Followers

Wednesday, 22 January 2014

Kangkung Oh Kangkung

Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman Terengganu baru-baru ini.

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara. Menurutnya rakyat tidak seharusnya menyalahkan kerajaan sepenuhnya mengenai kenaikan harga barangan. Sebagai contoh sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harganya,  Masa harga (barangan) turun,  kerajaan tidak dipuji tetapi masa naik kerajaan dikeji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut. Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masalam sayur tersebut.

Bukan semua harga naik disebabkan tindakan kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. YAB Perana Menteri  Datuk Seri Najib berkata kerajaan sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah  dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.


Isu kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan  melalui media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga kangkung. Sedangkan secara realitinya kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat,bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras,gula,minyak dan sebagainya. 

Barang-barang yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan. Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga  barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.

Setengah pendapat pembangkang cuba menjadikan kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan.Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar. Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dan ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang. 

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga dan kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui :

Talian bebas tol – 1800-886-800
Atau portal rasmi http//e-aduan.kpdnkk.gov.my

Che Ross: Kerajaan tidak akan menindas rakyat!







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...