Dengan kemudahan yang telah
disediakan di jeti, pengunjung akan lebih mudah untuk memulakan perjalanan ke Pangkor.
Bermula daripada jeti yang lengkap dan kemudahan feri yang disediakan dilihat
dapat memberikan kepuasan dan suasana yang ceria dalam melalui perjalanan ke
Pulau Pangkor. Setibanya di Pulau Pangkor, telah banyak pembaharuan dan
kemudahan yang disediakan antaranya adalah pondok menunggu dan kemudahan Teksi
untuk membawa penumpang ke destinasi yang ingin dijadikan tempat penginapan.
Para pengunjung tidak perlu menunggu lama kerana terdapat lebih 150 buah teksi
yang terdapat di Pangkor dan ini sangat memudahkan pengunjung untuk melawat di
sekitar Pulau Pangkor.
Kemudahan yang disediakan ini bukan
terhenti di situ sahaja tetapi di kawasan tepi pantai teluk nipah juga telah
dilakukan pembangunan beberapa deretan bangunan di mana dibuka kedai-kedai
makan, kedai cenderamata dan kemudahan bilik menukar pakaian. Jika dibandingkan
dengan sekarang, pembangunan yang berlaku di Pangkor ini dilihat salah satu daripada
usaha kerajaan untuk menarik minat pelancong dan meningkatkan pelbagai
kemudahan untuk pengunjung.
Selain itu, sempat juga saya pergi
ke perkampungan nelayan dan melihat sendiri bagaimana aktiviti yang dilakukan
oleh para nelayan. Kemudahan jalan raya di sekitar pulau tersebut juga
merupakan salah satu kemudahan asas yang paling utama bagi memudahkan
perhubungan untuk ke tempat-tempat yang ingin dilawati. Sekian dulu untuk kali
ini…
Rashid:
Kemajuan yang ada pada hari ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sangat
prihatin dalam membangunkan serta menyediakan kemudahan untuk dinikmati rakyat
….
1 comment:
Rasa saya cerita ni dah pernah keluar dulu. Tak ada yang baru ke atau administrator tak perasan mengenainya?
-- Tok Wan Man
Post a Comment