Followers

Wednesday, 30 March 2011

Ada Apa Dengan Cinta?

 
Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai berita yang membuatkan kita terfikir, ‘Ada Apa Dengan Cinta’ hakikatnya? Dan hari ini, Akhbar Metro memaparkan kisah cinta ngeri apabila seorang gadis berusia 20-an dibunuh dengan kejam angkara cinta tidak berbalas. Dilaporkan suspek , anak kepada tuan rumah yang disewa mangsa menggunakan pisau pemotong sayur dan menikam bahagian dada sehingga menembusi paru-paru tatkala keluarganya tiada di rumah. Akibatnya mangsa mati di tempat kejadian .

Soalnya, apakah yang terlintas di benak seorang manusia yang membuatkan dirinya bertindak begitu rakus semata-mata kerana cintanya yang tidak bersambut? Dan atas dasar apakah si suspek mencintai si mangsa? Siapakah yang harus dipersalahkan? Empunya badan, keluarga, masyarakat, atau media yang lazim menjaja kisah seumpama ini lantas menggalakkan lebih banyak kes seumpamanya berlaku?

Terbukti sudah, setiap individu yang dikurniakan akal fikiran jelas tidak mampu membentengi diri dari melakukan kesilapan dan kerosakan jika dirinya hidup tanpa pedoman. Dan pedoman itu perlu dicari, seperti mana fitrah manusia yang memerlukan bimbingan dan hidayah untuk rasa bertuhan.



Zaimy: Bak kata pepatah, ‘Ikut Hati, Mati. Ikut Rasa,Binasa’. Maka tepuklah  dada, tanya lah iman.

15 comments:

Anonymous said...

percintaan itu satu perjudian..:)sama ada kita menang atau kalah dlm percintaan..

Rakan 1Klik said...

Cinta pada Illahi lebih afdal..

::sarah:: said...

susah nak cakap..c0z bila berlaku kat kita..kita bukan nye tahu stiap perbuatan kita..sebab tu kita salu buta sebab cinta..=)

story of my life said...

Cinta pada Allah kekal selamanyer....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cinta tak perlu dipaksa..

♥CHaRa♥ said...

cinta itu pada.

yantz-yeem said...

cinta pada Allah kekal selamanya

aqishah said...

hilang akal hilang pertimbangan ikut kata hati pendek akal....

jadi berfikirlah sebelum bertindak

nanakimie said...

iye,cinta pada Illahi cinta yang kekal abadi

Sarah Naiema said...

Sarah ada t'baca cinta nie.. perempuan tu adalah p'yewa rumah dan si lelaki tu adlh Tuan sewa rumah.. Lelaki tu jeles padahal dia
tu..pada masa tu, prmpuan tu balik gan sorg laki..akibat prsn jeles yg t'lalu sgt, lelaki tu trus m'bunuh prmpuan tu.. Angkara jeles, manusia tidak dapat b'pikir dgn m'gunakan akal yg d'berikan olehNya..

Btol tu..
Cinta pada Allah kekal selamanye..
Cinta pada manusia hanya semntara..^_^

cikbintang said...

cinta..satu ungkapan yg indah...=)

amiraliyana said...

ish2.. memang terkejut baca kisah tu kat suratkhabar. cinta tak berbalas ja terus bunuh. ishh.. dashyat! apa nak jadi dunia sekarang.. huhu

Wan_hazel said...

bila terlalu emosi dan damabh dengan rasukn syaitan..mesti jd macma tu..hilang pertimbangan..itu lah law manusia nie kurang didikn agama

kaseh suchi said...

yang buruk itu kita jadikan sempadan untuk kita semua....

bersyukur jika ada yang mencintai,,bersabar jika jodoh belum sampai..mungkin itu jalan yang terbaik...

mudah-mudahan kita semua terhindar dari perkara2 macam ni

Wan_hazel said...

setuju dgn kaseh suci...betul tu...bercinta pun perlu taw batas2 agama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...