Followers

Friday 7 October 2011

Dunia Kehilangan Superman Apple

Assalamualaikum…. dan salam 1Malaysia.


Apo koba adik kakok  sumo? Ambo harap adik kakok sumo sihat sejahtera sokmo. Hari ini ambo nok berkongsi raso sedih dan kehilangan di atas pemergian Superman Apple, Steve Jobs. Beliau meninggal pada usia 56 tahun kerana penyakit kanser pankreas. Beliau adalah pengasas dan Pengerusi Apple Inc yang telah berjaya menjadikan teknologi maklumat sebagai sesuatu yang lebih sekadar dari teknologi kepada kehidupan masyarakat IT lebih – lebih lagi kepada pengguna teknologi Apple. 



Melalui penciptaan beliau seperti iPhone, iPod, iPad, iTune dan MacBook yang mesra pengguna dan interaktif menjadikan dunia ICT bertambah ceria dan berseni. Beliau yang juga merupakan insan yang bertanggungjawab kepada  hab teknologi Silicon Valley merupakan tunjang utama kepada syarikatnya. Bagi ambo yang amat meminati teknologi komputer Apple dan yang selalu mengikuti perkembangan penciptaan gajet syarikat gergasi tersebut, semestinya ambo amat terkilan dengan pemergian Steve Jobs yang secara tiba – tiba. 

Bagi ambo, beliau lah idola pencipta gajet yang dunia perlukan. Pemergiannya dirasai oleh seluruh masyarakat global dan ambo yakin dunia juga merasai kehilangan beliau yang telah banyak berjasa dalam menjadikan teknologi ICT serasi dengan manusia. Yang penting, beliau telah menggunakan pemikiran genius beliau untuk mencipta teknologi komunikasi yang amat memahami keperluan manusia sejagat yang akan diingati dan disanjung sampai bila – bila.













Nahaza: Insan genius memang kelahirannya terbilang dan hanya satu dalam sejuta. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...