Tidur adalah makanan untuk badan kita. Tanpa rehat yang cukup dan sempurna kita akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan juga fizikal kita akan sentiasa kepenatan dan lesu. Tetapi adakah kita semua tahu mengapa kita harus mengamalkan tidur dan rehat yang cukup?
Berikut adalah lima sebab mengapa anda perlu untuk tidur lebih awal.
1- Mengembalikan Tenaga Dan Merehatkan Badan
Malam merupakan satu-satunya waktu yang paling ideal untuk tubuh berehat. Tidur yang sekurangnya (6 jam bagi orang dewasa) membantu proses pembaharuan sel dalam badan. Selain itu, ia juga mampu mengembalikan tenaga yang hilang ketika melakukan aktiviti seharian.
2- Memelihara Kitaran Otak Dan Menghilangkan Stress
Kebiasaan berjaga malam juga akan menyebabkan jam biologi otak kita juga mungkin akan berubah. Otak yang sentiasa berfungsi tanpa direhatkan dengan masa yang cukupi. Apabila berlaku perubahan maka ianya akan menghasilkan kitaran baru pada organ dalam tubuh. Perkara ini pastinya akan mengganggu keadaan tubuh yang normalnya. Tubuh yang normal akan meningkat kecergasannya pada waktu pagi dan menurun pada waktu malam, namun berfungsi sebaliknya. Tidur awal juga dapat menghilangkan bebanan stress.
3- Meningkatkan Sistem Immunisasi
Sesetengah orang tahu, sistem immunisasi amat diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan dan menahan daripada serangan pelbagai penyakit. Jika seseorang terus-menerus berjaga malam ianya akan memberikan kesan kepada sistem pertahanan tubuh. Udara pada waktu malam mengandungi unsur yang tidak baik pada kulit dan pernafasan. Jika seseorang terus-menerus berjaga malam ianya akan memberikan kesan kepada sistem pertahanan tubuh.
4- Menurunkan Berat Badan, Menyihatkan Jantung
Tidur awal boleh mempengaruhi penurunan berat
badan. Tidur dan bangun lebih awal adalah cara mudah untuk mendapatkan berat
badan yang ideal. Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal
pagi. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang
menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, tidur awal yang
secukupnya adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.
5- Memanjangkan Jangka Hayat
Tahukah anda, jika tidur yang tidak mencukupi
akan menyebabkan hayat seseorang itu pendek. Ini kerana ia menjejaskan
kesihatan tubuh badan. Kajian terbaru menunjukkan bagi kaum lelaki yang kurang
mendapatkan tidur pada hari bekerja mendedahkan diri mereka kepada risiko
diabetis tahap dua. Oleh itu, tidur lebih
awal mampu memanjangkan jangka hayat.
Sekiranya kita dapat mengamalkan tidur yang cukup dan sempurna, pastinya kita dapat menyihatkan fizikal dan mental kita secara keseluruhannya. Selamat mencuba!.
AveiroPJ : tidur, tidur juga..jangan tidur di tempat kerja.. =)
AveiroPJ : tidur, tidur juga..jangan tidur di tempat kerja.. =)
No comments:
Post a Comment