Followers

Showing posts with label PakWan65. Show all posts
Showing posts with label PakWan65. Show all posts

Friday, 18 November 2011

Golongan Kurang Berkemampuan Dibela


Assalammualaikum, salam 1Malaysia. 

Syukur kepada Allah SWT kerana Pakwan masih lagi diberi kesempatan untuk bersua pada ruangan kali ini.

Kali ini Pakwan nak cerita pasal YBGK,  masih lagi berkisar pada bajet 2012. Tentu kau orang tertanya-tanya apa kena mengena YBGK dengan bajet 2012. Memang ada kena mengena. Sabar dulu....... dan dengar apa yang Pakwan nak cerita ni. Tau tak apa itu YBGK? 
YBGK ialah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang ditubuhkan untuk memberi bantuan dan nasihat guaman dalam kes jenayah kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya mendapat akses kepada keadilan dengan sewajarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan seperti yang berikut:
“(3)      Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.”.

Penubuhan YBGK ini telah disempurnakan pelancarannya oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Februari 2011. Mekanisme pelaksanaan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)  dibuat melalui pemerbadanan sebuah syarikat khairat (charitable company) di bawah Akta Syarikat 1965 dan dibiayai oleh dana pelancaran dari Kerajaan sebanyak RM5 juta dan RM0.2 juta sumbangan dari Majlis Peguam Malaysia (MPM).

Antara lain tujuan penubuhan YBGK ini ialah  untuk memastikan golongan yang kurang berkemampuan yang dipertuduh di mahkamah atas kesalahan jenayah mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila mereka diwakili oleh peguam.

YBGK telah mula beroperasi secara sementara di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi,Selangor pada 28 Februari 2011.Maklumat-maklumat penting mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh YBGK boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang di alamat  www.ybgk.org.my.

Bantuan guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah akan diberikan kepada mana-mana warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan guaman di peringkat  tangkapan, reman/tahanan dan permohonan ikat jamin. Ujian kemampuan hanya akan dijalankan untuk menentukan kelayakan orang yang akan menerima bantuan guaman bagi peringkat perbicaraan di mahkamah. Ujian kemampuan yang digunakan adalah untuk mereka yang berpendapatan-

(a)        tidak lebih daripada RM25,000 setahun; atau

(b)        melebihi RM25,000 setahun tetapi tidak melebihi RM36,000 setahun dengan dikenakan bayaran tertentu yang akan ditetapkan oleh YBGK.

Semua jenis kesalahan jenayah layak dibantu kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati. Kesalahan yang membawa hukuman mati tidak akan diliputi oleh YBGK pada masa ini kerana mahkamah telah menyediakan perkhidmatan peguam yang dilantik oleh mahkamah (assigned counsel) kepada tertuduh dalam kes sedemikian.

Dalam bajet 2012 YAB Dato’ Sri Mohd Najib telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 10 juta kepada YBGK. Secara keseluruhannya  dana YBGK  pada tahun hadapan berjumlah sebanyak RM 15 juta. Pakwan percaya ini juga berita yang menggembirakan khususnya kepada mereka yang kurang berkemampun mendapatkan perkhidmatan bantuan guaman. Setidak-tidaknya mereka yang melepasi ujian kemampuan  bolehlah mendapatkan bantuan dan sudah tentulah nasib mereka mendapat pembelaan.

PakWan65: Keprihatinan kerajaan menubuhkan YBGK ini menandakan kerajaan memang mengambil berat kebajikan rakyat selaras dengan Gagasan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Monday, 14 November 2011

Berita Baik Buat Pengusaha Bas

Assalamualaikum…jangan terkejut, sape pulak orang ni. Takpalah, saya bahasakan diri saya sebagai Pakwan65 sesuai dengan umur sekarang ni. Sapa Pakwan tak penting. Apa yang penting ialah khabar gembira buat pengusaha bas sama ada bas mini atau bas sekolah. Dalam bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Sri Mohd Najib selaku Menteri Kewangan, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan RM 150 juta yang disalur melalui Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam di SME Bank. Dengan peruntukan ini pengusaha bas bolehlah memohon pinjaman mudah dengan faedah 4% untuk membeli atau membaik pulih bas yang  akan disediakan mulai 1 Januari 2012.

Bukan apa,  Perdana Menteri  kita tu amat prihatin dengan permasalahan perkhidmatan bas yang kurang memuaskan khususnya yang menjadi sumber pengangkutan kepada adik-adik kita di luar bandar.

Kesian dengan adik-adik kita yang tinggal di luar bandar. Takpalah segala kesulitan yang dialami ini,  insya Allah tahun hadapan Pakwan rasa tak akan berulang lagi. Jadi apa tunggu lagi kepada pengusaha bas,  bolehlah ke SME Bank untuk memohon peruntukan. Nak beli bas baru ke atau naik baik pulih terpulang. Apa yang penting tu hutang mesti bayar…………jangan marah gurau je.


Pakwan 65: Hingga jumpa lagi, insya Allah

Friday, 11 November 2011

Subsidi Barangan Asas dan Bantuan

Dialog Sarawak
Kak Pah:        “Tangar kau kelak, abis jak pembentangan bajet, harga barang tauk nait”. “Ne  tek kerajaan madah nak nulong rakyat”.
Kap Peah:      “Pah, kau sik taukkah, ia bukan kerajaan nait harga barang ya”. “Ya sidak toke,  ngambik kesempatan”. “Kau tauk sik, kerajaan dah banyak nulong kita. Sidaknya manyak dah merik subsidi harga barang dengan kita”.
Inilah antara dialog yang selalu kita dengar selesai saja pembentangan belanjawan. Mana tidaknya hari ini pembentangan, esok harinya pula harga barangan di pasaran mulalah naik. Kecoh di sana sini orang bercerita mengatakan  kerajaan tidak bertimbang rasa. Pelik tapi itulah luahan rasa orang ramai  yang selalu kita dengar. Lantas itu mereka mulalah menunding jari menyalahkan kerajaan ekoran kenaikan harga barangan di pasaran. Mulalah mereka bercerita menyalahkan pihak KPDN&KK kerana tidak membuat pemantauan dan penguatkuasaan.
Di pihak KPDNKK tugas ini bukanlah mudah seperti yang kita fikirkan. Tanggungjawab ini bukanlah terletak di bahu mereka semata-mata. Semua kita memainkan peranan penting membantu pihak mereka menangani perkara ini dari terus menular.  
Sama ada kita sedar atau pun tidak, kerajaan sebenarnya telah banyak membantu meringankan beban sara hidup rakyat dengan pemberian subsidi. Sebagai contoh:-
·    Sekilogram beras super tempatan harga asal RM 2.40, kita hanya bayar RM 1.80, subsidi kerajaan berjumlah RM 0.60  atau 25% harga sebenar.
·    Sekilogram gula harga asal RM 2.50, kita hanya bayar RM 2.30, subsidi kerajaan berjumlah 20 sen atau 8% harga sebenar
·    Sekilogram minyak masak harga asal RM 4.75, kita hanya bayar RM 2.50, subsidi kerajaan berjumlah RM 2.25 atau 47% harga sebenar.
·    Sekilogram tepung gandum harga asal RM 1.90, kita hanya bayar RM 1.35, subsidi kerajaan berjumlah RM 0.55 atau 29% harga sebenar.
Kau orang tau tak, untuk bahan makanan asas ini kerajaan telah berbelanja RM 2.3 billion dan telah dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar.

Lagi,  kau orang tau tak subsidi kerajaan bukan terhad hanya kepada bahan makanan asas tetapi meliputi subsidi petroleum dan bantuan tunai melibatkan sebanyak RM 17 billion.
·    Seliter petrol RON95, harga asal RM 2.75, kita hanya bayar RM 1.90, subsidi kerajaan RM 0.85 atau 31% harga sebenar.
·    Seliter diesel harga asal RM 2.66, kita hanya bayar RM 1.80, subsidi kerajaan berjumlah RM 0.86 atau 32%
·    Setong 14 Kilogram gas memasak harga asal RM 48.02, kita hanya bayar RM 26.60, subsidi kerajaan berjumlah RM 21.42 atau 45% harga sebenar Pakwan65: Untuk semua subsidi, insentif dan bantuan ini kerajaan berbelanja RM 32.2 billion.

Pakwan65: Untuk semua subsidi, insentif dan bantuan ini kerajaan berbelanja RM 32.2 billion.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...