Kaki merupakan anggota yang paling banyak
terbeban kerana terpaksa menanggung hampir keseluruhan berat badan seseorang. Ramai
yang memikirkan kasut cantik sahaja tanpa memikirkan kondisi kaki yang memakai
kasut itu. Keselesaan dan kesihatan kaki perlu dititik beratkan agar dapat menjalani
kehidupan yang baik dan selesa
Orang kata, menggayakan kasut biarlah sepadan
dengan usia. Ini kerana, tidak semua kasut sesuai dan selamat buat anda. Mengenali
jenis-jenis kasut yang sesuai dengan bentuk dan juga saiz kaki, serta panduan
berguna membeli kasut dengan betul agar anda tidak merana kesakitan atau asyik
perlu menukar dan memulangkannya.
Semestinya anda perlu memilih saiz kasut yang
betul. Caranya dengan mengetahui bentuk kaki anda. Ada yang tapak kaki lebar
dan panjang. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua belah tapak kaki kita tidak sama
kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki
kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakan kasut yang dijual di pasar
raya mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan
menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila
diregangkan.
Kasut cantik tidak mencukupi jika anda tidak
pandai menjaga kaki anda. Memastikan kuku sentiasa pendek, tidak berbau dan
tidak mengalami sebarang masalah adalah perkara utama buat lelaki dan wanita
jika mahu lebih yakin ketika/saat melangkah keluar dari rumah.
Ini tips yang sesuai digunakan untuk membeli
kasut dan pada masa yang sama menjaga kaki anda:
- Beli kasut pada lewat petang kerana kaki kita berada pada saiz sebenar pada waktu itu.
- Cuba kedua-dua belah kasut dan rasa keselesaan memakainya sebelum membeli. Kaki kanan biasanya lebih besar daripada kaki kiri. Belilah kasut yang besar sedikit daripada saiz kaki.
- Jika ingin beli kasut tertutup, pastikan jari kaki anda dapat digerakkan di dalam kasut
AveiroPJ: Macam susah je nak beli kasut sampai kena tunggu
lewat petang.. =)
No comments:
Post a Comment