Followers

Showing posts with label Azlan. Show all posts
Showing posts with label Azlan. Show all posts

Friday, 27 May 2011

Keistimewaan Nabi Muhammmad Saw Sejak Kecil


Abdul Muthalib sangat dihormati di seluruh Jazirah Arab. Dia merupakan seorang pemimpin tertua di kalangan kaum Quraisy dan juga berkuasa ke atas Ka’abah. Sehamparan permaidani disediakan untuknya di Ka’abah. Tiada sesiapa pun yang berani duduk di atasnya walaupun anak-anaknya sendiri.

Kedudukannya menjadi tauladan kepada masyarakat Arab ketika itu. Namun cucunya – Muhammad SAW telah mendapat beberapa keistimewaan melebihi anak-anaknya sendiri dan cucu-cucunya yang lain.

Semasa di Ka’abah, Muhammad sering berlari-lari ke arah datuknya. Memandangkan Abdul Muthalib adalah seorang pemimpin yang disegani, Baginda telah dihalang oleh bapa-bapa saudaranya. Namun Abdul Muthalib melarang perbuatan mereka itu dengan berkata, “Biarkan dia duduk di sampingku.” Ini menyebabkan mereka kehairanan dan terfikir mungkin suatu hari nanti anak itu akan menjadi pemimpin seperti datuknya.

Abdul Muthalib mempunyai beberapa sebab mengapa Muhammad begitu dimanjakan. Muhammad adalah anak yatim piatu. Ayahnya, Abdullah adalah anak Abdul Muthalib yang paling disayangi. Abdullah hampir menjadi korban nazar ketika kecilnya. Sebagai penebusnya, 100 ekor unta telah disembelih sebagai ganti.

Sewaktu Nabi Muhammad SAW masih dalam kandungan, ayahnya pergi mengikuti satu rombongan perdagangan menuju Syam. Perdagangan ini dirintis oleh Abdul Muthalib. Namun Abdullah meninggal dunia sebelum sempat pulang ke Mekah. Sebab itulah Abdul Muthalib merasa bersalah di atas kematian anaknya itu.

Kemudian ibu Nabi Muhammad SAW, Siti Aminah pula meninggal dunia ketika baginda berumur enam tahun. Kini, Abdul Muthaliblah yang mejadi pelindung dan tempat berhibur Nabi Muhammad SAW sewaktu kecil.

Ketika usia Abdul Muthalib semakin tua, dia telah sakit kuat. Nabi Muhammad SAW dengan sabar telah menjaga datuknya. Abdul Muthalib telah berpesan kepada anaknya supaya memelihara cucunya itu setelah pemergiannya nanti. Abdul Muthalib meninggal dunia ketika berusia 80 tahun. Hari itu seluruh Mekah telah berkabung dan kota menjadi sepi.

Inilah antara kesedihan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW sejak kecil lagi. Ia menjadikan baginda berjiwa tabah dalam mendidiknya sebagai pemimpin yang terkemuka.

 







Azlan: Ikuti sambungan kisah nabi di keluaran akan datang.


Friday, 6 May 2011

Rasuah Oh Rasuah



Daripada Muazd bin Jabal r.a berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya”.
Hadis Riwayat At Tabrani & Abu Nuaim

Ingatlah wahai teman. Pada akhir zaman, rasuah akan menjadi-jadi di kalangan masyarakat   Dengan wang sahaja dapat membeli pangkat dan kedudukan.  Orang yang tamak haloba menganggap wang adalah tuhan yang mereka sembah. Dalam keadaan yang sebegini rupa,  semua orang tak pedulikan sesiapa lagi. Musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi. Yang ada, hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap golongan yang memerlukannya.

Teman-teman semua, bila manusia jadikan harta sebagai satu keutamaan dalam hidup dan bertuhankan wang, maka TIADA lagi wujud nilai-nilai murni di dalam sanubari dan hanya kebendaan yang dipandang maka timbullah RASUAH menjadi amalan bagi penuhi segala kehendak hati..

INGATLAH! Ketika itu runtuhlah akhlak, agama, bangsa dan negara…










Azlan: Hapuskanlah rasuah untuk kesejahteraan ummah……….  

Friday, 29 April 2011

Hati-Hati Dengan Kemewahan


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a : “Bahawasanya kami sedang duduk dengan Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a dan tiada di atas badannya kecuali sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan, maka akan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Ka’abah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada kerja-kerja ibadah sahaja dan tidak perlu mencari rezeki. Lalu Nabi SAW bersabda, “Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”.
Hadis Riwayat Tirmidzi

Dalam Hadis ini, Rasulullah SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan di dalam kehidupan. Makan pakai cukup, rumah cantik dan besar belaka, dan kehidupan sungguh selesa. Dalam keadaan ni, kita juga mungkin akan berkata seperti sahabat Rasululaah SAW, bila semua dah ada lengkap, mudahlah untuk beribadah. Tetapi Nabi Muhammad SAW mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih ‘menggalakkan’ kita untuk beribadah.


Tahukah anda? Hidup yang mewah banyak menghalang seseorang daripada beribadah kepada Allah SWT seperti mana yang berlaku pada hari ini. Sebenarnya, semua yang kita ada, walaupun tak melebihi keperluan, TAPI ia sudah mencukupi.  Cuba bandingkan dengan para sahabat Rasulullah? Kita jauh mewah daripada mereka, sedangkan ibadah kita sangat jauh ketinggalan berbanding mereka. Kekayaan dan kemewahan yang ada selalu menyibukkan kita dan menghalang daripada berbuat ibadah. Tidak ubah seperti yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW, “Seandainya seorang anak Adam itu telah memperolehi satu jurang emas, maka dia akan berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (mati)”.

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap haloba manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Waktu tu, bila kita baru tersedar sudah tidak berguna lagi. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Biarlah kita cari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan, bolehlah digunakan untuk membantu orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. 

 







Azlan: Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan mereka menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat menuai hasilnya.

Friday, 25 March 2011

Penyakit Umat-Umat Terdahulu



Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat-umat yang terdahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu wahai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah : 1) Terlalu banyak seronok, 2) Terlalu mewah, 3) Menghimpun harta sebanyak mungkin, 4) Tipu menipu dalam merebut harta dunia, 5) Saling memarahi, 6) Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”.
Hadis Riwayat Hakim

 Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu telah banyak kita lihat menimpa kaum Muslimin hari ini. Di sana sini kita lihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan mengumpul harta benda dengan sebanyak-banyaknya bagi memuaskan hawa nafsu. Apabila hawa nafsu diperturutkan maka tentunya mereka terpaksa menggunakan apa sahaja cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak. Yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut menghasut dan sebagainya.
 
Umat dahulu banyak penyakit,
Kerana mewah banyak berduit,
Harta ditimbun berderet-deret,
Akhirnya hidup himpit menghimpit.

Usah ikuti jalan mereka,
Jika kita mahu bahagia,
Biarlah hidup berpada-pada,
Dunia ini menuju fana


Azlan: Marilah kita merenung maksud Hadis ini dan marilah kita bermuhasabah!   

Friday, 11 March 2011

Kelahiran Junjungan Besar Nabi S.A.W.

Abdul Muthalib sangat dihormati di seluruh Jazirah Arab. Dia merupakan seorang pemimpin tertua di kalangan kaum Quraisy dan juga berkuasa ke atas Ka’abah. Sehamparan permaidani disediakan untuknya di Ka’abah. Tiada sesiapa pun yang berani duduk di atasnya walaupun anak-anaknya sendiri. Kedudukannya menjadi tauladan kepada masyarakat Arab ketika itu. Namun cucunya – Muhammad SAW telah mendapat beberapa keistimewaan melebihi anak-anaknya sendiri dan cucu-cucunya yang lain.

Semasa di Ka’abah, Muhammad sering berlari-lari ke arah datuknya. Memandangkan Abdul Muthalib adalah seorang pemimpin yang disegani, Baginda telah dihalang oleh bapa-bapa saudaranya. Namun Abdul Muthalib melarang perbuatan mereka itu dengan berkata, “Biarkan dia duduk di sampingku." Ini menyebabkan mereka kehairanan dan terfikir mungkin suatu hari nanti anak itu akan menjadi pemimpin seperti datuknya.

Abdul Muthalib mempunyai beberapa sebab mengapa Muhammad begitu dimanjakan. Muhammad adalah anak yatim piatu. Ayahnya, Abdullah adalah anak Abdul Muthalib yang paling disayangi. Abdullah hampir menjadi korban nazar ketika kecilnya. Sebagai penebusnya, 100 ekor unta telah disembelih sebagai ganti. Sewaktu Nabi Muhammad SAW masih dalam kandungan, ayahnya pergi mengikuti satu rombongan perdagangan menuju Syam. Perdagangan ini dirintis oleh Abdul Muthalib. Namun Abdullah meninggal dunia sebelum sempat pulang ke Mekah. Sebab itulah Abdul Muthalib merasa bersalah di atas kematian anaknya itu.



Azlan: Ikuti sambungannya nanti...  

Sumber: Internet

Friday, 4 March 2011

Saidina Ali Mahir Memberikan Keputusan


Telah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya. Tiba-tiba datang dua orang yang sedang berselisih faham menghadap Baginda. Salah seorang darinya telah berkata:

“Ya Rasullulah, saya pemilik keldai dan orang ini pemilik sapi. Sapinya telah membunuh keldaiku.”
Seorang sahabat mencelah, “Tidak ada ganti rugi ke atas binatang ternakan.”

Rasulullah SAW lalu berkata kepada Saidina Ali, “Adililah antara kedua orang ini wahai Ali.”

Saidina Ali pun bertanya kepada kedua orang itu, “Adakah kedua binatang itu terikat atau bebas, atau salah seekor terikat dan yang seekor lagi bebas?”

Mereka menjawab, “Keldai itu terikat sedangkan sapi itu bebas dan pemiliknya ada bersamanya.”
Dengan penjelasan ini, Saidina Ali pun memutuskan pengadilan, “Kalau begitu tuan punya sapi hendaklah menggantikan kerugian kepada pemilik keldai.”

Kebijaksanaan Saidina Ali ini diberi gelaran oleh Rasulullah SAW dengan nama ‘Aqdlakum Ali’ – yang paling mahir dalam memutuskan perkara di antara kamu adalah Ali.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...