Followers

Monday 27 June 2011

Penerangan Pindah Ke Putrajaya?

Walaupun cerita ibu pejabat Jabatan Penerangan Malaysia akan berpindah ke Putrajaya telah timbul sejak beberapa tahun lepas, tetapi khabar yang tercetus beberapa minggu kebelakangan ini nampaknya begitu meyakinkan bahawa ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat. Ini kerana cerita bahawa jabatan ini akan berpindah ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu turut terkeluar daripada mulut para pegawai kanannya sendiri. Walaupun belum terdapat makluman rasmi, namun sudah ramai warga Penerangan yang mengatur persiapan untuk menghadapinya.


Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan Putrajaya, berita perpindahan ini disambut dengan penuh gembira, manakala bagi yang tinggal jauh daripadanya pula, ia merupakan berita yang sungguh merunsingkan jiwa. Inilah hakikat kehidupan! Ada kalanya kita di pihak yang beruntung, ada ketikanya pula kita di pihak yang terpaksa melepaskan kesenangan yang telah lama dikecapi.

Walau apapun keadaannya, sebagai warga Perkhidmatan Awam yang terikat dengan peraturan, kita perlu menyesuaikan diri dengan tuntutan perubahan yang dibuat oleh majikan. Pandai-pandailah membuat perancangan untuk menghadapi kenyataan. Lagipun, sudah tibalah masanya Jabatan Penerangan turut bermukim di Putrajaya yang menempatkan sebahagian besar kementerian dan jabatan lain agar kewujudannya lebih relevan dengan keperluan masa.


BALANGLAMA: Juga sedang membuat perancangan untuk menghadapi perpindahan ke tempat baru.                                                    

14 comments:

rusna wana said...

Ini berita gembira buat aku - setelah bertahun2 berulang alik daripada BERNAMA (pejabat Penerangan lama) sehingga lah berpindah ke Wisma Sime Darby (sekarang)
Syukur al-hamdulillah - akhirnya Jabatan Penerangan akan berpindah ke Putrajaya dan akan mempunyai bangunannya sndiri..
Kenapa aku suka :
1) dekat dengan rumah aku
2) tak payah keluar awal2 pagi
3) tak payah keluar tol
4) waktu lunch aku sempat nk balik rumah kot..?boleh lah balikkk
5) harap2 bangunan baru ni ada disediakan taska - aku boleh angkut anak2 aku nti..
6) memang aku betul2 sukalahhhh...

AcuRose said...

betul..bila bercerita ttg berpindah, byk aspek yg kena diteliti dan difikirkan dulu. tpi area putrajaya itu sungguh mendamaikan mata...

Anonymous said...

aik...napa pindah putrajaya?

tp okeh la kan...
trademark putrajaya kan sbg pusat pentadbiran negara...
sbg sbuah kmenterian yang mentadbir negara,, ok la tu...pindah sana =)

Wan_hazel said...

haritu entri nia ade dua..dua kali post kot..so wan dah komen kat situ..entri tu kene delete komen wan un terdelete..ahahha..

fara anak abah said...

elok la 2..senang..sume badan2 pentadbiran ni kumpul 1 tempat..n make sure parking lot banyak ye..kalau x wat sesak je org parking tepi jln la..nak kene berkali2 pusing roundabaut laa sbb nak tgu parking penuh..1 keje pulak..=.=

Unknown said...

hehe...panjangnya coment sis rusna wana..suka coment sis tu:) kalo nana pun dapat tukar dekat ngan umah mesti lah happy sangat2x! hehe..jimat masa, duit and tenaga:) jaoh2 nanti nak kena byar tol,byar minyak kete..jalan jem lagi..hehe

apapun tiap yang berlaku kita kena hadapinya dgn tenang n sabar....dimana ada kemahuan disitu ada jalan:)

Anonymous said...

bila la nak p putrajaya plak.hahaha

bersih je p beberapa thn yg lepas.pembanguna pun cantik je. mcm luar negeri

amiraliyana said...

perlu menyesuaikan diri la kan..

fiezahkecik said...

hehe. bagi yang tinggal dekat putrajaya, seharusnya tu berita gembira sebab dekat dan senang nak ke kerja. Tapi bagi yang tinggal jauh? harus la buat sesuatu bagi nak senang :)

Anonymous said...

hehe...nanti2 gaji naek le tu akak2 yang kena pindah...gaji tambah tu simpan wat bayar tol ye ;p

Unknown said...

owh,mmg kalo kena pndah gaji tambah yer? nana tak taw...hehe....lum ada pglaman keje lg:)

AyuArjuna BiGoshh said...

perpindahan untuk satu perubahan. Moga semuanya sukses :)

Wan_hazel said...

penghijarahan nie..ehehhe..berhijrah utk yg lebih baik kan

aqishah said...

ermm rusna warna keje kat jabatan penerangan ke???? ermmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...