Followers

Monday, 18 March 2013

Kemajuan dan keindahan Negeri Kelantan….


Pada pertengahan bulan yang lalu saya bersama seorang sahabat telah pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Ketika dalam perjalanan kami melihat banyak pembangunan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memajukan negeri tersebut.. Antaranya pembinaan jalan raya di daerah Gua Musang yang dilihat sedang dibangunkan. Setibanya di pekan Pasir Mas kami lihat begitu banyak kemudahan dan tempat  penginapan yang terdapat di sana dan kami tinggal di Zakinah Guest House bertempat di Tendong Pasir Mas. Lokasinya adalah terletak di jalan besar ke bandar Pasir Mas dan berhampiran dengan  RTC Wakaf Che Yeh yang menjadi pusat pengumpulan semua jenis perniagaan didalamnya dengan kadar harga yang sangat berpatutan. Bagi sesiapa yang inginkan kemudahan boleh lah untuk menyewa di Wisma Zakinah kerana tidak perlu menaiki kereta untuk mendapatkan makanan atau keperluan lain kerana di tingkat bawah bangunan tersebut terletak kedai makan yang beroperasi sehingga lewat pagi.
Tambahan pula pada hari setibanya saya di sana adalah hari di mana pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) fasa pertama dan saya dapat melihat sendiri bertapa gembiranya penduduk di sana mendapat bantuan daripada pihak kerajaan dalam masa-masa yang memerlukan. Selain itu, keesokan hari pula ada sebuah majlis perasmian yang disempurnakan Dato Mustapha Mohamad iaitu pembukaan laluan di Jambatan Sultan Yahya Petra yang kedua telah dibuka untuk memudahkan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas menghala ke Kota Baru. 

Pelbagai program pembangunan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan di negeri Kelantan. Hal ini membuktikan kesungguhan pemimpin dan kerajaan dalam memberikan kemajuan dan kemudahan yang selesa kepada semua rakyat di negara ini agar nikmat pembangunan turut di dikecapi secara menyeluruh.


Rashid: Jika ke negeri Kelantan jangan lupa untuk singgah di RTC Wakaf Che Yeh yang sememangnya terkenal dengan harga barangan yang murah serta pilihan yang pelbagai…

4 comments:

Admin said...

Alhamdulillah.
Negeri yang aman dan harmoni :)

Anonymous said...

Sdr Rashid,
Saya pun pernah menginap di Wisma Zakinah tu ketika ke Pasir Mas tidak berapa lama dulu. Tempatnya begitu selesa, bersih dan sepadan dengan kadar sewa yang dikenakan. Kemudhan makan minum dan kedai untuk membeli barangan keperluan memang tidak jadi masalah. Semuanya terletak berdekatan. Rasa saya, Homestay Wisma Zakinah boleh memuatkan penumpang sebuah bas penuh pada satu-satu masa dan amat sesuai bagi rombongan secara berkeluarga, termasuk untuk menghantar pengantin. Rombongan yang ingin membeli-belah di Wakaf Che Yeh juga rsanya sesuai menggunakan kemudahan penginapan ini.

-- Man Pasir Gebu

Anonymous said...

Wah Rashid, rajin makan angin rupanya. Buat apa ke Pasir Mas tu? Cerita fasal Pasir Mas ni, teringat saya sewaktu ke sana tahun lepas kerana menghadiri majis kenduri anak saudara. Tempatnya tenang dan penduduknya pula ramah-ramah belaka. Kalau ke sana lain kali, bolehlah saya menginap di Wisma Zakinah tu. Agak-agak berapa kadar sewanya?

--Khalid, Ipoh.

rusna wana said...

Kelantan oh Kelantan..
serunding oh serunding..
wakaf che yeh..
sentiasa keutamaan apbila berkunjung ke kelantan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...