Followers

Thursday 10 November 2011

Sinar Harapan Baru Bagi Kaum Nelayan


Tahun 2012 membawa sinar harapan baru dan menjanjikan kehidupan baru yang  penuh  bermakna bagi para nelayan di seluruh negara. Impian mereka untuk mengecapi kehidupan yang lebih sempurna akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pihak Kerajaan sedar akan hakikat kesempitan hidup yang dihadapi oleh para nelayan yang saban hari mempertaruhkan nyawa untuk mencari rezeki di lautan, yang ada kalanya bergelora apabila dipukul badai. Mereka bergantung hidup semata-mata kepada hasil tangkapan yang tidak menentu.

Keadaan kediaman mereka yang daif itu telah mendapat perhatian dan simpati pihak Kerajaan.  YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, telah membawa khabar gembira  apabila beliau mengumumkan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit untuk Tabung Khas Perumahan Nelayan  khusus untuk membina dan membaik-pulih rumah para nelayan, semasa membentangkan Baget 2012 baru-baru ini. Perkampungan nelayan di Malaysia akan berubah wajah apabila pembinaan dan kerja-kerja membaik-pulih tersebut dilaksanakan.

Selain dari itu, pihak Kerajaan akan menyediakan prasarana asas untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh para nelayan. Dengan kemudahan-kemudahan tersebut, mereka akan dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.

Alangkah beruntungnya para nelayan kita, kini nasib mereka terbela dan yang pasti, mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan negara.

Sesungguhnya, melalui dasar transformasi nasionalnya, pihak Kerajaan begitu prihatin terhadap  nasib  rakyat  serta komited untuk memperbaiki taraf hidup mereka demi untuk kesejahteraan negara yang tercinta.






JMJ:  Bersyukurlah…….
              

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...