Bagi individu yang pernah berkunjung ke Sarawak khususnya di Sri Aman mungkin pernah menyaksikan fenomena benak. Benak merupakan fenomena ombak sungai (tidal bore) di mana air pasang dari laut `pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai. Kerana popular Benak telah dikomersialkan menjadikan Pesta Benak dan diraikan setiap tahun di Sri Aman.
Dua tahun yang lalu PS Mubin pernah bertugas di Sarawak untuk selama satu tahun. Pada masa itu kebanyakkan kakitangan dari semenanjung yang bertugas di Sarawak dikehendaki menghadiri kursus khas yang bertujuan untuk mengenali budaya dan geopolitik orang Sarawak. PS Mubin dan kawan-kawan merasa amat bertuah kerana diarah berkursus di Sri Aman selama satu minggu. Pelbagai program telah diatur oleh pihak urus setia. Sempat juga turut serta dalam majlis tari-menari antaranya tarian sumazau, poco-poco dan pelbagai lagi. Sungguh menyeronokkan.
Peristiwa yang tidak boleh dilupakan hingga ke hari ini ialah fenomena kejadian Benak. Sungguh cantik dan indah fenomena itu. Maha Berkuasa Allah SWT. Bagi yang ingin berkunjung ke Sarawak jangan lepaskan peluang ini untuk melihat fenomena Benak di Batang Lupar, Sri Aman.
PS Mubin: Cik Sally pasti tersenyum bercerita berkenaan Negeri Sarawak.
13 comments:
Ha...saya dah sampai di daerah Sri Aman ni, cuma ketika ke sana Benak tidak berlaku, sebab bukan musimnya..., cuma menurut orag Sri Aman, benak ni memang unik dan menarik sekali...Moga satu hari nanti saya berpeluang menyaksikan fenomena Benak ni...
saya nak pergi sarawak dengan keluarga
benak? 1st time dengar nih...mcm takut pun iyer gak..
tak penah terbang ke sana lagi :)
opss, blom smpi ke sarawak lg~..
dgr kata bestt..bilalah agaknya nak sampai ke sarawak~
belum bkesempatan melawat kawasan ini..mungkin 1 hari nanti...
opss ya ka ada mcm ni d sarawak... hehehhe nda pernah lg terjah sarawak...
baru jer tengok pasal benak nie kat TV semalam..
sebab sekarang ada episod sayang sarawak tue..
mesti menarik kan..
bestnya kalo dapat tengok..
xpenah lg g sabah n sarawak..huhu..teringin nak jln2 ke sana
benak??owh...erm bile r nk g bumi kenyalang tu
teringin nak ke sabah n sarawak tapi belum berkesempatan.huhu
PS mudin mesti pandey klaka sarawak skit2 nak..hehehe..
betul tu pesta benak nie seronok sgt skang dah jadi tarikan plancong sarawak best
hari Sabtu 23.7.2011 - tgk majalah 3 ada cerita pasal Pesta Benak- dah jadi tarikan pelancong luar negara..
Post a Comment