Followers

Friday, 11 November 2011

Berani Dan Pantang Menyerah

Halluuuuuuu…lamanyer kita tak bersua…Kakba bukan pencen menulis tapi cumanya Kakba dihimpit kesibukan tugas hakiki yang mengekang masa Kakba untuk berkarya…cewahhhh…

Baru-baru ni kita disajikan dengan pembentangan Bajet 2012 yang dikatakan bajet yang membela rakyat dan mensejahterakan negara. Pada pandangan Kakba secara peribadi, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib selaku seorang Perdana Menteri(PM) sangat berani merangka bajet sedemikian rupa. Terlalu banyak manfaat yang sangat jelas boleh diperoleh oleh rakyat jelata dari murid sekolah sampailah kepada pelajar IPT, dari suri rumah sampailah kepada penjawat awam, semua dapat manfaat.

Sebenarnya kali ni Kakba nak masuk kepada sifat kelapan dalam nilai-nilai luhur budaya Melayu iaitu “Sifat Tahan Menentang Matahari”. Sifat ini berkaitan dengan sifat berani, pantang menyerah, tabah menghadapi musibah, tidak gentar dengan cabaran, tahan dengan cubaan hidup, berani menghadapi mati, rela berkorban untuk membela kepentingan agama, masyarakat, bangsa dan negara serta bertanggungjawab dengan perbuatan sendiri. Dalam pembentangan bajet yang Kakba nyatakan di atas, semua sifat ini memang ada pada PM kita. Bukan Kakba nak bodek ye… tapi bagi Kakba, kalau PM buat baik dan benar pun pembangkang tetap manipulasi isu jugak. Kalau tak diberi, dikatakan tidak menjaga kebajikan rakyat. Sudah diberi, dikata pula membazir duit negara. Jadi kepada PM, kekalkan ‘sifat tahan menentang matahari’. Ungkapan berikut boleh kita renungkan sama-sama :


Tahan menetang matahari,
Tahan menepis mata pedang,
Tahan menyilang mata keris,
Yang berani pada haknya,
Yang kuat pada patutnya,
yang Keras pada adilnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...