 2011 pada tahun 2010 yang lalu.
Demo sumo tahu ke tidak yang, untuk memantapkan industri ICT negara kita bagi tahun 2011 dan 2012 kerajaan mempercepatkan pelaksanaan High Speed Broadband dengan jumlah kos sebanyak 11.3 billion ringgit. 2.4 Billion ringgit dari pihak kerajaan dan 8.9 bilion ringgit lagi daripada Telekom Malaysia. Sebagai permulaan, perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabait sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010. Seterusnya, perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012.
Untuk meningkatkan lagi tahap celik IT masyarakat kita supaya , setanding dengan rakyat negara di negara maju yang lain, Kerajaan mencadangkan agar pembayar cukai individu diberi pelepasan cukai ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM 500 setahun mulai tahun 2010 sehingga 2012.
Begitu juga dengan pinjaman untuk membeli komputer bagi penjawat awam yang dibenarkan setiap 5 tahun sebanyak RM 5000 sahaja sebelum ini akan dilonggarkan syarat dengan membenarkan penjawat awam membuat pinjaman setiap 3 tahun sekali.
Semua ini dilaksanakan oleh Kerajaan untuk rakyat supaya kito sumo tidak akan ketinggalan dan dapat menikmati kecanggihan era zaman kecanggihan eletronik ini. Jadi ambo amat berharap kito sumo boleh menggunakan kemudahan yang telah diberikan oleh Kerajaan ini dengan telus dan berhemah.
Nahaza: Malaysia sekarang sudah jauh berbeza dengan Malaysia zaman dulu. Ini menunjukkan bahawa negara dan masyarakat negara ini bergerak sealiran dengan dunia semasa… betapa bertuahnya kita semua sebagai rakyat 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment