Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini.. Sejak di zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta nak-anak perempuan di atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah mujarab dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.
Kalau sebelum ini, kita dikejutkan dengan penemuan bayi di dalam tong sampah, longkang, pintu pagar masjid, bawah pokok, kaki lima, tandas dan depan rumah orang. Tetapi kini cara membuang bayi jauh lebih ekstrem dan tidak masuk dek akal.
Ada yang kejam membuang bayi daripada atas sebuah flat, dtinggalkan dalam beg plastik yang diikat rapat dan lebih menyayatkan hati lagi apabila seorang pelajar melahirkan anak di sekolah dan memasukkan bayi yang baru lahir itu ke dalam beg sekolahnya. Bayi-bayi itu yang dibuang dan sesetengahnya dibiarkan mati hasil daripada keterlanjuran yang dilakukan oleh ibu mereka yang kebanyakannya masih muda remaja. Bayi yang dilahirkan itu hasil daripada perhubungan seks bebas yang dilakukan secara haram dan pergaulan bebas yang sudah menjadi trend bagi masyarakat kita.
Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang. Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Di samping itu, pengaruh daripada rakan sebaya terutamanya di kalangan remaja lelaki juga merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu risikonya. Namun seperti kata pakar psikologi kanak-kanak dan remaja UKM, Dr. Khaidzir Ismail, remaja yang terjebak dalam gejala sosial sebegini adalah individu normal tetapi mereka mempunyai tingkah laku tidak normal atau psikopat - iaitu melakukan kesalahan tanpa rasa kesal. Dalam pada itu, pengaruh persekitaran yang begitu kondusif turut menggalakkan perlakuan seksual seperti itu. Kehidupan anak-anak yang terlalu terkongkong atau tidak rapat dengan ibu bapa atau keluarga, boleh menyebabkan anak-anak ingin meneroka sesuatu yang negatif.
Selain itu kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Halijah berkata, antara kesan-kesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan.
Di Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah. Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian. Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan.
Justeru, saya menyeru kepada semua remaja di luar sana, bukalah mata, hati dan minda anda agar jangan mudah terjebak dalam gejala sosial yang negatif hingga merosakkan diri. Kenangilah jasa dan pengorbanan ayah dan ibu yang membesarkan kita selagi hayat dikandung badan.
Hbbjutawan: Jagalah diri, hiasi peribadi.
28 comments:
mmg tiap ari ada je berita p'buangan bayi..kesian ngk bayi2 yg tak berdosa tu...moga kita semua dijaohkan dari segala kmungkaran..
Bila agama kita ketepikan, pelbagai masalah sosial berlaku... Remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat.. Mereka mudah tertarik dan ingin mencuba..
Ibubapa kena kukuhkan ajaran agama dalam diri anak-anak.. Semua agama x benarkan seks bebas dan pembunuhan..
isu nie dah macam tradisi lak kat Malaysia nie,,,asyik je ada...entah lah kenapa..mungkin sebab nak jga adat..kan org cakap biar mati anak jangan mati adat???tapi adat apa yang dia org jaga...Manusia skang nie dah byk yg bhati buas..
Law dikatakan remaja je yg slah..tak betul lak..skang bapa pun sanggup rogol anak..datuk pun sanggup rogol cuti..camne kita nak jadikan warga tua nie sebagai pembela ??sebagai org yang ptut menegakkan kebenaran..
Bukan nak marah dengan artikel nie..cuma kenapa asyik salahkan remaja??mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...??anak ibarat kain bersih..ibu bapa yg mencorakkan nya..Buruk didikan ibu bapa buruklah anak nya..Pantauan ibu bapa tu penting..kalau setakat bcakap semua pun boleh..Laksanakan..baru lah betul..
maaf kalau dari segi bhasa agak kasar..tp remaja tak bertindak liar kalau tak tertekan dengan ibu bapa..kita semua pernah alami masa remja..Wan pun masih remaja..
harap selepas nie pihak tertentu lebih utamkan ibu bpa ..dari ibu bapa lah mereka membesar..kuatkan tindakan dan undang2..
memang la artikel ni mengkhususkan kepada remaja...bukan menunding jari kepada ibubapa...
tapi ada satu kes pembuangan bayi yang berlaku kat kampung kite ni,semua orang tau bayi yang dibuang tu anak dia...mak ayah remaja dok back up anak dia,,sekali anak da kantoi kena tangkap basah,,tok imam suh kawin bapak lak tak kasik..boleh pulak bapak dia cakap 'kubur masing2..ko nak sibuk paksa ank aku kawin pehal?'
hahaha...,'lemak la anak ko'
senario masyarakat...
tapi kalau ikut pandangan kite la,,,isu ni memang xleh nak salahkan ibubapa...mana ada ibubapa nak anak dia jadi macam tu kan...
yang jadi masalah ialah pemikiran remaja tu sendiri...bukan nak pikir baik buruk kalau nak wat sesuatu,,,
kalaupun tertekan ngan masalah ibubapa ke study ke kewangan ke...xkan nak pegi berzina lak,,
jangan baling batu sembunyi tangan la...
da buat salah nak buang bayi yang x berdosa tu..konon2 dia x bersalah =)
Manusia, manusia, manusia. Ada antara manusia di dunia ni langsung tidak berkemanusiaan. Sedih saya kenang bayi-bayi yang kena buang tu. Langsung tak bersalah. Pada bulan Februari yang lalu, saya telah menghadiri sebuah bengkel debat. Isu-isu pembuangan bayi ada disentuh. Ada yang menyatakan 'abortion is a brother to cannibalism' Membuang bayi sama seperti kanibalisme. Saya amat bersetuju dengan ayat ni sebab membuang bayi mengakibatkan kematian kepada insan yang tidak bersalah :'(
Apabila pembuang bayi dilakukan, tidakkah para pembuang bayi itu memikirkan mungkin anak ini boleh menjadi seorang yg berjaya pd masa akan dtg ?.. Mungkin bayi ini akan menjadi saintis yg pertama utk menyebuh penyakit yg berbahaya ?... Tidak pun tidak tahu masa depan mereka. So, bg peluang kpd setiap manusia utk mngetahui masa depan mereka. Mereka mempunyai HAK untuk hidup. Jikalau nak menyentuh hak ibu kpd bayi yg dibuang, tak payahlahh. Sebab kalau dah tahu akan ada anak, lawanlah nafsu tu. Tunggu betul-betul bersedia barulah untuk perkara itu. Kalau dah begitu, tiadalah masalah yg berlaku :)
Saya percaya isu-isu pembuangan bayi akan berkurangan jikalau remaja-remaja lebih sedar tentang perlunya mengelakkan diri dprd melakukan seks bebas. Ibu bapa harus sentiasa berjaga-juga ttg aktiviti yg dilakukan oleh anak-anak mereka. Anak anak juga haruslah hormati ibu bapa mereka.
isu ni dah lama berlaku . kenapa dekat msia macam nampak sangat isu ni ? cuba tengok negara lain , ada tak ? tu la , msia ni sensitive sikit . bab2 anak luar nikah ni , macam satu yang busuk sangat bagi masyarakat . macam dekat barat , agak2 ada tak orang buang bayi ? sebab sana masyarakat boleh terima anak tu . bukan saya menghalalkan benda haram , cuma cuba masyarakat berubah . sebab kalau nak menghalang , macam susah dah sebab sekarang merata-rata maksiat terjadi . kepada mereka-mereka yang termengandung sekarang , jangan lah pandang serong . sebab pandangan tu la mereka sanggup buang . kita kena tolong mereka , saya cakap tolong .
masa tolong tu la kita cuba perbetulkan mereka . supaya perkara yang sama tak terjadi lagi .
ohh , lagi satu , tepuk sebelah tangan takkan berbunyi . anak takkan lahir tanpa persetubuhan dua insan berlainan jantina bukan ? jadi pihak laki dan perempuan , kedua-duanya kita kena "tolong" .
itu pandangan saya . kalau ada salah cakap , maaf .
Isu pembuangan bayi ini wajar diberi perhatian yang serius. Semakin hari, manusia semakin terlupa akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Ramai hanya tahu berseronok sahaja, risiko terhadap sesuatu perkara difikirkan kemudian. Luluh hati saya melihat anak yang dilahirkan tidak berdosa, dibuang merata-rata, dicampakkan & dari bangunan. Hal ini terjadi apabila manusia tandus akhlak & keimanan.
Justeru itu, pelbagai langkah harus diambil untuk menangani masalah ini.
Namun, pada saya...yang paling penting ialah bermula dari dalam diri kita sendiri.
Tingkatkan ilmu kita di dunia seiring dengan ilmu akhirat, sedikit sebanyak boleh memberikan kita kesedaran.
isu yg menarik - memang tertunggu2lah isu ni keluar kt Rakan 1klik..
Memang marah sangat apbila saban hari ada je berita kat dada akhbar tentang isu buang bayi ni..buang kat tong sampah, buang kat sungai, jumpa kat semak, dan macam2 lagi lah...marah, geram, meluat dengan si perilaku...kenapa jadi macam ini...?
Kenapa..? tertanya2 apa salah bayi yg dibuang..?
pada pandangan sy, remaja itu sendiri yg menyumbang kerana gegala2 macam ini..kenapa sy cakap macam itu, sebab mereka yg telah melakukan perbuatan yg tak bermoral..mereka telah merosakkan diri mereka sendiri..hanya tau berseronok, tetapi impak disebaliknya tidak difikirkan - lepas tu bila dah mengandung, pandai pula menyembunyikan kandungan kerana takut dengan ibu bapa, malu dengan kawan2 dan orang sekeliling..bila dah bayi lahir, terus dibuang ke dalam tong sampah tanpa belas kasihan...
smoga dapat pandangan, luahan, kritikan daripada rakan2 diluar sana..
setuju dan suka dengan KASEH SUCHI -
isu ini terjadi, sebab remaja itu sendiri ,mana ada ibubapa nak anak dia jadi macam tu kan...
yang jadi masalah ialah pemikiran remaja tu sendiri...
sebagai remja pun wan agak marah dengan semua nie..mungkin semua nie terjadi akibat didikan agama yang kurang..Manusia nie memang dah fitrah akan buat bende yang dilarang..Pemikiran rakyat kita nie memang terlalu kuno, Wan setuju dengan abazilah..
dan kes buang anak nie bukan nye bermula terus ke zina..tapi bermula dari bende yang kecil2..
Akibat tertekan..remaja cari jalan nak enjoy.mula mula merokok...try pil...pergi disko..minum arak dan semua2 tu..dan lepas tu mulalah berganjak dengan dosa yang lebih besar..berzina..
So bukan lah maskud wan seperti yg kaseh suchi katakan "kalaupun tertekan ngan masalah ibubapa ke study ke kewangan ke...xkan nak pegi berzina lak,,"
isu yang tak pernah sunyi.. isu yang setiap hari ada saja menghiasi akhbar2 harian di negara kita..
nak salahkan remaja tu sendiri.. ya jugakkk.. sebab silap pilih kawan untuk bersosial.. kadang2 tu bukan kita nak berkawan dengan orang yg salah tapi keadaan menyebabkan mereka terpaksa. akhirnya, menjerat diri remaja tu sendiri.
nak salahkan ibu bapa.. ya jugakk.. sebab terlalu percayakan anak2.. percayakan anak2 tak akan buat perkara2 yang memalukan keluarga sebab kat rumah perangai anaknya bukannya teruk sangat tapi kat luar dia tak tau plak..
kesimpulannya remaja pilihlah rakan bersosial yg betul.. dan ibu bapa jangan percayakan anak2 anda sangat dan didiklah anak2 dengan agama yg secukupnya.
saya bukan pakar motivasi atau pakar kaunseling tapi ini hanya sekadar pandangan peribadi saya..=)
utk ABAZILAH - sy nak komen sikit tentang komen awak tu -
Ini negara Malaysia - Negara Islam - memanaglah isu ini dipandang serius - klu negara bukan islam mcam negara Eropah ke, negara China ker, tu lainlah ... berpuluh2 anak luar nikah lahir pun, beribu2 anak luar nikah dibuang tu, tapi tak kan jadi isu besar kat negara mereka, sebab mereka negara Bukan Islam...
Kita memang nak tolong mereka - tapi ada ke yg sanggup nak tolong..tolong hanya sekadar dimulut saja kan..?
Thanks..
suka dengan komen AMIRALIYANA :
Kesimpulannya, remaja itu sendiri, ibu bapa, masyarakat, pihak berkuasa harus mengambil peranan dalam menangani segala permasalahan remaja masa kini..betul tak..?
terima kasih rusna wana..=) ya mmg betul semua harus memgambil peranan masing2 dan jgn kita jatuhkan kesalahan kepada remaja tu saja.. bimbinglah mereka ke jalan yg betul kembali. jangan pulaukan mereka..
kepada ABAZILAH:
sy juga mahu respon kpd komen ABAZILAH ni.. mmg isu ni jd serius di msia ni saja sbb kita negara Islam dah tentu2 berzina dan melahirkan anak luar nikah tu bertentangan dgn agama kita..
lagipun.. di msia yg jd isu tu sbb diorg pi buang anak luar nikah tu la.. dah buang tu takpa sbb nnti ada org nampak dan ambik bg makan kan..
yg bunuh tu plak mcm mna? ni bkn sahaja melibatkan agama ni juga melibatkan sifat kemanusiaan.. mana pergi sifat kemanusiaan anda yg sanggup membunuh nyawa yg tak berdosa dan bersalah? tu yg jadi point utama utk di bincangkan bukan sebab agama sahaja..
orang2 msia mmg sgt prihatin kalau melibatkan hal2 ni sbb tu la tiap2 hari ada ja masuk paper isu ni.. kalau tak masuk paper nanti ada plak yg ckp org msia tak prihatin plak..isu mcm ni pun tak ambik kisah..
jangan di lihat sgt sebelah barat tu? apa diorg peduli haram halal? ABAZILAH nak kita ikut diorg jugak ka? benda yg boleh ikut kita ikut yg tak elok buat apa nak ikut?=)
terpanjang plak komen..:) sekadar pandangan peribadi.tq :)
rusna wana..
betul tu..negara islam harus utamakan apa yang dah tertulis..Dan tak de satu bende pun yang menghalalkan bende yg dah diharamkan..
amiraliyana
semua nya bgntung dengan diri sendiri dan persekitaran..betul tak??
wan hazel: betul tu. semuanya ats diri sendiri. ibu bapa dah buat yg terbaik. selebihnya atas diri kita sendiri..:)
iye2..wan....
semuanya bergantung kat diri sendiri...
bf pon satu hal...nakkkkk aje ambik kesempatan kat awek2 yang tengah jiwa kacau...
alih2 si awek cun pulak yang tangguung dosa buang bayi....
moralnya apa ye...kawin lah awal...elak maksiat..elak buang bayi...
tapi kalo kawin awal...nak bagi anak bini makan apa pulak..uiks...grrrrrrrr
hahaha...jgn lah berduan duan ditempat sunyi..tu je..saling ingat mengingati..
kawen awal bagi je lah anak bini makan pasir..nak salahkan pak we kacak pun tak leh..mak we cute pun ada yang jenis menggoda...camne lak tu...so pokok pangkal nye..kuatkan hati dengan iman dan ingat Allah tu melihat semua nya..
amiraliyana
semua pihak pun harus bertanggung jawab..guru kerjaan..ibu bapa...diri sendri..semua lah..
yang penting ingat Tuhan..
iye semua pihak harus bertanggungjawab...tak perlu nak tuding jari kat sesapa....berita neh tak pernah senyap...ada je..buang dalam sungailah, tinggal depan umah org lah...mcm2....kalo bayi tu masih hdup takpe lg..neh kalo da tak bernyawa....huhu....
nanakimie
kalau bernyawa masih ok lagi baik..kalau yg bernyawa tapi dah di makan semut dan dihinggap lalat tu..nak nagis bila tengok..hm..apa lah kan masyarakat kita
huhu......sedeykan.....bayi yg kecil tak berdosa dibuat macam tu....org laen punya lah susah nak dapat anak..diorang sng2 je buang...igt anak patung agaknya
nanakimie
tu lah pasal..org yg nak anak tak de anak..org yg tak nak anak nie lak yg ada anak tp buang anak..
Ummi sedih bila semakin hari makin banyak kes pembuangan bayi ni. Kesian kan kat bayi-bayi yang tak bersalah dibubuh tanpa belas kasihan.
Islam juga mengenakan hukuman yang berat ke atas pembunuh anak walaupun ianya masih lagi janin seperti di dalam hadith :
[في الجنين غرّة عبد أو وليدة) [2)
Maksud: Dalam membunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau perempuan.
Begitu juga perempuan hamil kerana zina tidak dikenakan hukuman hudud atasnya sehingga dia melahirkan anak. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada perempuan Al-Ghamidiyyah yang berzina, Baginda melewatkan hukuman ke atasnya sehingga dia melahir dan kemudian menyusukan anaknya.
Nyawa itu anugerah Allah yang diamanahkan kepada manusia. Manusia tidak berhak keatas nyawa manusia yang lain, justeru manusia tidak berhak untuk mengambil nyawa manusia lain, lebih-lebih lagi nyawa bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa. Nyawa itu harus dilindungi, bukannya dipersiakan begitu sahaja. Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk melindungi nyawa anak-anak mereka.
Sebahagian dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
‘Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.’
Membuang bayi dianggap membunuh dan dikira sebagai salah satu dosa besar.
Dari sudut agama Islam, jenayah bunuh termasuk dalam jenayah hudud dan qisas dan hukumannya ialah hukuman mati.
Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih berguna dan bertanggungjawab terhadap agama dan keluarga.
masyaAllah.. kadang2 sampai menitis airmata saya bila tahu pasal pembuangan bayi ni
terfikir kenapalah sanggup buang bayi.. yela, tak sedar ke itu menambahkan lagi dosa yang dah sedia ada..
tak kesian ke ibu melihat anaknya mati begitu je.. MasyaAllah...
cukup2lah buat dosa haram ditmbh lagi bunuh bayi tak berdosa.. kesian tul
ingatlah remaja2 d luar sana peliharalah mahkota kesucian diri jgn mudah termakan pujuk rayuan lelaki yg tak bertanggungjawab.. ingatlah maruah keluarga dan takutkan pada Tuhan.. banyak2kan berzikir dan kuatkan iman anda.. kalo x kawin jer cepat2 utk mengelakkan perkara mungkar.
Ummu Ukasyah
infomacma nie seboleh nya dikongsi lebih luas lagi..\kadang2 ada yg taw dosa pahala nie tapi tetap gak nak wat..membunuh nyawa tu dosa nya besar..
IntaNBerliaN
kita tak taw apa yg dia org rasa...mungkin malu terhadap diri sampai sggup buang anak nie..otak dah rosak...
Post a Comment