Followers

Tuesday, 3 May 2011

Long Atau Naga Cina: Haiwan Mitos Masyarakat Cina



Long (naga) merupakan haiwan imaginasi yang dibayangkan oleh masyarakat Cina. Bagi semua peristiwa Cina, diwajibkan bagi mereka meletakkan gambar long member makna simbolik seperti tuah, kekayaan, kegembiraan dan sesuatu yang amat baik dan suci. Atas kesucian naga, masyarakat Cina menghormati naga seperti dewa-dewi sehingga mereka menamakan nama anak dan keturunan mereka dengan menggunakan long. Tahukah anda? Haiwan ini merupakan percantuman beberapa anggota badan haiwan tertentu sehingga menjadi seekor naga. Kalau ikut kepercayaan masyarakat Cina, naga hanya boleh didapati di syurga dan hanya boleh digunakan oleh dewa-dewi atau Tuhan sahaja. Tapi, kadang-kadang  naga dianggap sebagai pembantu khas dewa-dewi atau Tuhan. Kalau anda nak tahu, biasanya warna yang digunakan untuk melukis dan mengukir patung naga adalah merah dan kuning sebab kedua-kedua warna tersebut adalah warna tuah bagi masyarakat Cina. Berikut adalah deskripsi anggota badan naga:

Tanduk seperti tanduk rusa jantan; kepala seperti kepala haiwan acamel; mata seperti mata syaitan; leher seperti ular; perut seperti kepah; sisik seperti ikan kaloi; cakar seperti burung helang; tapak kaki seperti harimau; telinga seperti lembu. Terdapat sesuatu benda yang berupakan benjolan besar di atas kepalanya, ia dipanggil sebagai chi mu yang berfungsi untuk membolehkan naga naik ke langit.

Pada masa dulu, masyarakat Cina menggunakan naga untuk melambangkan kekuasaan dan kesucian maharaja Cina. Kalau terlihat simbol naga, ia bermakna maharaja. Disebabkan kesucian naga, maharaja Cina mengharamkan sebarang penggunaan naga dalam semua tujuan bentuk ukiran, pemakaian, gambar dan sebagainya pada rakyat biasa. Ini bermakna hanya maharaja saja yang layak menggunakan simbol naga.

Disebabkan itu, masyarakat Cina telah mengaitkan kesucian naga dengan  Yu Huang Shang Di Shen (Tuhan Maharaja Jed). Masyarakat Cina mempercayai Tuhan tersebut adalah ketua bagi semua dewa-dewi dan Tuhan dan semua alam dan mempunyai fungsi yang sama dengan maharaja Cina.


Soon: Ikuti sambungan ‘kisah naga’ pada keluaran akan datang.


12 comments:

story of my life said...

owhh baru tahu..

story of my life said...

owhh baru tahu..

zarina said...

info yang menarik..tak sabar baca untuk keluaran yang akan datang

♥CHaRa♥ said...

bagus info ni;)

EMMYMAZLI said...

good info. thanks for sharing...

Mia said...

Wah.. ini sebenarnya penjelasan mengapa simbol Naga selalu dijumpai.. :)) thanks for the info...

Sarah Naiema said...

Masyarakat cina ada tarian naga apabila tiba musim perayaan.. Setiap budaya dan adat msyrkt cina ada maksudnya..

Info nie banyak m'beri pengetahuan kepada kaum2 lain.. sangat menarik..=)

amiraliyana said...

hmm.. menarik! baru la boleh kenal2 budaya dan kaum2 lain.

nanakimie said...

owh,kalo xbaca neh confirm2 nana xtaw.hehe..thanks 4 sharing:)

Wan_hazel said...

sebab tu wan suak abg soon..nape tak de bloger india lak kan..leh kongsi adat dan semua mengenai india..kita kan satu malaysia..Sokong abg soon

kaseh suchi said...

oooh..patutla dalam cite cina yang tunjuk maharaja2 zaman dulu banyak sangat guna simbol gambar naga...
sepanduk..cop...ukiran kat istana semua nak naga...ishk..kite ingat tidak ada makna apa-apa...

n lagi satu...

tarian naga masa chinese new year pun mungkin sebab menunjukkan kesucian naga jugak kan..hehe

Wan_hazel said...

kaseh suchi

hahaha...persoalan..a ah lah kan..arian naga nie dan tarian singa apa beza dia erk??dua dua pun ada masam CNY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...