Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Lagu di atas sangat sinonim dengan bulan kemerdekaan. Anak kecil juga tahu menyanyikannya. Tapi tahukah mereka apakah maksud merdeka? Apakah peranan kita sebagai ibu bapa dalam menerangkan erti kemerdekaan serta bagaimana untuk menerapkan semangat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak?

Ha, sempena bulan Ogos yang akan menjelma tidak lama lagi, kali ini Mummy nak berkongsi beberapa cara untuk memupuk semangat cintakan Negara di kalangan kanak-kanak. Anak-anak Mummy masih kecil, tapi satu hari nanti pasti Mummy perlu mainkan peranan dalam memastikan anak-anak Mummy faham apa erti merdeka!
Antara kaedah untuk memupuk jati diri dan semangat cintakan negara dikalangan kanak-kanak adalah seperti berikut:
• Ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka bahan-bahan bacaan yang mengisahkan susur-galur pembangunan dan sejarah negara. Di pasaran kini, terdapat juga kaset atau cakera padat yang memuatkan lagu-lagu patriotik yang boleh dibeli dan seterusnya diperdengarkan kepada kanak-kanak.
• Di peringkat komuniti dan sekolah, pertandingan dan kempen yang bertemakan kemerdekaan turut menyumbang kepada penyampaian mesej cintakan negara di kalangan kanak-kanak. Misalnya, pertandingan membaca bahan bacaan kemerdekaan, deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik.
• Beli bendera dan galakkan mereka sertai kempen kibarkan Jalur Gemilang atau galakkan mereka menggantung sendiri bendera di rumah atau di kereta.
• Sokong mereka untuk sertai sambutan dan perarakan Hari Kemerdekaan. Ia adalah satu platform yang terbaik untuk kanak-kanak. Bawalah mereka melihat sendiri sambutan ini atau menontonnya di kaca televisyen.
Dalam usia muda sebegini, jika pemikiran dan tingkah laku
kanak-kanak ini telah diterapkan dengan nilai-nilai patriotisme, adalah
diyakini mereka akan terus menjadi generasi yang kental dengan semangat
sayangkan Negara.
• Ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka bahan-bahan bacaan yang mengisahkan susur-galur pembangunan dan sejarah negara. Di pasaran kini, terdapat juga kaset atau cakera padat yang memuatkan lagu-lagu patriotik yang boleh dibeli dan seterusnya diperdengarkan kepada kanak-kanak.
• Di peringkat komuniti dan sekolah, pertandingan dan kempen yang bertemakan kemerdekaan turut menyumbang kepada penyampaian mesej cintakan negara di kalangan kanak-kanak. Misalnya, pertandingan membaca bahan bacaan kemerdekaan, deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik.
• Beli bendera dan galakkan mereka sertai kempen kibarkan Jalur Gemilang atau galakkan mereka menggantung sendiri bendera di rumah atau di kereta.
• Sokong mereka untuk sertai sambutan dan perarakan Hari Kemerdekaan. Ia adalah satu platform yang terbaik untuk kanak-kanak. Bawalah mereka melihat sendiri sambutan ini atau menontonnya di kaca televisyen.
Mummy: Melentur buluh biarlah dari rebungnya..
No comments:
Post a Comment