Followers

Tuesday 30 October 2012

HARI INOVASI 2012



Assalamualaikum Rakan 1 Klik.

Salam Aidiladha diucapkan. Entry kali ini Sofystella mahu berkongsi adalah mengenai Hari Inovasi 2012. Apa agaknya yang berkaitan dengan Hari Inovasi ini?

Inovasi ialah sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Inovasi yang dihasilkan ini berupaya menambah baik nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan yang sedia ada.

Kesan inovasi yang menjadi budaya menjana proses perubahan dari konvensional kepada suatu keadaan yang lebih produktif dan sistematik yang memberi impak optima kepada pelanggan serta berupaya memartabatkan gagasan 1Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara bangsa melalui wadah penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

Sofystella menjemput semua rakan – rakan dan rakyat 1 Malaysia untuk menghadiri Hari inovasi ini. Dibawah ini Sofystella menyatakan aktiviti yang akan dijalankan.


Program

Sambutan Hari Inovasi 2012 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)
Tarikh / Masa  :  30 Oktober hingga 1 November 2012 (3 Hari) : Hari Selasa hingga Khamis ( 9.00 pagi hingga 5.00 petang )

Tempat

Dataran Muzium Negara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur



Aktiviti Hari Inovasi 2012 KPKK

Ceramah Perdana Hari Inovasi
1 November 2012 : Hari Khamis ( 8.00 pagi )
Auditorium Jabatan Muzium Malaysia

Ucap Utama Sambutan Hari Inovasi
1 November 2012 : Hari Khamis ( 8.00 pagi )
Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur
         Oleh : YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,
                    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
30 & 31 Oktober 2012 ( 2 hari ) : Selasa dan Rabu ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang )
Auditorium Jabatan Muzium Malaysia
Perasmi : YBhg. Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf
                 Ketua Setiausaha KPKK

► Tujuh belas (17) kumpulan mengambil bahagian terdiri bahagian-bahagian di Kementerian, serta jabatan dan agensi di bawahnya.

Anugerah Inovasi

► Enam (6) kategori Pertandingan Inovasi 2012 dipertandingkan sempena menyemarakkan Sambutan Hari Inovasi 2012 KPKK iaitu Inovasi Terbaik, Kumpulan KIK Terbaik, Penulisan Kreatif, Reka Cipta Logo Inovasi, Keceriaan Pejabat Terbaik dan Pameran Terbaik. Pemenang inovasi bagi setiap kategori akan menerima anugerah pada Majlis Sambutan Hari Inovasi.


Pameran Hari Inovasi
30 & 31 Oktober dan 1 November 2012 (3 hari) : Hari Selasa hingga Khamis ( 9.00 pagi hingga 5.00 petang )
Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur

► 24 gerai (booth) pameran Kementerian, Jabatan dan Agensi mengambil bahagian. Pengisian aktiviti dan bahan pameran adalah seperti pameran pelbagai produk/perkhidmatan jabatan/agensi, Sesi Taklimat mengenai Fungsi dan Tanggungjawab KPKK, Soalan Kuiz dan Acara Cabutan Bertuah.


Hari Bertemu Pelanggan
30 Oktober hingga 1 November 2012 (3 hari) : Hari Selasa hingga Khamis ( 9.00 pagi hingga 5.00 petang )
Gerai No. 1, Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur




Sofystella : Jom sama - sama kita memeriahkannya.


4 comments:

girl said...

ramainya kanak-kanak kat muzium hari ni...

Rakan 1Klik said...

Kita mengalakkan semua golongan untuk hadir.

jay said...

buka kaunter diseluruh pejabat kerajaan untuk public

ina said...

syabas pada pameran hari ini...tahniah best giler.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...