Followers

Friday, 20 May 2011

Isu Mat Rempit


Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ ini bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan  rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).

Didapati pada sekitar tahun-tahun 80an dan awal 90an, gejala ini banyak bertumpu di Kuala Lumpur, ianya kini sudah merebak ke hampir kesemua negeri di Malaysia. Malahan, di ceruk-ceruk kampung-kampung sekalipun gejala sebegini sudah menjadi lumrah dengan penglibatan masyarakat tanpa mengira batas umur dan bangsa. Trend menunjukkan aksi menunggung motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Di antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini ialah:
  • Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan  
  • Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang 

 
  •  Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas. 
  • Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman. 
  • Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.


Hbbjutawan: Jangan tiru aksi di atas. Seronok membawa padah!!

13 comments:

nanakimie said...

bahaya neh..diorang xtakut pun ek..neway,thanks for this info:)

EMMYMAZLI said...

Konon trend la tu... kalau dah terjatuh, patah sana sini, baru la tau camner azabnya... huhuhu... thanks for the info....

Mia said...

mok tunjuk hebatlah tu.. hebat sgt lah kalau dha terlantar kat hospital, kaki berbalut dengan bil hospital panjang sudah.. ish, kira bernasib lah kalau dpat hidup utk bertaubat dan menikmati keindahan Tuhan utk yang kita selalu perlekehkan..

♥CHaRa♥ said...

sekarang ni mcm2x hal anak muda zaman sekarang.mcm2x terpengaruh.

Sarah Naiema said...

Banyak da skunk trend2 mat moto nie m'rempit.. mungkin diorang nie belum m'yedari risiko yg diorang akan hadapi bile b'aksi s'begitu..

Masalah m'rempit nie rasanya boleh d'bendung dengan sekatan oleh pihak polis dan atasan.. Mereka harus d'beri kesedaran m'genai perkara nie..

Satu agy, bukan ker skunk sudah ada tempat untuk budak2 m'rempit?tmpt2 khas la lau tak silap..

amiraliyana said...

mat rempit memang berani mati la. kita yang tengok kecut perut.

ita said...

diorang ni just fikir keseronokan yang sementara ajer... dibuat nyer ter xcident then lau mati tak perlah x nyusahkan orang tapi lau hidup cacat lak cam ner kan ssh kan orang nama nyer nak kena jaga dia yang cacat tu.. tah lah apa yg diorang nak sebenar nyer

Ummu Ukasyah said...

Geram dengan mat rempit ni. tak faham kenapalah mereka ni suka sangat nak merempit.

Teringin nak cuci otak-otak mat rempit ni dengan berus dawai.

Selagi belum kena kat batang hidung sendiri selagi tu belum serik. Kesian kat mak bapak dorang.

Bagi semua mat-mat rempit, ingatlah orang yang tersayang. Sudah-sudahlah merempit. takder faedahnya. Allah kurniakan akal untuk berfikir baik buruk setiap perbuatan bukan untuk keseronokan sementara.

Wan_hazel said...

mat rempit best..hahhaa..jangan pandang hina kami..eh eh..wan bukan mat rempit..tapi nie kawan mat rempit wan yg cakap

kaseh suchi said...

mat rempit rasa dorang cool kot dpan awek...tapi kalo dpan awek dorang,,,memang la cool..pasal awek dorang pown minah rempit....

persoalannya salah siapa?
xkan salah pencipta motor kot...;p

tapi kalo renung2 balik...jepun xda pun mat rempit kan? pasal jepun femes ngan basikal ja...budak2 high school nek basikal ja,,,

macamana agaknya malaysia kalo xda motor?
hahahaha

Si kOtAk HaTi said...

Menunggang motosikal merupakan suatu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Mungkin masalah mat rempit ini timbul apabila diri mereka terlalu berani untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Pada pemerhatian saya, kaum lelaki begitu berminat dalam bidang permotoran. Itu sesuatu yang bagus, malah lebih bagus sekiranya mereka menunjukkan kehebatan masing-masing di tempat yang betul seperti berlumba di litar yang sepatutnya dan bukan di jalan raya. Malah, sekiranya prestasi mereka bagus, boleh mengharumkan nama negara. insyaallah..

nanakimie said...

rempit neh sama ke ngan lumba haram ke? baru tadi nana ada baca 4org sekali mati sebab lumba haram..huhu.....

Wan_hazel said...

mat rempit nie bijak taw...pernah dengar tak Pihak HONDA respek anak bangsa kita..Sebab boleh wat kapcai ada gear undur...Mat rempit bijak cuma ilmu yg ada tu dia org salah guna..tak taw lah dari mana pengaruh mereka nie datang,..nak salah kan sesipa pun tak taw..tapi anak bangsa kita selalunya dipengaruhi oleh barat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...