Followers

Showing posts with label Zaimy. Show all posts
Showing posts with label Zaimy. Show all posts

Friday, 27 May 2011

Membina Keperibadian Belia Yang Cemerlang

Menjadi orang yang cemerlang impian setiap insan. Namun tidak ramai yang terfikir bagaimana untuk kita mempunyai kualiti diri yang mampan sekali gus menjurus kepada pembinaan modal insan yang hebat dalam segenap aspek kehidupan.

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada individu yang mahukan kecemerlangan dalam hidup. Antara cirri berkenaan ialah bersikap positif, mahir dalam pengurusan diri, istiqomah dalam melakukan amalan kerohanian, aktif dalam persatuan, mempunyai gaya kepimpinan dan sebagainya.

Kata orang, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Dalam konteks membina keperibadian belia yang cemerlang, ianya harus bertitik tolak dari dalam diri remaja itu sendiri. Sokongan dan dorongan keluarga serta pengaruh rakan sebaya turut menyumbang kepada pembentukan identiti diri seseorang remaja itu.

Pepatah orang tua ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selaras dengan itu, ibu bapa adalah orang yang mempunyai peranan dan kesempatan yang besar untuk mencorakkan anak-anak mereka sedari kecil sebelum mereka meningkat dewasa. Ilmu, perhatian dan kasih sayang adalah kunci kepada pembentukkan generasi remaja dan belia yang dikagumi akan akhlak serta nilai dirinya.

Hari ini, nilai diri golongan belia tidak dinafikan banyak terhakis dek godaan keseronokan dunia yang penuh dengan fatamorgana. Ramai yang mensia-siakan masa muda mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah kerana terpengaruh dengan rakan sebaya yang sering dan cenderung mengamalkan budaya hidup yang negatif. Perasaan ingin tahu dan mahu mencuba sering disalah erti, sehingga ramai yang terjebak dalam kancah kerugian dan kehinaan.

Justeru,semua pihak hari ini perlu berganding bahu bersama-sama membina dan membentuk golongan belia agar  segelintir kecil generasi muda ini bangkit dari lenanya. Pendekatan psikologi, interaksi berkesan, dan amalan kerohanian perlu ditingkatkan agar ianya menjadi baja yang menyuburi jiwa anak muda hari ini. Bagi golongan belia, janganlah sia-siakan masa muda anda dengan perbuatan yang tidak bermakna, sebaliknya perkemaskanlah diri bagi menempuh masa depan yang mencabar.

Zaimy: Selamat Hari Belia 2011

Thursday, 19 May 2011

Belia Pemangkin Transformasi Negara.



Assalamualaikum semua.


Pada 15 Mei lalu, kita telah menyambut Hari Belia Negara. Saya melihat situasi pada hari ini bahawa generasi muda Malaysia beruntung kerana menjadi kelompok masyarakat yang sememangnya  lebih diberi perhatian khusus oleh kerajaan jika dibandingkan beberapa dekad dahulu. Jelas, kelompok yang mewakili 12.5 juta rakyat Malaysia itu hari ini terus diberi pengiktirafan besar oleh kepimpinan negara selaku pemangkin kepada proses transformasi negara.

Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sempena  perutusan Hari Belia menyifatkan golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar yang akan mencorakkan masa depan dan hala tuju negara. Jelasnya, kejayaan sesebuah agenda yang dicanangkan kerajaan antaranya Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Modul Ekonomi Baru (MBE) serta Rancangan Malaysia Ke-10 amat berkait rapat dengan peranan dan sumbangan golongan belia hari ini.

Tegas Perdana Menteri, negara kini sedang berdepan dengan cabaran utama iaitu merealisasikan wawasan kebangsaan dalam menjana Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Beliau menyeru supaya golongan belia supaya menyahut seruan kerajaan dengan mengembling tenaga dan tumpuan bagi memacu negara ke tahap yang lebih baik.

Tahun ini, Pelancaran Sambutan Hari Belia 2011 peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertempat di Bukit Bintang pada 15 Mei lepas.

Bertemakan ‘Belia Pemangkin Transformasi Negara’, sambutan kemuncak bakal menyaksikan Himpunan Sejuta Belia  bertempat di Dataran Putrajaya pada 29 Mei ini. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Mei tentunya menjadi catatan sejarah yang amat bermakna khususnya bagi golongan belia negara. Ayuh bersama kita gegarkan Putrajaya dengan turut serta dalam program berkenaan, sekali gus mencerminkan solidariti generasi muda yang prihatin, proaktif dan bertanggungjawab terhadap hala tuju dan masa depan negara yang tercinta!


Zaimy: Jom..gegarkan Putrajaya 27 Mei ini!

Wednesday, 30 March 2011

Ada Apa Dengan Cinta?

 
Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai berita yang membuatkan kita terfikir, ‘Ada Apa Dengan Cinta’ hakikatnya? Dan hari ini, Akhbar Metro memaparkan kisah cinta ngeri apabila seorang gadis berusia 20-an dibunuh dengan kejam angkara cinta tidak berbalas. Dilaporkan suspek , anak kepada tuan rumah yang disewa mangsa menggunakan pisau pemotong sayur dan menikam bahagian dada sehingga menembusi paru-paru tatkala keluarganya tiada di rumah. Akibatnya mangsa mati di tempat kejadian .

Soalnya, apakah yang terlintas di benak seorang manusia yang membuatkan dirinya bertindak begitu rakus semata-mata kerana cintanya yang tidak bersambut? Dan atas dasar apakah si suspek mencintai si mangsa? Siapakah yang harus dipersalahkan? Empunya badan, keluarga, masyarakat, atau media yang lazim menjaja kisah seumpama ini lantas menggalakkan lebih banyak kes seumpamanya berlaku?

Terbukti sudah, setiap individu yang dikurniakan akal fikiran jelas tidak mampu membentengi diri dari melakukan kesilapan dan kerosakan jika dirinya hidup tanpa pedoman. Dan pedoman itu perlu dicari, seperti mana fitrah manusia yang memerlukan bimbingan dan hidayah untuk rasa bertuhan.



Zaimy: Bak kata pepatah, ‘Ikut Hati, Mati. Ikut Rasa,Binasa’. Maka tepuklah  dada, tanya lah iman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...