Jantung merupakan salah satu organ yang amat
penting terdapat dalam tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak
bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat
wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.
Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan
terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi
kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat,
sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.
Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung
merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara
maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan
tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari
sekarang. Bagaimanakah caranya?
Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik
sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa
kelak.
Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung
cara bagaimana menjaga jantung kita.
Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak
terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah
Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua
menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan,
menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres
dan melakukan perubahan gaya hidup.
Kawalan Berat Badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko
lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan
sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai
yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.
Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh
makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka
yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang
tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.
Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada
lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti
paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak
berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.
Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat
badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak
sapi dan makanan bersantan.
Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya
mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol
hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya.
Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya,
digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini
adalah lebih baik.
Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua
jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk
men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia
diamalkan setiap hari pengambilannya.
Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan
ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha
menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih
lagi hati
Berhenti Merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit
jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung,
perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini
berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.
Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga
kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh
senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung. Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat
secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan
risiko mendapat penyakit jantung.
Aktiviti senaman dapat membantu jantung
mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara
teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.
Perubahan Gaya Hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan
hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup
seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan
sebagainya.
Sekiranya perkara ini menjadi amalan kita,
amalan hidup yang sihat tentunya boleh diamalkan demi menjaga tubuh kita,
sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
..
AveiroPJ: Ingatlah..jantung adalah nadi untuk kita..

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.
Perubahan Gaya Hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan
hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup
seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan
sebagainya.
Sekiranya perkara ini menjadi amalan kita,
amalan hidup yang sihat tentunya boleh diamalkan demi menjaga tubuh kita,
sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
..
AveiroPJ: Ingatlah..jantung adalah nadi untuk kita..
..
AveiroPJ: Ingatlah..jantung adalah nadi untuk kita..
No comments:
Post a Comment