Followers

Tuesday, 29 March 2011

Tarian Sumazau



 Hai semua.  Hari ni Cik Bibiran mahu cerita pula fasal tarian tradisi di Sabah ni.  Kamu tau jawapannya?  Tarian Sumazau? Betul!  Pandai, pandai. Biasa ia dipersembahkan pada bulan Mei ketika menyambut Tadau Kaamatan (Hari Penuaian) oleh suku kaum Kadazandusun.

Tujuan asal sebenar tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan “Bambaazon” (semangat padi) selepas aktiviti menuai padi serta simbol para petani sedang menghalau burung-burung daripada memakan hasil tanaman padi mereka.  Ia juga dipercayai dapat menolak bala dan mengubati penyakit.

Tau kah kamu macam mana mahu menari tarian sumazau?  Senang saja bah.  Kedua-dua tangan  diangkat ke paras bahu dan di kibar-kibar macam burung mahu terbang dengan perlahan dan lemah-lembut, kaki digerakkan dengan langkah kecil, serta tumit diangkat dan diturunkan mengikut alunan rentak muzik yang dimainkan. Pasangan penari lelaki dan wanita akan menari berhadapan tanpa melakukan sebarang bentuk sentuhan diiringi dengan paluan gong dan gendang

Pakaian pula berwarna hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas dan penari wanita akan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang yang diperbuat daripada duit syiling perak. Manakala penari lelaki akan memakai tanjak.

Namun, sekarang ini tarian sumazau sudah ditarikan di dalam majlis-majlis keramaian tidak mengira suku kaum dan peringkat umur.  Kalau kamu datang ke Sabah dan kebetulan ada tarian ini, cubalah.  Jangan bimbang, tarian sumazau ini ndak memenatkan malah menyeronokkan bagi yang pertama kali mencuba.  Ketika Cik Bibiran kahwin pun, CB ‘dera’ keluarga mertua CB menari tarian sumazau.  Jadi, kamu pun jangan lepaskan peluang untuk mencuba tarian ini nanti.   
 






Cik Bibiran: Jumpa lagi di topik akan datang.  Bye-bye! 



21 comments:

::sarah:: said...

cik bibiran..bisakah kamu ajar saya akan tarian ni? cam best aje..=)

Sherry said...

pertama kali tahu tarian ni

rusna wana said...

cik bibiran skrg tengah cuti bersalin...cik wana boleh tolong ajar..tpi costume takda lah..tak da feel nk menari..hahaa....
cik sherry mesti kurang membaca..tarian utama masyarakt di sabah pun tak tau....

story of my life said...

penah tgk tapi tak penah try..maybe someday...

nurul nabila bt medan said...

tengok macam senang jerk.
kalau buat.boley nanges sbb tak phm
=)

♥CHaRa♥ said...

baru tau pasal tarian ni...

yantz-yeem said...

tingin nak tgk tarian nie scra live

aqishah said...

suka aku ngan bajunya ni... sumandak ooooo.. mo pinjam bole

nanakimie said...

dulu cikgu nana ada ajar tarian ni..hehe...

CikBibiran said...

Hi semua... Sori ya.. CB baru abis cuti pantang.. Bila cuti pantang, ndak boleh ngadap kerja, nanti otak jadik sot.. Ahahaha.. Bah, mo belajar tarian ni? Bulih, no problem.. Baju tarian ni pun mmg lawa... Tapi sejak da beranak ni, CB ndak berani mo pakai dulu.. Bg slim skit dulu.. Eheheheh... Eh, sapa mo belajar menari tadi, sila angkat tgn!!! Let's menari sumazau!!!

cikbintang said...

alaa....tringn nk blaja smua tarian msia...

Sarah Naiema said...

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.

Setiap negeri ada keunikan dan tradisi masing2.. antaranya dari segi pakaian, tarian, loghat bercakap, makanan dan lain2..

Sara prnh tengak orang menari sumazau nie.. Tak ada la susah sangat lau ada minat tu kan..
Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut..^^

amiraliyana said...

cik Bibiran orang Sabah eh? macam best ja tarian ni.

CikBibiran said...

betul, tarian ni ndak susah mana pun..... mula2 tu mmglaa kekok skit.. kdg2 rupa mcm burung mo terbang ja... ehehehehe... tp lama2 ok la bah tuh.... CB pula teringin mo cuba zapin... kalau pakaian teringin pakai yg sanggul tinggi org melaka tuh.. ala, slalu pakai time kawin2... tp ndak ada peluang lagik.. ooo, a'ah, saya org sabah... pure sabahan..... asal sandakan.....

Wan_hazel said...

kawan wan slau menari macma nie..menari macma terhenjut2..kepakkan sayap..macma terbang..seronok2

CikBibiran said...

Wan Hazel: Wan patut try laa... next time kalau tgk kawan menari sumazau, join dia skali........

Wan_hazel said...

wan law try dia org ketawa sebab keras sgt dan tak reti..ehhehe..

CikBibiran said...

WAN HAZEL: ehehe, ada jugak org sabah sendiri yang x reti menari, ni kan pulak org luar..... prektis makes perfect..

Wan_hazel said...

CB reti menari nie??ehhehe..kot kot tak reti macma Wan..hahaha..

CikBibiran said...

WAN HAZEL: haisy, CB pakar dalam tarian nie..... jgn main2 tau.. eheheheh.... (dulu la.. skrg ni da rupa mcm penguin menari da...) ahahaha

Wan_hazel said...

CikBibiran

ahahaha..wan no komen..macm pnguin..hahaha..lucu lah..alahai lucu lah CB nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...