Assalamualaikum semua.
Pada 15 Mei lalu, kita telah menyambut Hari Belia Negara. Saya melihat situasi pada hari ini bahawa generasi muda Malaysia beruntung kerana menjadi kelompok masyarakat yang sememangnya lebih diberi perhatian khusus oleh kerajaan jika dibandingkan beberapa dekad dahulu. Jelas, kelompok yang mewakili 12.5 juta rakyat Malaysia itu hari ini terus diberi pengiktirafan besar oleh kepimpinan negara selaku pemangkin kepada proses transformasi negara.
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak sempena perutusan Hari Belia menyifatkan golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar yang akan mencorakkan masa depan dan hala tuju negara. Jelasnya, kejayaan sesebuah agenda yang dicanangkan kerajaan antaranya Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Modul Ekonomi Baru (MBE) serta Rancangan Malaysia Ke-10 amat berkait rapat dengan peranan dan sumbangan golongan belia hari ini.
Tegas Perdana Menteri, negara kini sedang berdepan dengan cabaran utama iaitu merealisasikan wawasan kebangsaan dalam menjana Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Beliau menyeru supaya golongan belia supaya menyahut seruan kerajaan dengan mengembling tenaga dan tumpuan bagi memacu negara ke tahap yang lebih baik.
Tahun ini, Pelancaran Sambutan Hari Belia 2011 peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertempat di Bukit Bintang pada 15 Mei lepas.
Bertemakan ‘Belia Pemangkin Transformasi Negara’, sambutan kemuncak bakal menyaksikan Himpunan Sejuta Belia bertempat di Dataran Putrajaya pada 29 Mei ini. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Mei tentunya menjadi catatan sejarah yang amat bermakna khususnya bagi golongan belia negara. Ayuh bersama kita gegarkan Putrajaya dengan turut serta dalam program berkenaan, sekali gus mencerminkan solidariti generasi muda yang prihatin, proaktif dan bertanggungjawab terhadap hala tuju dan masa depan negara yang tercinta!
Zaimy: Jom..gegarkan Putrajaya 27 Mei ini!
5 comments:
owh,lebih kurang tema hari guru kan..guru penjana tranformasi pendidikan negara
Alhamudulillah. Emmy merupakan salah seorang belia yang menjayakan Himpunan Sejuta Belia bertempat di Dataran Putrajaya pada 29 Mei 2011 yg lalu. Memang best!!
Hrmmm.. so kira nya, guru and belia ada tanggungjawab yg sama kerh... Mia masih remaja tapi tidak terlalu awal atau terlambat untuk membentuk perubahan yg baik ke arah wawasan 2020
Hmm, alhamdullilah kami belia pada masa skunk diberi p'hatian oleh kerajaan.. jesteru kami akan gunakan peluang yang d'berikan nie dgn betul dan m'yahut cabaran y d'berikan b'landaskan tema Belia Pemangkin Transformasi Negara..1 Malaysia=)
wan sokong..Wan salah seorang belia dalam negara..dan setiap tahun ade dua dan tiga kursus Y blog yang akan belia dan sukan anjurkan..wan sebagai tenaga pngajar ..best best
Post a Comment