Followers

Thursday 25 October 2012

Kemajuan Dan Pembangunan Di Pangkor





Dalam entry yang terdahulu saya telah menceritakan perihal burung enggang di Pangkor tetapi kali ini saya ingin menceritakan pembangunan di Pangkor. Semasa sampai di jeti Lumut terdapat banyak kemudahan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan antaranya bazaar, gerai makanan, hotel dan sistem parkir bertingkat. Pembangunan yang berlaku ini menyebabkan Lumut menjadi lebih ceria dan lengkap dengan kemudahan untuk menjadi tempat memulakan perjalanan ke Pulau Pangkor.

            Dengan kemudahan yang telah disediakan di jeti, pengunjung akan lebih mudah untuk memulakan perjalanan ke Pangkor. Bermula daripada jeti yang lengkap dan kemudahan feri yang disediakan dilihat dapat memberikan kepuasan dan suasana yang ceria dalam melalui perjalanan ke Pulau Pangkor. Setibanya di Pulau Pangkor, telah banyak pembaharuan dan kemudahan yang disediakan antaranya adalah pondok menunggu dan kemudahan Teksi untuk membawa penumpang ke destinasi yang ingin dijadikan tempat penginapan. Para pengunjung tidak perlu menunggu lama kerana terdapat lebih 150 buah teksi yang terdapat di Pangkor dan ini sangat memudahkan pengunjung untuk melawat di sekitar Pulau Pangkor.



            Kemudahan yang disediakan ini bukan terhenti di situ sahaja tetapi di kawasan tepi pantai teluk nipah juga telah dilakukan pembangunan beberapa deretan bangunan di mana dibuka kedai-kedai makan, kedai cenderamata dan kemudahan bilik menukar pakaian. Jika dibandingkan dengan sekarang, pembangunan yang berlaku di Pangkor ini dilihat salah satu daripada usaha kerajaan untuk menarik minat pelancong dan meningkatkan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

            Selain itu, sempat juga saya pergi ke perkampungan nelayan dan melihat sendiri bagaimana aktiviti yang dilakukan oleh para nelayan. Kemudahan jalan raya di sekitar pulau tersebut juga merupakan salah satu kemudahan asas yang paling utama bagi memudahkan perhubungan untuk ke tempat-tempat yang ingin dilawati. Sekian dulu untuk kali ini…


Rashid: Kemajuan yang ada pada hari ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin dalam membangunkan serta menyediakan kemudahan untuk dinikmati rakyat …. 

1 comment:

Anonymous said...

Rasa saya cerita ni dah pernah keluar dulu. Tak ada yang baru ke atau administrator tak perasan mengenainya?

-- Tok Wan Man

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...