Abdul Muthalib sangat dihormati di seluruh Jazirah Arab. Dia merupakan seorang pemimpin tertua di kalangan kaum Quraisy dan juga berkuasa ke atas Ka’abah. Sehamparan permaidani disediakan untuknya di Ka’abah. Tiada sesiapa pun yang berani duduk di atasnya walaupun anak-anaknya sendiri.
Kedudukannya menjadi tauladan kepada masyarakat Arab ketika itu. Namun cucunya – Muhammad SAW telah mendapat beberapa keistimewaan melebihi anak-anaknya sendiri dan cucu-cucunya yang lain.
Semasa di Ka’abah, Muhammad sering berlari-lari ke arah datuknya. Memandangkan Abdul Muthalib adalah seorang pemimpin yang disegani, Baginda telah dihalang oleh bapa-bapa saudaranya. Namun Abdul Muthalib melarang perbuatan mereka itu dengan berkata, “Biarkan dia duduk di sampingku.” Ini menyebabkan mereka kehairanan dan terfikir mungkin suatu hari nanti anak itu akan menjadi pemimpin seperti datuknya.
Abdul Muthalib mempunyai beberapa sebab mengapa Muhammad begitu dimanjakan. Muhammad adalah anak yatim piatu. Ayahnya, Abdullah adalah anak Abdul Muthalib yang paling disayangi. Abdullah hampir menjadi korban nazar ketika kecilnya. Sebagai penebusnya, 100 ekor unta telah disembelih sebagai ganti.
Sewaktu Nabi Muhammad SAW masih dalam kandungan, ayahnya pergi mengikuti satu rombongan perdagangan menuju Syam. Perdagangan ini dirintis oleh Abdul Muthalib. Namun Abdullah meninggal dunia sebelum sempat pulang ke Mekah. Sebab itulah Abdul Muthalib merasa bersalah di atas kematian anaknya itu.
Kemudian ibu Nabi Muhammad SAW, Siti Aminah pula meninggal dunia ketika baginda berumur enam tahun. Kini, Abdul Muthaliblah yang mejadi pelindung dan tempat berhibur Nabi Muhammad SAW sewaktu kecil.
Ketika usia Abdul Muthalib semakin tua, dia telah sakit kuat. Nabi Muhammad SAW dengan sabar telah menjaga datuknya. Abdul Muthalib telah berpesan kepada anaknya supaya memelihara cucunya itu setelah pemergiannya nanti. Abdul Muthalib meninggal dunia ketika berusia 80 tahun. Hari itu seluruh Mekah telah berkabung dan kota menjadi sepi.
Inilah antara kesedihan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW sejak kecil lagi. Ia menjadikan baginda berjiwa tabah dalam mendidiknya sebagai pemimpin yang terkemuka.
Azlan: Ikuti sambungan kisah nabi di keluaran akan datang.
13 comments:
menyusuri kisah nabi muhammad adalah satu kemestian yg patut kita ceritakan kepada anak2..supaya anak2 tahu dan kita jadikan kisah teragung ini sebagai satu 'makanan' seharian mereka...
keperibadian Rasulullah tiada tandingnya...kisah2 dan keperibadian Rasulullah perlu dijadikan contoh dan panduan dalam kehidupan kita
seharusnya..kisah2 nabi la kte patut ceritakan ada anak2 kte skrg sejak dr kecik kan..sebab pasti ada pengajaran yg boleh dijadikan teladan buat anak2..
Rasulullah menjadi ikon dan panduan kepada umat manusia di seluruh dunia. Moga melimpah rahmat ke atas Nya.
kisah nabi ni memang best dan blh dijadikan teladan.ibubapa pun patut beri galakkan awal2x pada anak supaya kecik2x dah tahu kisah nabi ni~
kisah2 nabi kisah2 crita trbaek hngga ke akhir zmn...bknlah dongeng semata2
keperibadian Nabi Muhammad memang tiada tandingan. sejak kecil lagi telah menghadapi pelbagai cabaran hidup. umat baginda(kita) tidak mungkin sekuat baginda.
Nabi Muhammad pesuruh Allah...kita sebagai umat Islam mestilah berpegang teguh pada Al-Quran & Al-Sunnah...
Rasulullah bersifat mulia sejak dari kecil lagi..
Keperibadian baginda tiada bandingan dan tiada tandingannya..
Seharusnye kite menjadikan baginda sebagai idola kite dalam kehidupan ini dan sentiasa b'pegang teguh pada Al-Quaran dan Al-Sunnah..
Dan banyak menceritakan pada anak2 kite mengenai perjuangan Rasulullah dalam m'jalani dakwahnya.. Ia boleh dijadikan sebagai pengajaran dan motivasi dalam hidup mereka..=)
Allah telah menyatakn, Nabi Muhammad adalah sebaik baik makhluk..Baginda juga kekasih Allah SWT..Subhanallah, hebatnya keperibadian dan kerasulan baginda..
Didiklah anak-anak kita dan diri kita untuk mencontohi rasulullah dari segala aspek kehidupan. Iluti sunah nabi, jangan memperlekehkan walau sebesar kuman sekalipun.
Firman Allah : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.” (Firman Allah dalam Surat Al-Ahzab ayat: 21).
Dan firman Allah : “(yaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang namanya mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka Itulah orang-orang yang beruntung. (Surat Al-A’raf ayat: 157).
sekali lagi nak request button like..and button share..leh lah share dekat kenkawan.
kuatnya jiwa baginga Rasulullah saw... ujian demi ujian datang melanda namun jiwanya tetap teguh...
setuju..memang baginda sepatutnya menjadi ikon terulung sepanjang zaman...
pemimpin terulung...utusan ALLAH untuk dijadikan panduan kpd kita semua....
bersyukur kita mrnjadi ummat nabi muhammad saw.
Post a Comment