Followers

Thursday 30 January 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan Berhati-hati pulang ke Kampung…

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga Malaysia. Seperti yang kita tahu bahawa esok adalah perayaan sambutan Tahun Baru bagi Masyarakat Cina dan sambutan tahun baru ini sudah pastinya meriah. Justeru itu sudah tentu pakaian rasmi masyarakat Cina iaitu Cheong Sam berwarna merah menjadi tradisi menyambut Tahun Baru.

Dalam kesibukan menyambut Tahun Baru, pasti tidak lengkap sekiranya tidak mengadakan rumah terbuka. Melalui rumah terbuka ini dilihat dapat mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum yang telah terjalin sejak sekian lama di Malaysia tercinta ini.


Justeru itu, diruangan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi semua masyarakat cina di Malaysia dan buat yang sedang dalam perjalanan pulang  ke kampung halaman, selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya.


Rashid: Pandu cermat, jiwa selamat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...