Mengapa perlu mengambil makanan tambahan (supplement)?
Tuntutan cara hidup yang serba moden dan sentiasa bergerak aktif menggamit seseorang untuk sentiasa cergas, sihat dan bertenaga. Dunia yang serba mencabar ini tidak memungkin seseorang mampu bersaing jika sekiranya dalam keadaan yang kurang cergas, tidak petah dan kurang berketrampilan. Kesihatan adalah menjadi aset berharga kini kerana ianya adalah salah satu tuntutan utama dalam meniti kehidupan seharian disamping ianya menjadi satu asas penting dalam menyokong kejayaan dan kecemerlangan samada dari segi fizikal dan mental. Malah kesihatan bukanlah satu kompromi.
Persolannya kini, perlukah makanan tambahan untuk anda? Bagi yang mampu menjaga amalan pemakanannya dan mampu menyediakan makanan harian mengikut piramid makanan, maka tiada masalah bagi dirinya untuk tidak mengambil makanan tambahan sebagai sumber kedua. Kebanyakannya tidak menyedari bahawa pengambilan makanan tambahan adalah sebagai “mengisi ruang-ruang kosong” yang terdapat dalam sel-sel badan manusia yang mana diet seharian mereka tidak dilengkapi dengan piramid makanan yang boleh menyokong sistem tubuh mereka. Ramai yang bersikap skeptical mengenai pengambilan makanan tambahan kerana beranggapan bahawa pengambilan ini boleh menyebabkan ketagihan, pemborosan wang jika tidak serasi dan kurang berkesan ke atas dirinya. Maka, kepercayaan seperti ini akhirnya menyukarkan seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat yang merangkumi pelbagai aspek dalam penjagaan pemakanan termasuklah memastikan aktiviti ringan dilakukan serentak.
Jenis-jenis makanan tambahan
Makanan tambahan yang terdapat dipasaran bukanlah semata-mata untuk menyembuh atau merawat penyakit seperti demam, batuk, selsema atau yang melibatkan iritasi pada kulit wajah. Tetapi, jika sekiranya pengguna dapat melakukan tinjauan pasaran terhadap jenama yang menawarkan kandungan vitamin yang lebih tinggi serta bersesuaian dengan keperluan badan manusia maka pilihlah makanan tambahan yang berasaskan kepada bahan asas dan semulajadi bukan sintetik. Bahan yang terdiri daripada ektrak dadah yang diambil dalam kuantiti yang tinggi serta memberikan impak negatif pada kesihatan jika diambil dalam jangka masa yang panjang.
Ciri-ciri vitamin Sintetik:
• Supplement sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin.
• Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.
• Vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.
• Vitamin sintetik boleh menyebabkan ketagihan dalam jangka masa panjang dan memudaratkan kesihatan jika tidak diambil mengikut aturan yang dibenarkan.
Ciri-ciri vitamin semulajadi:
• Vitamin semulajadi hanya mengambil pati asal dari bahan semulajadi untuk dijadikan sebagao bahan utama . Walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Jadi Kalsium dari natural supplement didatangkan bersama magnesium dan vitamin D.
• Vitamin semulajadi dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh.
• Vitamin Semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
• Vitamin semulajadi tentunya lebih selamat, tiada perasa tiruan dan pewarna tambahan.
Pengguna bijak bermula dari anda
Maka pilihan ditangan anda, pilihlah makanan tambahan yang berasaskan kepada ramuan semulajadi kerana kehebatannya dalam mengisi ruang-runag kosong yang terdapat dalam badan anda adalah amat mengkagumkan. Dalam memilih gaya pemakanan yang lebih sihat iaitu dengan mengamalkan pengambilan sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan senaman rutin yang lebih kerap agar dapat megimbangi keperluan kehidupan seharian anda. Sebagai pelengkap nutrisi, kekurangan pelbagai vitamin dan mineral dalam tubuh badan manusia hendaklah diseimbangi dengan elemen penting pada sel badan manusia bagi memastikan sel tidak mati dan dapat menghasilkan sel baru demi melindungi organ dalaman kita dari terkena jangkitan penyakit merbahaya.
Ainafiras: Makanlah secara sihat!
No comments:
Post a Comment