Followers

Friday, 12 August 2011

Sepilok

Kali ni CB nak berkongsi satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong dari luar negara iaitu Sepilok.  CB bangga sebab Sepilok ni terletak di Sandakan, tempat asal CB.

Sepilok terletak 25km dari pusat bandar.  Naik kereta boleh, naik bas pun boleh.  Di Sepilok, kamu akan terpegun kerana suasananya sangat tenang dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan mata.

CB masih ingat lagi zaman CB masih kanak-kanak, ada seekor orang utan besar dan bulunya berwarna hitam.  Namanya Raja.  Raja ni kira sangat ganas dan pernah menyerang beberapa pelancong.  Tapi jangan bimbang, Raja sudah ditembak mati sebab untuk mengelakkan lebih ramai pelancong dicederakan.

Kalau kamu mahu datang ke Sepilok, elok datang jam 10 pagi atau jam 2.30 petang kerana para petugas akan memberi makan orang-orang utan berkenaan.  Waktu itulah kamu boleh lihat orang utan dengan lebih jelas dan pelbagai ragam.  Ada yang datang mengendong anak, ada yang makan sambil berpusing dan ada yang manja minta makan disuap.  Oh ya, makanan orang utan biasanya pisang dan susu (kena minum susu sebab durang kena ada cukup kalsium untuk bergayut di pokok). Hehehe.

Bah, CB berhenti di sini dulu ya.  Tapi CB nasihatkan, marilah kita ramai-ramai datang melawat Sepilok.  Pelancong dari negara luar pun sudah mengiktiraf tempat ni sebagai salah sebuah tempat menarik di dunia, jadi kita patut berbangga dan merasai sendiri pengalaman di Sepilok. 

 







CB: Seronok dapat 'kawan baru'. hehehe 

5 comments:

rusna wana said...

Sepilok is d 1 place yg terkenal di sabah..rugi oo siapa tidak datang sepilok..rasai sendiri memberi makan haiwan2 ini..

Wan_hazel said...

sepilok..kalau kat kuching kan CB..kta org ade semenggok..hehehe..best kesana ..kawasan nak kata besar tak jugak tapi leh lah tgk org utan kat sana...plg best bila dia org dtg dekat dekat..cuak gak tp lama2 brani lak..ehehe..

Joel Leslie said...

tak pernah lagi berpeluang pergi Sepilok walaupun tinggal kat sarawak, bukannya semenanjung. ish3. hope to go there one day :) amenn!

Anonymous said...

CB...orang utan x giget ke..kalau kawan ngan dia...hehe..menakutkan la...

iJaNg said...

SEMUA: CB rasa, org utan ni kalau di sepilok jenis jinak sebab ada yg siap mo diusap2 lagik, cuma si Raja tuh ja yg ganas, smpi tahap mencederakan org..... ... tp jujur cakap, CB geli+takut sama org utan nie... berani tgk dr jauh ja, kalau dekat, mmg x berani...
penah skali tuh time CB masih budak, ibu CB bawak org2 opis dia buat lawatan ke sepilok... jadik CB ni di belakang dengan staff cina dia... sekali tiba2 ada org utan betul2 cantik posing duduk tepi laluan jalan kami... ibu CB dan yg lain2 da lepas ke depan... CB dgn cina tuh yg x sanggup nak lalu depan otang utan... ibu CB suh lalu ja, tp kami mcm terlekat ja di lantai tuh... last2 nasib ada staf sepilok dtg dan pegang orang utan tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...