Salam semua..
Kali ni Mummy masih nak bercerita tentang Bajet 2012 yang mengutamakan rakyat dalam segenap aspek. Tapi Mummy tetap berminat nak berkongsi cerita ‘durian runtuh’ yang diperolehi oleh para ibu bapa semua! Bab-bab lain biarlah rakan-rakan Mummy yang lain maklumkan kepada anda..
Tahukah ibu-ibu, bapa-bapa semua bahawa anak-anak anda yang telah bersekolah di sekolah rendah dan menengah dari tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh Malaysia akan mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM100.00 seorang?? Iye, ni kisah benar ye, bukan rekaan semata-mata.. Bayaran ini akan diberikan secara one-off atau sekali sahaja dan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional.
Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk meringankan beban perbelanjaan sekolah yang ditanggung ibu bapa selama ini. Namun sekiranya ada ibu bapa yang rasa mereka mampu dan tidak memerlukan bantuan ini, terpulanglah kepada anda untuk menolaknya.. Syukur, kan Mummy dah cakap, Kerajaan pastinya tidak memandang ringan dengan isu kos sara hidup rakyat Malaysia yang semakin tinggi ketika ini. Mungkin RM100.00 ini tidaklah besar mana, tapi sekurang-kurangnya ia membantu kan!
Mummy: Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan persekolahan ini dan ia akan memberi manfaat kepada 5.3 juta pelajar seluruh Malaysia! Wow!
No comments:
Post a Comment