Followers

Showing posts with label Cik Taring. Show all posts
Showing posts with label Cik Taring. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Khasiat Pisang Dari Sudut Kesihatan

Salam Ramadhan dan salam 1Malaysia .

Tahukah korang yang pisang mempunyai pelbagai khasiat dan pisang sangat bagus untuk penghadaman tubuh badan. Kalau korang jenis yang susah nak buang air apa kata amalkan makan pisang ni. Selain itu juga kulit pisang pun ada khasiat yang tersendiri. Kulit pisang boleh di jadikan masker untuk muka atau tangan supaya dapat melembutkan dan melicinkan kulit tau. Next entry Cik Taring akan kongsikan dengan korang macam mana nak buat masker daripada kulit pisang tapi hari ni Cik Taring nak kongsi khasiat pisang dari sudut kesihatan

FAKTA
  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO
  • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
  • Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
  • Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

Tapir Makin Pupus

Tapir atau dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin pupus di muka bumi ini. Segelintir masyarakat memanggil tapir dengan gelaran tenuk. Adakah anda tahu bilangan tapir semakin merosot disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah habitat asal dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, sekali gus mengganggu proses pembiakan dan akhirnya menyumbang kepada kepupusan haiwan tersebut.

Malah bukan haiwan ni saja yang semakin pupus, banyak lagi haiwan lain yang telah di ancam.

Kesedaran untuk melindungi haiwan yang semakin pupus itu amat penting bagi menjamin kesinambungan spesiesnya. Terdapat empat spesies tapir di dunia dan 'Malayan Tapir' yang hanya dapat ditemui di Asia merupakan spesies terbesar di dunia.

Oleh itu kerajaan juga telah membuat satu inisiatif dengan meraikan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun sebagai langkah untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai haiwan unik itu. So apa lagi kawan-kawan tahun depan kita sambut Hari Tapir Sedunia supaya kita dapat pupuk rasa sayang akan haiwan dan tumbuhan di muka bumi ini.

Si tapir itu mencari ibunya yang hilang entah kemana
mungkin ibunya berduka karena hutan sudah tidak seindah dulu
dan hutan bukan hutan persis suatu waktu dahulu.

Ia meraung, ia menangis, ia meneriak.

Adakah ibunya merajuk lara karena kemusnahan belantara tidak memihak kepadanya untuk membesarkan sianak seperti kebiasaannya
ia harus berjuang sendirian
berlari kesana berlari kesini untuk kebutuhan alamiahnya.
Mungkin ibunya teramat luka karena hutan, sungai, gunung
mulai diterokai oleh perosak alam sewenangnya.

Yang mulai rakus memugar hutan semahunya.

Rimba tebal bukan lagi lapangan permainan yang bebas dihuni semahunya.
si anak tapir meraung sedih karena rimbanya yang telah musnah
kayu kayan hutan yang gelojoh dibabat manusia
ia menangis dan mengalirkan air mata pedih
karena polah manusia haloba
yang lebih mementingkan pembukaan hutan
atas nama pembangunan.
sumber sajak :  abastajab


Friday, 10 August 2012

Dulu Adalah Kenangan

Rindunya nak aktif berpersatuan macam dulu-dulu…

Korang sokong tak kalau Cik Taring cakap alam pekerjaan dengan alam belajar sangat lain. Bila dah kerja kita kena kerja betul-betul tak boleh nak buat sambil lewa dalam kerja, tapi kalau masa belajar kita tak terlalu consentret sangat rasa relax sikit kan. Lumrah kehidupan masa belajar nak sangat kerja, bila dah kerja sibuk nak belajar balik.

Pernah dengar tentang Perkim?

Ok, Perkim adalah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Alhamdulillah tahun ni kepimpinan Cik Taring dalam Perkim berjaya mendapat sekali  lagi anugerah Kelab Perkim terbaik di antara Ipt-Ipt lain. Ni kali ke dua berturut-turut Kelab Perkim KUIS dapat anugerah Kelab Perkim terbaik. Tapi sayang nya tahun ni Cik Taring tak dapat join sekali kelab Cik Taring pergi amik anugerah sebab ada hal yang tak dapat di elakkan. Kalau tak boleh duduk semeja dengan Tun Mahathir hehe.

Kalau korang nak tahu, Perkim ni ada kelab Universiti contohnya, Kelab Perkim UIA, Kelab Perkim UUM, Kelab Perkim KUIS dan lain-lain lagi. Kalau korang nak tahu maklumat lanjut pasal Perkim boleh layari laman web mereka http://www.perkim.net.my . Selama 3 tahun Cik Taring aktif dalam kelab ni banyak Cik Taring belajar di samping dapat ramai kawan . Alhamdulillah
Tahun lepas kelab Perkim KUIS dapat Rm 2,000 je. Tapi tahun ni dapat up lagi Rm 3,000.

Alhamdulillah, misi dan visi kami tercapai. Semoga kepimpinan yang baru ni dapat kekalkan kemenangan untuk tahun akan datang. 

Tuesday, 7 August 2012

Hikmah Puasa Kepada Manusia

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. So macam mana dengan pagi Isnin korang, ok tak?. Akhirnya hari ni merupakan hari yang ke-16 kita berpuasa di bulan Ramadhan ni. So, Cik Taring nak kongsi tentang hikmah puasa kepada manusia. Banyak sebenarnya kelebihan berpuasa ni tapi Cik Taring hanya fokus kepada beberapa perkara sahaja iaitu :

1) Puasa melatih manusia menjadi sabar.
Apabila berpuasa kita juga dilatih untuk bersabar. Bersabar menahan diri daripada lapar dan dahaga, bersabar dalam menahan amarah, bersabar menahan kerenah manusia lain dan sebagainya.

2) Puasa dapat merehatkan fungsi sistem pencernaan.
Dalam bulan puasa kita tak boleh makan dan minum. So secara tak langsung kita dapat merehatkan sistem pencernaan kita daripada berfungsi 24 jam.

3) Puasa dapat mengekang nafsu daripada melakukan perkara terlarang.
Apabila berpuasa kita dapat mengekang nafsu daripada melakukan perkara yang terlarang. Dapat mengatasi gejala kemungkaran di bulan Ramadhan.

4) Puasa dapat menurunkan berat badan.
Puasa dapat membantu menurunkan berat badan, kerana kita tak boleh makan dan minum. So secara tak langsung badan tak dapat nak mengumpul lemak. Tenaga dihasilkan melalui pembakaran lemak yang sedia ada di badan sahaja. Apabila ini berlaku maybe sesetengah individu yang mengalami masalah berat badan boleh dapatkan berat badan idaman hehe

5) Puasa membantu manusia membuat amal kebaikan.
Biasanya dalam bulan Ramadhan setiap manusia berlumba-lumba untuk membuat amal kebaikan kan. Setiap dari kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan. Pelbagai agensi berganding bahu bersama-sama mengambil keberkatan Ramadhan.

6) Puasa membolehkan manusia cepat khatam Al-Quran.
Dalam bulan puasa memang ada tadarus al-Quran tak kira di mana-mana sahaja, even di sekolah pun ada juga tadarus al-Quran beramai-ramai.

7) Puasa mengajar manusia erti kesyukuran.
Puasa mengajar kita untuk bersyukur. Bersyukur dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bersyukur segala nikmat Allah kepada kita. Kita lebih beryukur dengan apa yang kita ada dan bukannya apa yang kita tidak ada. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan kita di negara luar, kita jauh lebih baik daripada mereka. Kita tak pernah merasa kebuluran. Puasa mengajar erti bersyukur dan bersederhana dalam segala hal.

8) Puasa sebagai benchmark untuk melakukan perubahan.
Biasanya apabila tibanya bulan Ramadhan kita dah tentu mempersiapkan diri untuk menyambutnya kan? Apabila berpuasa setiap orang berlumba-lumba membuat kebaikan, mengumpul pahala di bulan Ramadhan. Ini juga satu perubahan untuk diri sendiri untuk menajadi lebih bagus daripada sebelumnya.

Banyak lagi kebaikan berpuasa sebenarnya. Tapi Cik Taring  share setakat ini je lah ye, kalau ada yang nak tambah lagi boleh tambah di ruangan komen ye.

Asam 20 Sen Eh Nama Benda Ni?

Siapa pernah makan benda ni? Cik Taring tengok gambar ni,teringat dulu kecik-kecik suka makan ni lah, favorite masa kecik-kecik dulu. Cik Taring  panggil asam 20 sen.

Bila tanya kawan-kawan pernah tak makan asam 20 sen, semua pakat cakap tak! Mungkin depa ni anak orang kaya kot makan asam mahal-mahal je. Bila Cik Taring  tunjuk dekat depa asam 20 sen ni terus depa cakap pernah makan. Rupanya asam ni banyak sangat nama pena kiki.

Korang panggil asam ni asam apa?!

Kawan 1: Asam Gambir lah orang panggil
Kawan 2: Asam Duit Syiling, dulu kecik-kecik selalu beli
Kawan 3: asam je

Ghasakkkkk lah! Macam-macam nama asam ni ada kan. Tak kesah lah nama dia apa pun. Cik Taring panggil asam 20 sen sebab bentuk dia macam syiling 20 sen. Kalau dekat pasar raya biasanya ada jual, kalau dekat kedai-kedai biasa tak pernah nampak pun.

Tapi Cik Taring tak tahu lah nama sebenar benda ni. Lupa dah, ada sesiapa tahu tak apa nama benda ni?.
Ada lagi tak orang jual gula-gula getah ni?

Friday, 3 August 2012

Hikmah Puasa Kepada Manusia

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. So macam mana dengan pagi Isnin korang, ok tak?. Akhirnya hari ni merupakan hari yang ke-16 kita berpuasa di bulan Ramadhan ni. So, Cik Taring nak kongsi tentang hikmah puasa kepada manusia. Banyak sebenarnya kelebihan berpuasa ni tapi Cik Taring hanya fokus kepada beberapa perkara sahaja iaitu :

1) Puasa melatih manusia menjadi sabar.
Apabila berpuasa kita juga dilatih untuk bersabar. Bersabar menahan diri daripada lapar dan dahaga, bersabar dalam menahan amarah, bersabar menahan kerenah manusia lain dan sebagainya.

2) Puasa dapat merehatkan fungsi sistem pencernaan.
Dalam bulan puasa kita tak boleh makan dan minum. So secara tak langsung kita dapat merehatkan sistem pencernaan kita daripada berfungsi 24 jam.

3) Puasa dapat mengekang nafsu daripada melakukan perkara terlarang.
Apabila berpuasa kita dapat mengekang nafsu daripada melakukan perkara yang terlarang. Dapat mengatasi gejala kemungkaran di bulan Ramadhan.

4) Puasa dapat menurunkan berat badan.
Puasa dapat membantu menurunkan berat badan, kerana kita tak boleh makan dan minum. So secara tak langsung badan tak dapat nak mengumpul lemak. Tenaga dihasilkan melalui pembakaran lemak yang sedia ada di badan sahaja. Apabila ini berlaku maybe sesetengah individu yang mengalami masalah berat badan boleh dapatkan berat badan idaman hehe

5) Puasa membantu manusia membuat amal kebaikan.
Biasanya dalam bulan Ramadhan setiap manusia berlumba-lumba untuk membuat amal kebaikan kan. Setiap dari kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan. Pelbagai agensi berganding bahu bersama-sama mengambil keberkatan Ramadhan.

6) Puasa membolehkan manusia cepat khatam Al-Quran.
Dalam bulan puasa memang ada tadarus al-Quran tak kira di mana-mana sahaja, even di sekolah pun ada juga tadarus al-Quran beramai-ramai.

7) Puasa mengajar manusia erti kesyukuran.
Puasa mengajar kita untuk bersyukur. Bersyukur dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bersyukur segala nikmat Allah kepada kita. Kita lebih beryukur dengan apa yang kita ada dan bukannya apa yang kita tidak ada. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan kita di negara luar, kita jauh lebih baik daripada mereka. Kita tak pernah merasa kebuluran. Puasa mengajar erti bersyukur dan bersederhana dalam segala hal.

8) Puasa sebagai benchmark untuk melakukan perubahan.
Biasanya apabila tibanya bulan Ramadhan kita dah tentu mempersiapkan diri untuk menyambutnya kan? Apabila berpuasa setiap orang berlumba-lumba membuat kebaikan, mengumpul pahala di bulan Ramadhan. Ini juga satu perubahan untuk diri sendiri untuk menajadi lebih bagus daripada sebelumnya.

Banyak lagi kebaikan berpuasa sebenarnya. Tapi Cik Taring  share setakat ini je lah ye, kalau ada yang nak tambah lagi boleh tambah di ruangan komen ye.

Wednesday, 1 August 2012

Jom Kibarkan Jalur Gemilang!

Merdeka..Merdeka..Merdeka

Bila dengar laungan merdeka mesti rasa bersemangat, sebab laungan tu lah kita dapat kecapi hidup yang aman damai seperti sekarang kan.

Setiap kali bulan  kemerdekaan Cik Taring mesti pasang bendera dekat rumah. Ayah Cik Taring selalu cakap kita kena hargai dan kena hormati bendera Malaysia sebab bendera tu lambang kekuatan negara kita. Jadi untuk tunjukkan rasa sayang akan negara kita kibarkanya setiap bulan kemerdekaan. Rakyat Malaysia perlu ada semangat patriotik.

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang

Ni lah lagu kesukaan Cik Taring dari kecik sampai sekarang.

Bila dengar lagu unsur patriotik ni jiwa kita pun akan sentiasa sayang dan cintakan tanah air. Jom Kibar Jalur Gemilang !

Tuesday, 31 July 2012

Spontaneous Tuesday


Punya Allah sayang kan kita
;-)

First Time Tutti Frutti

Ok, entry ni nampak macam kebudak-budakan sikit lah. Hari tu buka puasa makan Tutti Frutti, first time makan Tutti Frutti pun nak canang dekat orang ramai kan. Tapi tak kisahlah, nak juga bagitahu yang Cik Taring dah makan Tutti Frutti ni . Cik Taring sebenarnya dah lama teringin nak makan menda alah ni. Akhirnya niat tercapai juga.

Bagi Cik Taring, Tutti Frutti ni sedap lah juga tapi mahal tak payah cakap lah. Tutti frutti ni rasa yogurt (memang yogurt pun) dan ianya frozen. Topping dia pun Cik Taring suka. Cik Taring makan dekat Tutti Frutti Presint Diplomatik hari tu.


Cantik kan!. Cik Taring rasa semua tempat sama je design kedai dia. Haha. Cik Taring makan murah je RM 10. 50 je.  Nak tahu apa je Cik Taring ambil ?

 
Cik Taring ambil flavor Apple. Banyak sangat choice dekat Tutti Frutti ni, pening kepala rasanya nak ambil mana satu. So, corn flakes menjadi pilihan. Kepada yang risau sangat nak makan Tutti Frutti ni, jangan risau sangat lah. Tak ada lah mahal sangat rupanya. Cik Taring ingat satu mangkuk yang kecil tu boleh mencecah RM20 something.

Kalau korang takut mahal, korang amik sikit-sikit je dan jangan amik banyak flavour nanti mahu kena bayar sampai 20 ringgit. Tak pun ajak kawan pergi Tutti Frutti biar dia yang beli dan korang tumpang sekaki!, kiki

Monday, 30 July 2012

Sah Tak Puasa Kalau Tak Sahur ?

Hai semua.

Sahur.. sahur..sahur (teriak penduduk kampung)

Kalau dekat kampung cik taring bulan puasa mesti ada penduduk kampung yang kejutkan sahur sambil ketuk-ketuk pusing keliling kampung untuk kejutkan orang kampung bangun sahur.

Aish rindunya suasana kampung? bila lah nak raya kan hehe. Ada satu benda yang selalu menjadi persoalan bila datangnya puasa, boleh ke kita tak bersahur?. Masa sekolah dulu pernah seorang kakak senior Cik Taring dia cakap puasa Ramadhan wajib bersahur so Cik Taring pun percaya, ye lah waktu sekolah dulu lurus sangat kan terlalu percaya cakap senior-senior dan kebetulan ada beberapa orang kawan Cik Taring tanya sama ada ….Sah tak puasa kalau tak sahur ?

Jawapannya sah, sebab sahur ada lah perkara sunat. Tetapi bersahur ni adalah amalan penting dalam bulan Ramadhan kerana amalan bangun sahur ni lah yang membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Sesetengah orang malas nak bangun sahur sebab sayangkan waktu tidurnya kan, apa salahnya kita bangun sahur dan minum seteguk air itu pun di kira bersahur. Selain itu juga, sahur ni sebagai alas perut untuk kita sebab kita akan berpuasa dari makan dan minum. Jadi, dengan sahur ia akan memberi tenaga pada kita untuk terus bertahan.

Perkara sunat jika di buat akan dapat pahala.
Cik Taring : Allah sangat pemurah dalam memberi ganjaran kepada umatnya

11 Tabiat Lelaki Malas

Assalamualaikum

Hari ni rasa macam nak update pasal Tabiat Lelaki Malas. Ya, setiap orang pun sebenarnya tak lari dari sifat malas ni Cik Taring pun kadang-kadang ada juga sifat malas ni. Cuma, lelaki ada cara dia sendiri mengekspresikan tabiat malas mereka. Hahaha betul ke ni? Apa kata korang check samada tabiat ni ada ke tak dekat korang punya ahli keluarga yang terdekat lebih-lebih lagi dekat suami atau pakwe korang.
11 TABIAT LELAKI MALAS

1) TIDAK MENCUCI PAKAIAN 

Tak dinafikan lelaki ni memang malas sikit kalau bab-bab cuci pakaian ni. Tapi kalau yang prihatin sangat dengan kebersihan atau kekemasan, biasanya dia akan basuh setiap kali selepas guna. Biasanya mereka ni akan kumpul seminggu baju-baju yang diorang dah pakai. Lepas tu, basuh sekaligus semua. Tak adalah nak basuh tiap-tiap hari. Leceh, lelaki ni tak suka buat kerja banyak kali. Tapi Cik Taring rasa tak adalah sampai istillah tidak mencuci pakaian kan?!

2) TIDAK MENGEMAS RUMAH

Kalau adik Cik Taring memang dia tak pernah nak buat langsung kemas rumah ni. Bab-bab menyapu sampah, kemas sana kemas sini, lelaki memang lemah sikit. Tapi kalau jumpa lelaki yang menitikberatkan sangat pasal faktor kekemasan ni. Masaklah semua kaum perempuan. Kalau jumpa lelaki yang sukakan kekemasan, tak boleh selerak sikit pun. Tapi jarang jumpa lelaki yang suka kemas rumah ni kan

3) TIDAK MEMBASUH PINGGAN

Yang ni pun Cik Taring setuju . Sebab lelaki ni lepas makan susah betul nak basuh pinggan. Lagi-lagi kalau diorang yang masak. Biasanya lelaki ni masak sedap. Tapi bila masuk je dekat dapur, amboi kau terabur gila sampai tak ada rupa macam dapur dah. Bagi Cik Taring sendiri, lepas makan basuh pinggan tu memang perkara yang wajib lah. Sebab mak Cik Taring dah didik adik-beradik Cik Taring dari kecik lagi lepas makan, tak kira lah dekat rumah sendiri ke, rumah org lain ke, jangan tinggal pinggan tanpa dibasuh.

4) TIDAK MENGGOSOK BAJU

Tak dinafikan ramai jugak lelaki yang malas nak gosok baju. Cik Taring tak tahu kenapa mereka malas nak gosok baju. Tapi pada Cik Taring, Cik Taring memang tak boleh keluar kalau tak gosok baju. Tak gosok baju means tak ada keyakinan nak tempuhi hari hari yg mendatang. Kadang-kadang tengok baju depa ni habis kedut seribu. Tapi still confident.

5) TIDAK BERCUKUR

Cik Taring  tak suka betul tengok lelaki yang penuh dengan misai atau janggut hehe, kalau nak bela janggut sampai panjang pun biar lah janggut tuh kemas. Tapi ada sesetengah lelaki yang tak bercukur sebab dia ingat dia “handsome” sangat. Kalau bercukur kan bagus senang nak amik air sembahyang..hehe

6) RAMBUT KUSUT

Tak semua suka berambut kusut ni. Biasanya rambut kusut ni yang jenis suka simpan rambut panjang-panjang, lepas tu tak reti nak sikat. Cik Taring sendiri pun rimas. Tapi, kalau Cik Taring memang tak suka tengok lelaki simpan rambut panjang-panjang, kalau ayah Cik Taring tengok comfirm reject buat menantu.

7) TIDAK DATANG KE PEJABAT/KULIAH

Benda ni Cik Taring malas nak cakap. Sebab lelaki dan perempuan pun sama je. Benda ni pucuk pangkalnya disiplin yang ada dalam diri korang. Kalau korang sedar tanggungjawab korang sebagai pelajar dan pekerja. Tak adelah korang nak ponteng kerja or kuliah. Cara kita dibesarkan lain. Masing-masing dibesarkan dengan cara yang tersendiri. Kalau dia dah dibiasakan dengan disiplin. Maka berdisiplin lah dia.

8) TIDAK MENCUCI KENDERAAN

Are you sure? Sebab setahu Cik Taring kereta lelaki lebih kemas dari kereta perempuan. Lelaki kan suka dengan benda-benda macam ni. Mungkin kalau yang berkerja dan yang dah berumur sikit tu, Wallahualam lah.

9) TIDAK MENJAGA PENAMPILAN DIRI

Penampilan diri adalah sangat penting bagi Cik Taring. Lelaki atau perempuan masing-masing kena jaga penampilan diri. Cik Taring akan pastikan apa yang Cik Taring pakai benda yang betul dan kemas. Sebab benda ni pun melibatkan keyakinan dalam diri. Kalau benda yang kita pakai tak kemas. Memang serius tak ada self confident.


10) TIDAK SUKA MEMBACA

Haha ok yang ni betul kot? Sebab Cik Taring tengok kawan-kawan lelaki Cik Taring memang tak ada yang suka membaca buku. Lagi-lagi buku akademik. Kalau macam baca blog ke apa ke boleh lah. Kalau bagi buku akademik ni memang pegang kejap dah tertidur lah. Cik Taring pulak suka baca muka buku je!

11) TIDAK BANGUN AWAL PAGI.

Cik Taring selalu bangun awal pagi Sebab Cik Taring nak pergi kerja. Kalau hujung minggu pun ada jugak lah Cik Taring bangun awal pagi nak kemas rumah, basuh baju apa semua kan. Tapi kalau adik lelaki Cik Taring memang payah nak bangun pagi-pagi lepas solat subuh terus tidur, ish ish.

Ok, dah habis semua 11 perkara. Sebenarnya benda ni  tak semuanya betul. Untuk 11 perkara ni biasanya budak-budak bujang atau remaja lelaki yang suka buat. Ayah Cik Taring tak ada ciri-ciri dalam 11 perkara di atas sebab ayah Cik Taring super hero.


Wednesday, 25 July 2012

Sekadar Berkongsi Ilmu

Assalamualaikum dan  Salam Ramadhan

Apa khabar semua? Rasanya lama Cik Taring tak update entry, sebelum tu Cik Taring nak ucapkan selamat berpuasa untuk seluruh umat islam di dunia.

Hari ni Cik Taring  nak berkongsi dengan semua tentang perkara yang membatalkan puasa. Cik Taring rasa korang semua pun dah tau kan apa dia perkara yang boleh membatalkan puasa ni, tapi entry ni just nak mengingatkan korang kembali, kita hidup kena saling ingat mengingati betul tak? Baru 1Malaysia kan !

Jom berkongsi info ini dengan orang lain, sharing is loving

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
  • Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
  • Melakukan persetubuhan
  • Gila walaupun sebentar
  • Murtad
  • Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ini penting, korang pun perlu tahu perkara yang tidak membatalkan puasa, jangan silap kalau korang kena cucuk, korang masih dalam keadaan boleh berpuasa lagi tau.

Perkara yang tidak membatalkan puasa:
  • Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
  • Bersuntik
  • Tidur walaupun sepanjang hari
  • Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
  • Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja
Cik Taring : Nak masak apa ye untuk berbuka nanti ;-)

Friday, 20 July 2012

15 Teknik Mengikat Tali Kasut


Salam 1Malaysia Dan Selamat Menyambut Ramdhan

Hari ni Cik Taring nak share dengan korang semua teknik ikat tali kasut. 

Cik Taring, perlu ke tunjuk cara macam mana nak ikat tali kasut, macam lah orang tak tahu!

Bertenang-bertenang Cik Taring buat entry ni sebab nak berkongsi, kalau korang semua dah tahu bagus lah, Cik Taring nak share pada orang yang tak tahu je . Sharing is loving kan. 

Walaupun setiap orang mempunyai skil tersendiri dalam mengikat tali kasut. Ada juga yang mengikat teknik ini, teknik itu, tetapi yang pasti tujuan mengikat tu untuk mengetatkan kasut agar tidak tertanggal kan. Kalau nak imbas kembali last Cik Taring ikat tali kasut masa sekolah menengah dulu lepas tuh dah tak pernah ikat tali kasut lagi pun Cik Taring tak suka pakai kasut yang bertali, leceh nanti nak kena ikat pulak kan, tapi remaja sekarang lebih suka pakai kasut yang bertali barangkalai style.

Dekat bawah ni terdapat 15 teknik menarik untuk mengikat tali kasut.  Jom lihat gambar di bawah ini. 

Monday, 16 July 2012

Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

Korang dah pergi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia?


Semalam Cik Taring sempat pergi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia dekat hulu langat, kebetulan Cik Taring lalu dekat depan kedai tu so, Cik Taring pun singgah lah. Wah! ramai betul orang beli kain dekat situ. Semua kain lawa-lawa,  harga tak payah cakap lah murah-murah tau.

Rambang mata Cik Taring tengok kain-kain yang di jual, kalau gaji dah masuk nanti nak serbu kedai Kain Rakyat 1Malaysia. Moh kita pakat mai Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.

Lokasi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang pertama terletak di batu 14, Hulu Langat. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia sudah pun dirasmikan Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Jom kita terjah harga kain-kain di KKR1M.
  • Kain batik jacquard dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang.
  • Baju kemeja linen RM45 sehelai berbanding RM79 di pasaran
  • Kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran.


Kalau korang nak melihat dengan lebih dekat lagi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia, apa kata korang singgah sendiri di Kedai Kain Rakyat 1Malaysia di alamat ni :-

No1, Jalan Lagenda Suria,
Taman Lagenda Suria,
Batu 14 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan

Jom Serbu MAHA International 2012


Jom kita serbu MAHA 2012!!!

Wah! Tak sabar nak tunggu 23 November ada MAHA International 2012 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang Selangor (MAEPS).

Kalau sebelum ni Cik Taring memang tak akan lepaskan peluang pergi MAHA, banyak aktiviti dan jualan dekat MAHA ni. MAHA  akan diadakan cuma dua tahun sekali. Lagi pun ni lah salah satu cara mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda. Selain itu juga untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.

Seterusnya untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan dan akhir sekali menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa.

Jom! Apa lagi jangan lupa serbu MAHA International 2012!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...