Followers

Wednesday, 27 July 2011

Al Andalus

                                                     

Al Andalus atau Andalusia. Cantik namanya namun sejarahnya tak se indah namanya. Saya percaya anda pernah mendengar lagu ‘Andalusia’ yang menyingkap sedikit sejarah Al Andalus,  nyanyian penyanyi terkenal, M. Nasir. Antara bait-bait lagunya:

              Pohon salam ku pada fakir-fakir mu Andalusia
              Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
             
              Apakah sudah kering lautan darah
              Yang tertimbus di bumi Alhambra…….
  
Tersentuh jugak hati ini apabila mengenangkan sejarah getir Al Andalus kerana terhapusnya  Bani Umayyah selepas 700 tahun memerintah di bumi Sepanyol.

Saya rasa teruja kerana dapat singgah ke Cordoba dan Granada - dua buah kota terkenal  di zaman pemerintahan Khalifah Bani Umayyah pada abad ke lapan. Masjid Cordoba tersergam indah persis Masjid Nabawi di Madinah.  Saya rasa kagum melihat seni binanya yang begitu kreatif dan saya anggap sebagai satu masterpiece seni Islam masa silam.

Pusat pentadbirannya di Madinat Al Zahra, terletak lebih kurang lima km dari Cordoba.  Nama kota tersebut diambil sempena nama anak perempuan kesayangan Rasulullah s.a.w., Fatimah Al Zahra. 

Terletak di atas bukit, Istana Alhambra di Granada, tak ubah seperti sebuah kubu. Alhambra adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud, merah. Bahan-bahan binaannya adalah dari batu-bata berwarna merah. Begitulah ia mendapat namanya. Pemandangan di sekitar istana memang cantik, dikelilingi oleh air pancut, saliran air, pohon-pohon hijau dan taman bunga. Kini Istana Alhambra menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Kegemilangan Andalusia sebagai sebuah pusat ilmuan dan kesenian cukup terkenal pada masa itu. Malang sungguh bagi  pemimpin Bani Umayyah, Raja Ferdinand berjaya merampas kuasa pada abad ke 15. Sejak itu, Masjid Cordoba bertukar menjadi gereja. Sebahagian ciri-ciri Islam bekas Masjid Cordoba masih terpelihara dan dapat kita lihat sehingga ke hari ini.

Begitulah nasib yang menimpa Al Andalus, menjadi iktibar kepada kita semua. Kini yang tinggal hanyalah runtuhan batu-batu binaan di Madinat Al Zahra yang kian pudar dan sebahagiannya tertimbus ditelan dek zaman.









JMJ: Jika sesuatu amanah itu tak dijaga dengan baik, ianya akan hilang dengan sekelip mata.
       

9 comments:

nanakimie said...

nana suka lagu Andalusia m.nasir tu..tapi tak tahu kisah sejarah Andalusia.ya Allah...masjid jadi gereja?sekarang neh pun masih ada org nak rampas2 kuasa..bukan kata zaman dulu je kan....semoga negara kita masih terpelihara dan hidup aman damai....

setuju dgn sis JMJ...Jika sesuatu amanah itu tak dijaga dengan baik, ianya akan hilang dengan sekelip mata. betapa besarnya tanggungjawab kte mmegang amanah

rusna wana said...

Al Andalus atau Andalusia - hanya tinggal sejarah - sejarah kegemilangan zaman islam dan telah terhapusnya Golongan Bani Ummayyah..

Bertuahnya penulis dpt berkunjung kesana - melihat permandangan bumi Negara Arab itu yg telah byk menyimpan peristiwa zaman-zaman kegemilangan Agama Islam..

Syukurlah - masih ada Masjid2 yg dibina dizaman pemerintahan Khalifah Bani Umayyah masih ada dan telah menjadi tumpuan para pelancong pelusuk dunia ..

aqishah said...

x tau pun kisah pasal andalusia tapi mmg pernah dgr lagu m nasir ni cuma x pernah hayati lirik lagu ni...

rupa2nya kini jadi sejarah yer.. hope satu hari dpt gak merasai pengalaman penulis ke sana utk melihat peninggalan sejarah islam kita d sana

Wan_hazel said...

Rasa sungguh bertuah JMJ dapat menjejakn kaki ke sana..Syukur sgt kan..Seni ukiran Islam nie adalah tarikan yg kekal sampai ke macma skang..tapi skang nie seni islam nie dah semakin kurang di tempatkn di masjid2 ..Tgk saja masjid yg baru dibina berbentu segi empat..memang tak de lambang islam pun..


Memang lah kalau nak solat tu tak perlu memilih..tapi dalam agama pun kita ada belajar seni yg cantek hukum nya harus untuk menarik minat supaya ke masjid..

Al Andalus atau Andalusia adalah sejarah yg sukar untk difahami..dan skang nie pun kita masih kabur kabur dgn fakta atau auta sesuatu tu..

kaseh suchi said...

andalusia...kite tau sedikit sebanyak sal andalusia ni dari novel...kasih yang suci kot tajuk novel tu..
memang menceritakan keindahan kota sepanyol tu...

kat kota sepanyol jugak la lahirnya cendikiawan2 islam termahsyur macam Abbas ibn Famas termasyhur dalam ilmu kimia dan astronomi...

sayang kan andalusia ni jatuh ke tangan pemimpin yang tidakl bertanggungjawab ;p

Wan_hazel said...

kaseh suchi

tengs sebab tambah beberapa info ....terima aksih kaseh

amiraliyana said...

wau sangat menarik mengetahui sejarah andalusia ni!

ukiran yang ada situ juga menarik.. sangat teruja jika dpt menjejakkan kaki ke sana..

amanah jika tak di jaga akn hilang sekelip mata..- suka ayat ni

IntaNBerliaN said...

takl pernah tahu pulak kisah ni.. tapi lagu andalusia tu tahu la.. ingatkan sekadar lagu je.. hihii

apa2 pun info ni memang terbaik!!

mizah-k said...

sad ending for andalusia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...