Followers

Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Selamat Hari Raya Korban saya ucapkan kepada semua umat Islam. Khususnya bagi masyarakat Malaysia yang bakal meraikan hari raya korban yang jatuh pada 26.10.2012 bersamaan hari Jumaat. Kita selaku umat Islam harus lah meraikan hari raya ini dengan ibadat-ibadat yang bermanfaat iaitu melakukan ibadah korban bagi yang berkemampuan. 


Jika diteliti, banyak kelebihan dalam melakukan korban ini antaranya memberi peluang kepada golongan fakir dan miskin serta yang kurang berkemampuan untuk turut merasai nikmat di hari raya dan merapatkan ukhwah persaudaraan kita sesama manusia. Keadaan ini berlaku kerana aktiviti menyembelih binatang ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Sungguhpun begitu, ibadah korban ini hendaklah dilakukan dengan penuh tawaduk dan rasa keikhlasan supaya ibadah tersebut diterima oleh Allah Taala.

Selain itu, hari raya korban ini juga merupakan hari kebesaran bagi saudara-saudara seagama yang menjadi tetamu Allah dalam mengerjakan ibadah Haji yang merupakan rukun Islam yang ke-5. Bagi sesiapa yang ada antara ahli keluarga yang menjadi tetamu allah, didoakan selamat dan dipermudahkan segala urusannya di sana. Bagi rakan-rakan yang pulang berhari raya dikampung, berhati-hati semasa memandu dan jadilah pemandu yang berhemah supaya sebarang kecelakaan dapat dielakkan…Sekian dulu untuk kali ini Selamat Hari Raya Aidiladha…..

Rashid: Semoga raya kali ini membawa keberkatan dan kegembiraan yang banyak untuk kita semua disamping keluarga tercinta…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...