Followers

Friday, 3 June 2011

Antara Gempa Bumi Dan Ledakan Bom


Awal pagi lagi sahabat saya,seorang suri rumah dan anggota keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, menelefon saya. ‘Kak! Ada tak kak rasa gegaran bumi?’ tanya beliau, dalam nada cemas.’Ada,tapi jangan risau,’ jawab saya yang sudah mula pening-pening lalat akibat gegaran tersebut.


Sebagai meredakan keresahan beliau, saya maklumkan bahawa bumi Jordan itu memang biasa dilanda gegaran atau gempa bumi yang tidak berapa kuat, cuma 2 atau 3 sahaja ukurannya pada skala Richter, jadi, usahlah bimbang. Berdoa sahajalah agar Allah SWT sentiasa melindungi kita di bumi anbia’ itu dari bahaya dan bencana,begitulah pesanan saya kepada beliau.

Keesokan harinya, pihak Kedutaan mengesahkan bahawa gegaran bumi tersebut sebenarnya adalah ujian peluru berpandu atau,‘anti-ballistic missile defence system’ oleh pihak Israel yang ditujukan kepada sasarannya di Laut Mati. Sebagai makluman, Israel dan Jordan bersama-sama berkongsi sempadan di Laut Mati, yang terletak sejauh 43 km dari kota raya Amman.

Bagi pengunjung-pengunjung yang berkelah atau mandi-manda di Laut Mati di sebelah Jordan, tidak hairanlah sekiranya pihak tentera Israel meneropong, mengawasi pergerakan mereka dari jauh. Biasalah tu, mereka bimbang sekiranya pihak musuh cuba menceroboh ke dalam wilayahnya.

Setiap kali berlaku gegaran bumi, kami keliru, tidak tahu sama ada ianya berpunca dari pergerakan bumi atau ledakan bom oleh negara Yahudi tersebut. Walau apa pun yang terjadi pihak Kedutaan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mempunyai kontingensi pelannya tersendiri demi keselamatan seluruh rakyat Malaysia di Jordan.


JMJ: Ada juga di kalangan sahabat -sahabat saya yang sudah siapkan beg kain bajunya bagi menghadapi sebarang kemungkinan.Kata mereka,’Kalau meletus perang, senang nak cabut!’.

15 comments:

The Girl of The Future said...

O.O ... Mia doa2kan tiada apa2 serious yg akan berlaku.. especially kepada Malaysian yg berada di sana.. ~~seram juga Mia baca pasal nie~~

Anonymous said...

chara doakan semoga tiada apa2x yg berlaku. semoga mereka semua dilindungi dan berada dlm keadan selamat.

Cikbintang said...

marilah kte brdoa brsama2....
kita hye hamba ALLAH yg lemah

amiraliyana said...

takut jugak baca.== harap semuanya baik2 ja dan kepada rakyat2 malaysia yang berada di sana juga harap semuanya selamat. aminn

acid said...

Seharusnya kt yang tinggal di Malaysia ni harus bersyukur kerana negara kita xde la kejadian sedemikian yang berlaku....same2 la kt doakan untuk saudara se Islam kt di sana yea...

rusna wana said...

bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia yg aman damai tanpa keganansan dan peperangan juga penindasan dripd negara veto...syukur al-hamdulillah ..

meoww cat said...

Ya Allah...lindungilah kami dari musibah yang tak dpt kami tanggung...ini semua adalah dugaan untuk kita ingt kepada pencipta...

annurislam said...

Tuhan..Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat, seperti yang telah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami..Tuhan, jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya...Maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa2..Rahmatilah kami..

Sentiasalah persiapkan diri untuk bekalan dunia mahupun akhirat..kita belum tahu bile kta akan dijemput Nya..

Unknown said...

semoga kita semua dilindungi-Nya..amin....baru tadi nana dengar cam bunyi bom gitu...xtaw bunyi apa,nak kata guruh bunyi kuat sangat..tanya mak n ayah nana pun diorang xtaw bunyi apa..

amiraliyana said...

betul tu kita harus bersyukur berada di malaysia ni.

Sarah Naiema said...

Tu la kite patut bersyukur berada di negara yang aman dan damai nie tanpa ada persengkataan dan peperangan..

Seram dan takut bile membaca artikel tadi, apatah lagi orang2 yang menanggungnya.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Bersyukur la kite ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi peluang untuk memohon ampun.. kite tidak tahu bile kite akan dijemput olehNya, bersedia la kite dari awalnya..

Ummu Ukasyah said...

Al Quran : (59) Al Hasyr : Ayat 15

(Mereka adalah) seperti orang-orang Yahudi yang belum lama sebelum mereka telah merasai akibat buruk dari perbuatan mereka, dan bagi mereka azab yang pedih. (QS. 59:15)

Al Quran : (2) Al Baqarah : Ayat 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)


KESOMBONGAN BANI ISRAEL
“Dan Telah kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi Ini DUA (2) kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan KESOMBONGAN yang besar….” (QS al-Israa’ : 4-8)

Wan_hazel said...

Dunia semakin hampir kehujung nya..

Anonymous said...

semoga semuanya selamat...

bnyak2kan berdoa semoga smua umat islam selamt dunia akhirat

Wan_hazel said...

Amin..semoga umat Islam selamat dunia akhirat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...