Followers

Friday, 27 May 2011

Membina Keperibadian Belia Yang Cemerlang

Menjadi orang yang cemerlang impian setiap insan. Namun tidak ramai yang terfikir bagaimana untuk kita mempunyai kualiti diri yang mampan sekali gus menjurus kepada pembinaan modal insan yang hebat dalam segenap aspek kehidupan.

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada pada individu yang mahukan kecemerlangan dalam hidup. Antara cirri berkenaan ialah bersikap positif, mahir dalam pengurusan diri, istiqomah dalam melakukan amalan kerohanian, aktif dalam persatuan, mempunyai gaya kepimpinan dan sebagainya.

Kata orang, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Dalam konteks membina keperibadian belia yang cemerlang, ianya harus bertitik tolak dari dalam diri remaja itu sendiri. Sokongan dan dorongan keluarga serta pengaruh rakan sebaya turut menyumbang kepada pembentukan identiti diri seseorang remaja itu.

Pepatah orang tua ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selaras dengan itu, ibu bapa adalah orang yang mempunyai peranan dan kesempatan yang besar untuk mencorakkan anak-anak mereka sedari kecil sebelum mereka meningkat dewasa. Ilmu, perhatian dan kasih sayang adalah kunci kepada pembentukkan generasi remaja dan belia yang dikagumi akan akhlak serta nilai dirinya.

Hari ini, nilai diri golongan belia tidak dinafikan banyak terhakis dek godaan keseronokan dunia yang penuh dengan fatamorgana. Ramai yang mensia-siakan masa muda mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah kerana terpengaruh dengan rakan sebaya yang sering dan cenderung mengamalkan budaya hidup yang negatif. Perasaan ingin tahu dan mahu mencuba sering disalah erti, sehingga ramai yang terjebak dalam kancah kerugian dan kehinaan.

Justeru,semua pihak hari ini perlu berganding bahu bersama-sama membina dan membentuk golongan belia agar  segelintir kecil generasi muda ini bangkit dari lenanya. Pendekatan psikologi, interaksi berkesan, dan amalan kerohanian perlu ditingkatkan agar ianya menjadi baja yang menyuburi jiwa anak muda hari ini. Bagi golongan belia, janganlah sia-siakan masa muda anda dengan perbuatan yang tidak bermakna, sebaliknya perkemaskanlah diri bagi menempuh masa depan yang mencabar.

Zaimy: Selamat Hari Belia 2011

13 comments:

rusna wana said...

susahnya nk membentuk belia ni -(anak2 kitala) walaupun bak kata pepatah'melentur buluh biar daripada rebungnya, tapi cabaran itu masih ada...memang susah utk membentuk belia2 sekrg ini, di zaman serba canggih..mereka lebih cenderung ke arah negatif..

Unknown said...

budak2 sekarang lebih bijak.kecik-kecik pun dah macam2 perangai. siap ada yang lawan cakap parents. hope anak2 kita semua dijauhkan daripada semua tu:)

tiefazatie said...

btol2..erm..yg penting didikan dr umah tue..pastu dgn cara ibu bapa handle anak2..bukan nak buruk2kn la..sbb selalu ifa tgk belia2 yag bermasalah nie..pasti family pun bermasalah..ssh nk jumpa yg family die ok je..pastu cara pemikiran dorg pun patutnya kena jauh dan meluas..bukannnya hentam je ikut mana suka..

Emmymazli said...

saya sokong. didikan awal dari kanak2 amat penting bagi memastikan golongan belia di masa akan datang lebih berdisiplin dan mantap.

The Girl of The Future said...

nie dri pendapat remaja sendiri (mia and kengkawan)

kalau terlalu ketat jagaan, mesti itu yg menyebabkan anak ingin sangat nak terpesong dri jalan yg benar.. jgn mengongkong sangat.. remaja akan berasa tak bebas dan takda kehidupan sendiri..

2ndly, Mia ada dengar kes yg ibubapa dah menetapkan matlamat hidup anak2 tapi anak2 menentang keras.. Kesnya : nie ada seorang lelaki M.. mmg pandailah org nie.. best student kat klas masa kat U dlm bidang engineering .. Tapi parentsnya berkeras sgt nak dia jadi doktor... Nak tau apa terjadi? M nie sudah dimasuk ke dlm Hospital Sakit Mental

So Moral of the story
Kawal, mmg kawal.. tetapi, bagi kebebasan remaja utk membuat pilihan dalam hidup
Tetapi, Buatlah keputusan yang akan menukar arah ke kehidupan yang lebih baik.. :)

Thanks! (kes itu benar2 berlaku)

Anonymous said...

sekarang ni mcm2x boleh jadi.so ibubapa mesti kawal anak2x sebelum nasi dah jadi bubur.sekarang zaman pun dah berubah.x mcm zaman dahulu kala..~

Cikbintang said...

cbrn ibubapa zmn sekarang..
zaman sy nt??lg padat r gamak

Sarah Naiema said...

Melentung buluh biarlah dari rebung..tu adlh salah satu dimana ibubapa harus m'corakkan anak2nye sejak dari kecil.. kemungkinan anak2 berperangai negatif tu d'sebabkan oleh parent tu sdiri..sprti yg kite tau tak semua ibubapa yg b'peranan baik t'hadap anak2..mugkin2 anak2 jadi stress dan akibatnya berlaku la pengaruh negatif nie..

Selain itu, anak2 bile da remaja mudah t'pengaruh gan kawan2 tanpa m'getahuai batas agama..tak semua faktor dari ibubapa yg m'yebabkan masalah..

Anak2 sepatutnya dikawal s'penuhnya oleh ibubapa..w'pon ibubapa banyak yg b'kerja tapi kasih sayang harus d'semai agar perkara2 negatif tidak akan berlaku..insyaAllah=)

amiraliyana said...

betul tu melentur buluh biar dari rebungnya. kena start daripada rebung lagi dah kena didik tu kalau dah jadi buluh payah nanti.keras! dah takmau dengar cakap dah. parents zaman sekarang memang susah nak didik anak sekarang banyak cabarannya.

selamat hari belia. walaupun lambat.=)

meoww cat said...

belia??teringat keratan akhbar himpunan sejuta belia..PM umumkan 6 inisiatif untuk belia kan??kalo x salah lah..sume inisiatif sgt berguna,so,belia2 sekalian mestilah manfaatkan dengan sebaiknya..

Wan_hazel said...

anak anak bagi kain kosong..ibu bapa lah yg mencorakkan nya..buruk corak nya..maka buruklah ahsil nya..

Anonymous said...

rite!!
melentur buluh biarlah dari rebungya,...tapi skang kan zaman remaja umo 16 tahon da kawen...macamna remaja 16 tahun nak melentur baby dia nak jadi insan berguna untuk negara...
walhal negara semakin mahukan kemajuan...

bayangkan apa akan jadi kalau remaja2 muda ni jadi parents yang akan jaga n ajar n mendorong baby tu...

Wan_hazel said...

kaseh suci..persoalan yang sgt rumit..betul tu..skang nie byk lak pasangn yg wajib kawen..ade yg terpksa kawen..dan ada yang nak sgt kawen..bila ilmu tak cukup didada..macma mana nak ajar anak2 dia org lak..sedangkan umur masih uda...entah2 tak cukup nak tampung khidupan maka terjadilah khidupan yang merempat..kais pagi makan pagi..

so byk lah jd kes2 yang takbagus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...