Followers

Friday, 6 May 2011

Rasuah Oh Rasuah



Daripada Muazd bin Jabal r.a berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya”.
Hadis Riwayat At Tabrani & Abu Nuaim

Ingatlah wahai teman. Pada akhir zaman, rasuah akan menjadi-jadi di kalangan masyarakat   Dengan wang sahaja dapat membeli pangkat dan kedudukan.  Orang yang tamak haloba menganggap wang adalah tuhan yang mereka sembah. Dalam keadaan yang sebegini rupa,  semua orang tak pedulikan sesiapa lagi. Musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi. Yang ada, hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap golongan yang memerlukannya.

Teman-teman semua, bila manusia jadikan harta sebagai satu keutamaan dalam hidup dan bertuhankan wang, maka TIADA lagi wujud nilai-nilai murni di dalam sanubari dan hanya kebendaan yang dipandang maka timbullah RASUAH menjadi amalan bagi penuhi segala kehendak hati..

INGATLAH! Ketika itu runtuhlah akhlak, agama, bangsa dan negara…










Azlan: Hapuskanlah rasuah untuk kesejahteraan ummah……….  

13 comments:

zarina said...

Orang Islam ni kadang2 bila babi tau haram..rasuah pun haram tapi tak pulak dia takut

Emmymazli said...

saya setuju dgn komen zarina... heheheh

Anonymous said...

org islam kekadang tak kira halal or haram.yang penting dia dpt sudah.hihi

The Girl of The Future said...

Kalau mata sudah dikaburi dengan benda duniawi, yg hanya blh membebaskan anda dari genggaman dunia hanya Tuhan .. so, dekatkan diri dengan-Nya..

Sarah Naiema said...

Bile ditawarkan dengan wang ringgit, kadang2 sstgh manusia tidak mampu nak menolaknya..dek lagi godaan syaitan yang durjana meyebabkan manusia seolah2 tunduk t'hadap wang..

Mula la berlakunye rasuah kerana nafsu tamak.. Masa tu juga la lupa terhadap Yang Maha Berkuasa Allah s.w.t..

Cegahi la diri kite dari rasuah dengan m'dekatkan diri dengan Allah s.w.t.. lakukan perkara yang disuruhi dan tinggalkan la perkara yang dilarang oleh Nya.. buat la sesuatu yang m'dapat keredhaanNya..

amiraliyana said...

erm.. mata kabur melihat wang sebab tu rasuah sukar untuk di tangani.

annurislam said...

Kedua-dua pemberi dan penerima rasuah akan menerima hukuman sama tanpa sebarang pengecualian. Justeru, untuk mewujudkan umat dan negara maju, amalan rasuah perlu dibersihkan. Apabila rasuah diamalkan, keadilan tidak dapat ditegakkan atau seseorang yang jujur boleh kehilangan haknya. Beginilah besarnya akibat rasuah jika ia dijadikan amalan dalam kehidupan.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk neraka.” (Hadis riwayat at-Tarmizi)

Unknown said...

rasuah boleh berlaku di semua peringkat masyarakat terutamanya mereka yang mempunyai kuasa dan kepentingan yang digunakan untuk faedah peribadi.semoga kita sama2 berusaha dan bekerjasama mencegah rasuah agar penyakit ini dapat dibendung serta memberi kesedaran kepada masyarakat.

Wan_hazel said...

sebenarnya rasuah nie dah diamalkan sejak kita kecil lagi..dalam diam kita diajar oleh ibu bapa rasuah..rasuah antara anak dan papa contoh nya..pemberian hadiah kalau anak tersebut mendapat A...so bende nie dah diamalkan..Wan pernah membahaskan tentang nie..dan perkara nie memang akan mambawa ke alam pkerjaan..Sebab tu rasuah sukar dibendung..

Anonymous said...

kalaupun rasuah akan menjadikan manusia itu miskin kembali, manusia tetap gelap mata,, gelap fikiran,,gelap hati apabila ditawarkan dengan wang yang banyak,,,
hilang semua didikan agama dan pegangan hidup,, yang ada cuma bisikan syaitan..

melainkan kita punya iman yang mantap dan berkualiti =)

Wan_hazel said...

budaya rasuah skang nie tak leh nak kenal pasti sgt..BONUS kata nya..law dapat tender tu dapat lah bonus..so banyaklah usaha org tu nak..padahal bende tu rasuah...org yg beriman pun slalu terpedaya..

Cik Nani Noraini said...

terfikir jugak, kita semua komen banyak2 kat blog nie, adakah sebab kita ikhlas atau kita semata-mata mahu dapatkan hadiah GA 1 Klik nie??

ehh, nie kira rasuah ke??hihi

sekadar pandangan,
Moga Allah redha

Wan_hazel said...

Cik Nani Noraini


nie bukan rasuah ..nie salah satu usaha kita nak capai kejayaan tu..sebab tu Tuhan tak suka dgn org yg meminta minta kepada Nya tanpa berusaha..

selpas berusaha kita berdoa dan berserah kepada Nya..kalau ade rezeki nak menang camera..Insya Allah..selepas semua susah payah kita nie kan..ehehhe..lagi pun sambil komen kita boleh dapat byk idea dan info dari pendapat blogger2 yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...