Followers

Showing posts with label JMJ. Show all posts
Showing posts with label JMJ. Show all posts

Thursday, 10 November 2011

Sinar Harapan Baru Bagi Kaum Nelayan


Tahun 2012 membawa sinar harapan baru dan menjanjikan kehidupan baru yang  penuh  bermakna bagi para nelayan di seluruh negara. Impian mereka untuk mengecapi kehidupan yang lebih sempurna akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pihak Kerajaan sedar akan hakikat kesempitan hidup yang dihadapi oleh para nelayan yang saban hari mempertaruhkan nyawa untuk mencari rezeki di lautan, yang ada kalanya bergelora apabila dipukul badai. Mereka bergantung hidup semata-mata kepada hasil tangkapan yang tidak menentu.

Keadaan kediaman mereka yang daif itu telah mendapat perhatian dan simpati pihak Kerajaan.  YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, telah membawa khabar gembira  apabila beliau mengumumkan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit untuk Tabung Khas Perumahan Nelayan  khusus untuk membina dan membaik-pulih rumah para nelayan, semasa membentangkan Baget 2012 baru-baru ini. Perkampungan nelayan di Malaysia akan berubah wajah apabila pembinaan dan kerja-kerja membaik-pulih tersebut dilaksanakan.

Selain dari itu, pihak Kerajaan akan menyediakan prasarana asas untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh para nelayan. Dengan kemudahan-kemudahan tersebut, mereka akan dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Alangkah beruntungnya para nelayan kita, kini nasib mereka terbela dan yang pasti, mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan negara.

Sesungguhnya, melalui dasar transformasi nasionalnya, pihak Kerajaan begitu prihatin terhadap  nasib  rakyat  serta komited untuk memperbaiki taraf hidup mereka demi untuk kesejahteraan negara yang tercinta.






JMJ:  Bersyukurlah…….
              

Monday, 17 October 2011

Mengenali Masyarakat Amish

                                                                 
Cuba kita bayangkan sebuah kehidupan tanpa lampu elektrik, televisyen, mesin basuh dan kereta? I say man, dah lama kita dimanjakan dengan segala kemudahan, tentulah terasa susah hidup tanpa kemudahan-kemudahan tersebut. Pendek kata, seksa hidup!

Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, memang susah nak percaya ada juga manusia yang memilih cara hidup lama sebagaimana masyarakat Amish di Lancaster, Pennsylvania, di Amerika Syarikat. Mereka yang berketurunan Swiss-Jerman ini memang unik. Mereka menolak semua bentuk kemajuan dan teknologi moden. Mereka juga tidak suka bercampur dengan masyarakat umum di luar kawasan perkampungan mereka.

Bayangkanlah omputih-omputih ini menggunakan pelita di waktu malam dan kayu sebagai bahan pembakar untuk memanaskan rumah di musim dingin.

Mereka bergantung hidup dengan bertani, membanting tulang mengerjakan ladang. Mereka membajak tanah dengan menggunakan tenaga kuda dan keldai.

Saya tabik spring kepada kaum wanita Amish yang saya anggap sebagai kaum ibu mithali. Mana taknya, mereka memasak dengan menggunakan dapur kayu. Kaum ibu Amish menjahit pakaian untuk se isi keluarga dengan tangan tanpa menggunakan mesin jahit! Mereka juga membasuh baju dengan tangan, manakala arang batu digunakan untuk menggosok baju.

Dari segi pemakaian pula, wanitanya berpakaian sopan. Mereka memakai gaun labuh berwarna gelap atau kelabu dan cap berwarna putih di kepala, seperti jururawat di hospital, manakala, kaum lelakinya pula memakai kemeja berlengan panjang berwarna putih, seluar panjang dan topi berwarna hitam.


Jangan terkejut, di perkampungan Amish, langsung tak ada kereta atau motosikal, yang ada cuma horse buggie atau kereta kuda.

Cara hidup dan penampilan mereka mengingatkan saya kepada sebuah drama bersiri Amerika yang disiarkan di tv semasa saya kecil dahulu, ia itu, ‘Little House on the Prairie’.

Menurut orang-orang Amish, mereka mengekalkan cara hidup lama ini kerana tidak mahu masyarakatnya terdedah kepada dunia luar dan dipengaruhi oleh budaya liar yang menyesatkan.

Kini masyarakat Amish mulai bimbang kerana anak-anak remajanya sudah mula menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi rakan-rakan di luar sana. Apakah mereka masih boleh melawan arus? Hanya masa sahaja dapat menentukannya.





JMJ: Saya kagum dengan jati-diri orang-orang Amish.

               
    
             
               

             

             

     


              
             
              
             

Monday, 12 September 2011

That bloating, ‘shrinking’ feeling

                                                        

Something is just not right. Suddenly, everything seems to be getting smaller and tighter. Everything seems to be shrinking.  It’s puzzling. Could it just be my imagination? 

I think the first time I noticed the shrinkages was when my sarongs and maxi skirts started getting tight around the waist and bursting at the seams around the hips. Next, my pair of favourite jeans seemed to lose their length.  I’m a full grown woman for heaven’s sake! I’m neither the growing teenager nor am I the green incredible hulk! Yet, my sarongs, maxi skirts and jeans were getting tighter and shorter! 

Well, I can still zip up my jeans, by holding my breath, that is…….At least  I don’t have to lie down on the floor to zip it! He..he..he….

Then, I remember having difficulty buttoning up my blouses, you know, down the front. To my frustration, my blouses were also tight around the shoulders and the sleeves were getting shorter. Not a good sign either.

Next, my leather shoes started shrinking too! They fitted me perfectly well  some time ago but of late, they were not as comfortable as they used to be when I first bought them.  I never soaked them in water and I certainly didn’t wash and spin dry them. 

My towel  too appeared a size smaller. For some odd reason, the towel wasn’t holding its tuck.   It had shrunk as well! 

I realised that the world around me was shrinking further when my gold ring was impossible to get on or off without some liquid assistance. Since when does a 24 carat gold shrink? In value perhaps, but not in substance, right? 

I just don’t get it. How can these things be different sizes than they used to be?  I can’t believe it’s just me.  However, I am pretty sure that there are people out there who must have felt that bloating, ‘shrinking’ feeling some times . 

The shocking number on the weighing scale says it all.  Reality is the same for everyone isn’t it  and the stark reality  about  weight gain is mind-boggling!  Health is wealth. It’s time for me to hit the treadmill!









JMJ: For health’s sake, one has to keep one’s  weight in check.

Tuesday, 23 August 2011

Karak dan Wadi Rum (Jordan)


                                                           
Kita sambung cerita mengenai  tempat-tempat bersejarah dan menarik di Jordan. Sememangnya  pekan Mu’tah di selatan Jordan banyak melakar sejarah.  Banyak peristiwa yang menyayat hati berlaku di Mu’tah. Mu’tah pernah menjadi medan peperangan di antara tentera Muslimin dan tentera Rom apabila seorang perutusan yang dikirim oleh Rasulullah s.a.w. dibunuh dengan kejamnya.

Saya sempat melawat  sebuah masjid di Al Mazar (Mu’tah), di mana terdapat Makam-makam Panglima Islam, ia itu Zaid bin Haritha  radhiyallahu ‘anhu ia itu, anak angkat Rasulullah s.a.w. dan Jaafar bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, sepupu Rasulullah s.a.w. Mereka  adalah di antara ramai yang terkorban syahid sewaktu pertempuran  dengan tentera Rom yang diketuai oleh Panglima Hercules. Setelah  Zaid bin Haritha dan Jaafar bin Abi Thalib terkorban, Panglima Islam terkenal, Khalid bin Al Walid (Panglima semasa Perang Uhud di Madinah) telah mengetuai tenteranya dan kali ini mereka beroleh kemenangan.

Kami dimaklumkan bahawa  ketika masjid di Al Mazar itu sedang di bina, terdapat mayat-mayat para syuhada yang tidak hancur dan darah segar mengalir dari tubuh mereka akibat terkena jentolak!  Bayangkanlah mayat-mayat tersebut sudah berusia lebih seribu  empat ratus tahun, namun mereka yang mati syahid ini tubuh mereka masih sempurna!

Siapa tak kenal Panglima Islam tersohor yang digeruni pihak lawan, Salahuddin Al-Ayubi? Beliau pernah menentang tentera Kristian (Crusades) yang diketuai oleh Richard the Lion Heart. Dalam buku-buku sejarah Inggeris,  Salahuddin Al-Ayubi digelar ‘Saladin’. Di pekan Karak (juga di selatan Jordan), Karak Castle ia itu kubu kuat pihak Rom telah berjaya ditawan oleh beliau.



Sesiapa yang teringin nak melalui kehidupan sebagai seorang Arab badui pula, Wadi Rum adalah tempatnya. Wadi Rum adalah kawasan padang pasir bergunung batu yang kering dan gersang.  Jangan risau. Tandas dan bilik air yang bersih  ada disediakan.  Cuma, kawasan padang pasir itu kerap dilanda ribut pasir. Kena tahan lasak sikitlah. Sesiapa yang gemar bercamping pasti seronok  duduk di khemah di Wadi Rum. Aktiviti-aktiviti lasak seperti memanjat gunung batu, naik jip meredah padang pasir dan menunggang unta dan kuda turut disediakan.

 Ma’af ya, tak ada hotel lima bintang di Wadi Rum, yang ada cuma khemah ribuan bintang! He..he..he…Pada waktu malam, para pengunjung akan dapat menyaksikan hamparan ribuan bintang di langit yang sungguh menakjubkan. Indahnya alam ciptaan Tuhan! Sesungguhnya ianya  tidak dijadikan dengan sia-sia.

Untuk makan malam, pihak penganjur menyediakan nasi beriani Arab, nasi mandi dan mansaf  dengan daging kambing  dan ayam yang dimasak secara tradisional, iaitu dimasak di bawah tanah. Nasi tersebut dihidang dengan buah zaitun, yoghurt dan  salad campuran.  Kami juga dihiburkan dengan muzik dan tarian tradisional Arab yang dipersembahkan oleh Pak Arab Pak Arab badui, siap dengan tongkat  dan pedang panjangnya sekali! Tersenyum saya dibuatnya! Saya terkenangkan P.Ramlee dan rakan-rakan dalam filem ‘Ali Baba’ ….Ya habibi Ali Baba..Ya habibi Ali Baba….Ya habibi….Ali…… Kelakar!


Jangan terkejut, ada di antara Pak Arab badui ini mempunyai isteri lebih dari satu dan dua di antara mereka mempunyai isteri berbangsa Perancis dan Inggeris! Hebat jugak Pak Arab badui ni kan? Khabarnya kedua-dua wanita tersebut yang gemar aktiviti lasak, berkunjung ke Wadi Rum dan bukan sahaja jatuh cinta dengan ketenangan di Wadi Rum  serta kehidupan  kaum badui  yang  santai, jauh dari hingar-bingar kota-raya di Eropah, tetapi juga dengan jejaka badui. Isteri mereka  kini giat menguruskan eco-adventure tourism atau aktiviti-aktiviti lasak untuk para pengunjung ke Wadi Rum.
 
Sebagai  makluman, sebahagian penggambaran movie Hollywood tahun ‘60han, ‘Lawrence of Arabia’ dan  movie, ‘Transformers: Revenge of the Fallen’  dilakukan  di Wadi Rum. Sesiapa yang pernah menonton movie tempatan ‘Nur Kasih the movie’ , pasti dapat melihat pelakon-pelakonnya beraksi di Wadi Rum dalam keadaan cuaca panas, berpakaian ala Arab dan menunggang unta .





JMJ:  Waktu paling sesuai untuk melawat Wadi Rum ialah pada bulan April dan bulan Oktober, Ketika itu cuacanya enak, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
         
         

Friday, 5 August 2011

Jordan – Bumi Para Anbia’

Saya memang minat program TV ‘Jejak Rasul.  Sejak lama dulu, saya teringin  nak melihat sendiri tempat-tempat bersejarah para Anbia’(Nabi) yang pernah dipaparkan oleh TV3. Alhamdulillah, impian menjadi kenyataan apabila kami berpeluang untuk ke Jordan.


Surah Al Kahfi memang tidak asing lagi bagi umat Islam. Rupa-rupanya, Gua Ar Raqim yang  disebut dalam Surah tersebut cuma 15 km saja dari bandar Amman. Bayangkanlah betapa terujanya saya untuk melihat sendiri Cave of the Seven Sleepers. Di situlah Ashabul Kahfi atau Ahli Gua terdiri dari tujuh orang pemuda beriman dan anjing mereka bersembunyi ketika diburu oleh tentera Raja. Di dalam gua tersebut, kita dapat lihat bongkah-bongkah batu berbentuk empat segi, ia itu tempat pembaringan mereka, tulang-tulang yang dah hancur dan lubang saluran udara. Meremang bulu roma saya ketika pertama kali menjejakkan kaki di gua tersebut! Maklumlah kita dah tahu cerita mereka dalam Surah Al Kahfi.


Kalau berkunjung ke Jordan tak sah kalau tak melawat Laut Mati atau Dead Sea,  the lowest point on earth. Ianya  terletak sejauh 43 km dari Amman.  Air lautnya terlalu masin! Air dan lumpurnya digunakan untuk merawat penyakit kulit dan dijadikan bahan-bahan kosmetik untuk kelihatan awet muda!  Sesiapa yang bermandi-manda di Laut Mati InsyaAllah, tak akan tenggelam sebab kandungan garamnya yang luar biasa.  Saya akui saya tak tahu berenang. No problem! Kita akan terapung aja. Bestnya! Tak perlu pakai pelampung pun. Awas! Jangan sampai air nya termasuk mata, pedihnya bukan kepalang.

Menyingkap sejarah  kaum Nabi Luth a.s., perbuatan keji mereka akhirnya mengundang kemurkaan Allah S.W.T.  Bumi tersebut diterbalikkan dan akhirnya menjadi Laut Mati. Saya difahamkan bahawa penduduk-penduduk Jordan tak berminat langsung untuk bermandi-manda  di Laut Mati kerana bagi mereka tempat itu  adalah tempat sumpahan Yang Maha Esa. Malah saya terkejut apabila mengetahui ramai antara rakan-rakan Jordan saya yang tak pernah pergi ke Laut Mati.
Berhampiran dengan Laut Mati pula ialah Mount Nebo.  Mount Nebo adalah satu kawasan pergunungan di mana Nabi Musa a.s. pernah bermastautin satu ketika dulu. Di puncak gunung itu, terdapat sebuah gereja dan di belakang gereja itu  terdapat  satu replika  tongkat gergasi dan replika ular yang melilitnya.  Apakah peristiwa Nabi Musa a.s. menghentak tongkatnya lalu bertukar menjadi ular berlaku di gunung tersebut? Wallahualam.

Salah satu dari the new Seven Wonders of the World, ialah Petra (di selatan Jordan). Di Petra  terdapat sebuah kota purba yang diukir dari gunung batu. Hebat kan? Untuk ke kota tersebut khususnya ke Al Khazneh (Khazanah), kami perlu berjalan kaki atau naik kereta kuda sejauh lebih satu km melalui celah-celah lorong kecil gunung batu yang digelar Siq.

Pasti ramai masih ingat dengan filem Hollywood, ‘Indiana Jones and the Last Crusade ‘ terbitan tahun 1989, yang  dibintangi  oleh Harrison Ford dan Sean Connery. Sebahagian penggambaran filem tersebut dilakukan di Al Khazneh, Petra.  Sebagai makluman, Makam Nabi Harun a.s. terdapat di kawasan pergunungan di Petra.



Makam-makam Nabi yang sempat kami lawati ialah, Makam Nabi Shuib a.s. dan Makam Nabi Yushak a.s., anak kepada Nabi Nun a.s. Makam Nabi Yushak  a.s. yang berukuran sepanjang 20 kaki dicatat sebagai   Makam yang terpanjang di dunia.








JMJ:  Nantikan sambungan tempat bersejarah para syuhada’dan lain-lainnya di Jordan. 

Wednesday, 27 July 2011

Al Andalus

                                                     

Al Andalus atau Andalusia. Cantik namanya namun sejarahnya tak se indah namanya. Saya percaya anda pernah mendengar lagu ‘Andalusia’ yang menyingkap sedikit sejarah Al Andalus,  nyanyian penyanyi terkenal, M. Nasir. Antara bait-bait lagunya:

              Pohon salam ku pada fakir-fakir mu Andalusia
              Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
             
              Apakah sudah kering lautan darah
              Yang tertimbus di bumi Alhambra…….
  
Tersentuh jugak hati ini apabila mengenangkan sejarah getir Al Andalus kerana terhapusnya  Bani Umayyah selepas 700 tahun memerintah di bumi Sepanyol.

Saya rasa teruja kerana dapat singgah ke Cordoba dan Granada - dua buah kota terkenal  di zaman pemerintahan Khalifah Bani Umayyah pada abad ke lapan. Masjid Cordoba tersergam indah persis Masjid Nabawi di Madinah.  Saya rasa kagum melihat seni binanya yang begitu kreatif dan saya anggap sebagai satu masterpiece seni Islam masa silam.

Pusat pentadbirannya di Madinat Al Zahra, terletak lebih kurang lima km dari Cordoba.  Nama kota tersebut diambil sempena nama anak perempuan kesayangan Rasulullah s.a.w., Fatimah Al Zahra. 

Terletak di atas bukit, Istana Alhambra di Granada, tak ubah seperti sebuah kubu. Alhambra adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud, merah. Bahan-bahan binaannya adalah dari batu-bata berwarna merah. Begitulah ia mendapat namanya. Pemandangan di sekitar istana memang cantik, dikelilingi oleh air pancut, saliran air, pohon-pohon hijau dan taman bunga. Kini Istana Alhambra menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Kegemilangan Andalusia sebagai sebuah pusat ilmuan dan kesenian cukup terkenal pada masa itu. Malang sungguh bagi  pemimpin Bani Umayyah, Raja Ferdinand berjaya merampas kuasa pada abad ke 15. Sejak itu, Masjid Cordoba bertukar menjadi gereja. Sebahagian ciri-ciri Islam bekas Masjid Cordoba masih terpelihara dan dapat kita lihat sehingga ke hari ini.

Begitulah nasib yang menimpa Al Andalus, menjadi iktibar kepada kita semua. Kini yang tinggal hanyalah runtuhan batu-batu binaan di Madinat Al Zahra yang kian pudar dan sebahagiannya tertimbus ditelan dek zaman.









JMJ: Jika sesuatu amanah itu tak dijaga dengan baik, ianya akan hilang dengan sekelip mata.
       

Friday, 15 July 2011

First Encounter With A Road Bully


                                                

Have you ever encountered a road bully in your life? If you have, then you will be able to relate to the following road rage incident.

We arrived in the United States in the winter of 1998 as my husband Hj. Khalil, took up his assignment as an officer at the Embassy of Malaysia in Washington D.C. While many would flock to the US in pursuit of the American dream,  for both Hj. Khalil and his Embassy colleague, En. Rosli, it was more of an American nightmare as they soon discover!

 Hj. Khalil, being new to the place was offered a lift to the Embassy by En. Rosli. One morning, they both had a close shave with death! While they were heading towards the Embassy, a tall, big boned American guy suddenly and aggressively overtook them and swerved his car right across  them. En. Rosli’s car almost hit his if not for his quick action in applying the brakes. The guy must be insane!

The guy then got off his car angrily, used abusive language and punched the side wind screen of En. Rosli’s car. Blood from his wounded knuckle spurted onto his winter coat! Ouch! That must be painful. The two Malaysians were stunned and were wise enough to sit tight and remained silent, while the crazy guy vent out his anger and temper tantrum.

The road bully then rushed back to his car, searched desperately for something but to no avail. He finally gave up and hurriedly left the scene. By this time, there was a massive traffic jam during the morning rush hour. The commuters bore witness to the highway drama, however, no one was brave enough to interfere or come to their aid.

 En. Rosli was puzzled and didn’t exactly know why the guy had reacted dangerously towards him. He wondered whether he had driven badly but he didn’t think so or was the guy prejudiced against him, a foreigner? Perhaps, the traffic congestion on that cold, wintry morning may have contributed to the guy’s frustration and road rage.

Subsequently, En. Rosli lodged a police report. According to the police officer, such incidents were common, that diplomats were not well-liked by certain members of the society and they were both very lucky to be alive! He further explained that the guy had gone back to his car in search of a gun or weapon which he may have kept. Had he found one, my husband and En. Rosli would probably hit the headlines!

The lesson to be learnt while on US soil is, never attempt to provoke those crazy ‘nuts’ a most of them carry guns! The American Bill of Rights allow them to keep and carry a handgun which explains the shocking numbers of murders in the United States!

Well, no matter how bad the traffic is, motorists should exercise patience and decorum, without which, there’ll be chaos on the street.

It is a known fact that American motorists fear road rage and such incidents are rampant. The American Automobile Association (AAA) even suggested that anger management education should be part of the penalty for such behaviour.
              






JMJ: Thank God, we have a strict gun control policy in Malaysia.

Tuesday, 5 July 2011

Pantang Larang di Bumi Eropah



‘Nak flush toilet di tengah malam pun tak boleh,’ rungut sahabat saya yang bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di Brussels (Belgium). Menurut beliau kalau ada sesiapa yang sakit perut di tengah malam, mereka kena keluar cari tandas awam! Kesiannya! Apa kan daya, sudah begitu peraturannya bagi para penghuni apartmen di sana, terpaksalah akur.

Lain pula kisahnya dengan rakan saya di London. Pada satu hari, beliau bakar belacan di dapur,alih-alih, anggota-anggota Balai Bomba London datang untuk menyiasat, kerana pihak Bomba menerima aduan dari jirannya yang mengadu terhidu bau ‘gas beracun’! Puaslah kawan kami tu cuba terangkan kepada mereka bahawa  ‘gas beracun’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah bau belacan yang dibakarnya di atas dapur. Tergelak anggota bomba orang putih tu dibuatnya. ‘False alarm’, kata mereka.

Sejak dari peristiwa tersebut, beliau tak berani bakar belacan lagi untuk menghormati jiran-tetangganya. Terpaksalah berkorban untuk tak makan sambal belacan!

Seorang pegawai Kedutaan kami di Vienna (Austria), turut mempunyai pengalaman yang sama, cuma kali ini bukan angkara belacan yang dibakar, tetapi, durian, yang sempat ibunya smuggle dari Malaysia. Pihak bomba di Vienna, tidak pernah tengok buah durian dan akui baunya kuat dan mengganggu ketenteraman penghuni-penghuni apartmen tersebut! Kalau nak makan durian, pulang ke Malaysia ajelah.

Adat orang kita, bila nak masuk rumah, tanggalkan kasut dan selipar di luar pintu. Di Eropah, penghuni apartmen tidak boleh letak kasut di luar pintu rumah. Semuanya perlu dibawa masuk ke dalam rumah. Kami kena rajin menyuci kasut, sebab di Eropah, masyarakatnya suka bela anjing dan walk the dog. Jadi najis dan air kencing anjing bersepah di merata tempat. Ada di setengah-setengah tempat, pemilik anjing tu kena kutip najis anjing, masukkannya ke dalam plastik dan buangnya ke dalam tong sampah, tetapi bekas-bekas najis tu tetap ada.

Umumnya di Eropah, anak-anak kecil tidak dibenarkan membuat bising pada sebahagian waktu siang dan malam. Kalau anak kecil kuat melalak dan yang nakal pula suka menjerit-jerit, bagaimana? Selain itu, kami tidak boleh membakar sate di apartmen. Para penghuni apartmen tidak boleh menyuci kereta di tempat letak kereta di apartmen. Itu perlu dilakukan di tempat-tempat khas yang menyediakan perkhidmatan menyuci kereta. Kalau memandu kereta pula, tidak boleh langgar pokok di tepi jalan. Semua pokok-pokok tu sudah diinsurankan. Sekiranya kita terlanggar pokok-pokok tu, siaplah kena saman!

Kalau menyewa di rumah teres pula, bila salji turun lebat menutupi pejalan kaki di depan rumah, adalah tanggung-jawab kami untuk menyodok salji ke tepi, supaya orang yang lalu lalang di depan rumah tak jatuh. Kalau dibiarkan saja salji menjadi ais dan mereka terjatuh, kami akan disamannya! Maka setiap pagi, bila salji tebal di depan rumah, kami anak-beranak akan segera menyodoknya ke tepi dan tabur garam agar ianya tak jadi ais. Sodok-menyodok salji setebal se kaki pada suhu -10 Celsius memang menyiksakan dan boleh sakit pinggang dibuatnya! Sabar ajelah.

JMJ: Malaysia juga yang best!

Tuesday, 28 June 2011

Hmm…..Now I Sound Just Like Mak




When I was a young child and teenager, mother used to issue several commands and advices in order to instil  some discipline in me  and my siblings. Obediently and timidly, I would say, ‘Yes mother’ with no question asked, although some of those advices left me wondering as to whether there were any truths in them.

Among others, mother would say:

  • Don’t sing in the kitchen or you’ll end up with an old man as a husband.
  • Don’t sit on the staircase, no suitors will ask for your hand in marriage.
  • Don’t forget to perform your prayer.
  • The way to a man’s heart is through his stomach.
  • Be home early, there are lunatics out there prowling.
  • Wash your hands properly before taking your meal.
  • Make doa before you go to sleep.
The first two, as mentioned above are rather baffling. As a young girl, it was hard for me to comprehend as to how by singing in the kitchen one would end up marrying an old man; And what’s wrong with a girl sitting on the staircase and how will that make her an anak dara tua or an old spinster? I just don’t see the connection. All that just makes no sense!

There must be some logic or rationale for them, so, I concluded that I shouldn’t be singing in the kitchen as to avoid burning something on the stove or worse still, burn the whole kitchen down! Probably too, I was such a lousy ‘singer’ and mak wanted some peace and quiet! I guess I shouldn’t be sitting on the staircase as  to allow free passage for others to pass through. Now, that sounds more plausible and acceptable.

Now that I’m a mother, to my surprise, I’m sounding like my mother echoing the same advices and commands to my children. I’ll constantly remind them to perform their prayers, wash their hands properly, not to come home late, make doa before they sleep and ‘come and watch me cook …………….’ and the rest of it.  Like any other parents, I only think in their best interest. Unwittingly, I use the same clichés to discipline them and now I sound just like mother.

I am sure that many parents out there must have experienced the moment when they say something to their kids and sound just like their mother.


JMJ: Mothers know best.

Wednesday, 22 June 2011

Mak Kata……..


Semasa saya kecil dulu, mak selalu kata,’Di waktu senja,jangan main di luar,sebab banyak hantu-syaitan berkeliaran’.Setiap kali kami bercuti di kampung di Alor Gajah, atuk dan nenek akan kata begitu juga.Malah mereka akan segera tutup pintu dan tingkap apabila menjelang senja dan suruh kami cepat-cepat ambil wuduk. Agaknya mereka bimbang sekiranya ada syaitan terlepas masuk melalui pintu dan tingkap, sangka saya ketika itu.

Dari pemerhatian saya,lain pula kisahnya di negara-negara Arab.Di negara-negara Arab,rata-rata masyarakat Arab suka keluar rumah di waktu senja. Sana-sini jalan rayanya penuh sesak. Semakin malam, semakin sesak.

Setiap malam,apatah lagi pada malam Jumaat dan hujung minggu, ia itu pada malam Sabtu dan Ahad, apabila menjelang senja, mereka akan keluar seIsi keluarga untuk ke Mall, ke restoran, melawat saudara-mara, sahabat ataupun berkelah di mana sahaja yang sesuai untuk bersantai anak-beranak. Mereka gemar berkelah di waktu malam, mungkin kerana cuacanya enak dan nyaman di waktu malam.Di situlah mereka akan bakar kebab, minum teh dan Pak Sheikh Pak Sheik hisap syisya, sambil mendengar alunan muzik Arab.Memang meriah!


Saya tertanya-tanya juga,tidak kah mereka bimbang diganggu syaitan atau tersampok ketika di waktu senja? Tidakkah mereka hormati waktu maghrib dan bersolat maghrib? Mungkin mereka bersolat di musalla di Mall dan restoran atau di mana sahaja.Bersolat di tepi jalan raya atau di luar kedai adalah perkara biasa bagi mereka. Bila ditanya, memang mereka tiada pantang larang untuk keluar di waktu senja.




JMJ: Pesanan mak itu pasti saya jadikan azimat kerana pesan orang tua kita itu adalah semata-mata untuk kebaikan kita, demi melindungi kita dari sebarang perkara buruk yang tidak diingini.

Friday, 3 June 2011

Antara Gempa Bumi Dan Ledakan Bom


Awal pagi lagi sahabat saya,seorang suri rumah dan anggota keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, menelefon saya. ‘Kak! Ada tak kak rasa gegaran bumi?’ tanya beliau, dalam nada cemas.’Ada,tapi jangan risau,’ jawab saya yang sudah mula pening-pening lalat akibat gegaran tersebut.


Sebagai meredakan keresahan beliau, saya maklumkan bahawa bumi Jordan itu memang biasa dilanda gegaran atau gempa bumi yang tidak berapa kuat, cuma 2 atau 3 sahaja ukurannya pada skala Richter, jadi, usahlah bimbang. Berdoa sahajalah agar Allah SWT sentiasa melindungi kita di bumi anbia’ itu dari bahaya dan bencana,begitulah pesanan saya kepada beliau.

Keesokan harinya, pihak Kedutaan mengesahkan bahawa gegaran bumi tersebut sebenarnya adalah ujian peluru berpandu atau,‘anti-ballistic missile defence system’ oleh pihak Israel yang ditujukan kepada sasarannya di Laut Mati. Sebagai makluman, Israel dan Jordan bersama-sama berkongsi sempadan di Laut Mati, yang terletak sejauh 43 km dari kota raya Amman.

Bagi pengunjung-pengunjung yang berkelah atau mandi-manda di Laut Mati di sebelah Jordan, tidak hairanlah sekiranya pihak tentera Israel meneropong, mengawasi pergerakan mereka dari jauh. Biasalah tu, mereka bimbang sekiranya pihak musuh cuba menceroboh ke dalam wilayahnya.

Setiap kali berlaku gegaran bumi, kami keliru, tidak tahu sama ada ianya berpunca dari pergerakan bumi atau ledakan bom oleh negara Yahudi tersebut. Walau apa pun yang terjadi pihak Kedutaan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mempunyai kontingensi pelannya tersendiri demi keselamatan seluruh rakyat Malaysia di Jordan.


JMJ: Ada juga di kalangan sahabat -sahabat saya yang sudah siapkan beg kain bajunya bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Kata mereka,’Kalau meletus perang, senang nak cabut!’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...