Followers

Monday 13 August 2012

Telefon 3D


Assalamualaikum pembaca J

Pada sabtu lepas, Sofystella ada baca surat khabar yang menyatakan “Telefon 3D”.  Sofystella tetarik dengan artikel tersebut sebab ini adalah satu teknologi terbaru yang belum Sofystella baca. Mobile phone ini boleh memaparkan video secara 3D tanpa memakai kaca mata khas malah turut menyokong format 2D.

Nama bagi telefon 3D tersebut ialah LG Optimus 3D P920. Ukurannya 128.8 x 68 x 11.9 milimeter dan seberat 168 gram, saiz telefon pintar ini adalah lebih besar. Reka bentuk luaran berasaskan bahan plastik hitam dan diperkemaskan dengan sentuhan metalik masih mampu mengekalkan ciri ekslusif telefon 3D pertama di dunia.

Dapat melihat gambar  yang lebih menarik.

Sofystella rasa pengguna dapat menikmati format imej Definisi Tinggi (HD) lengkap 1080p kerana sistem 3D yang diperkenalkan hanya mampu menyediakan rakaman visual pada resolusi 720p.  Telefon tersebut masih berada di harga yang rendah kerana ini merupakan percubaan baru dalam dunia teknologi.
Sesuatu yang menarikkan dalam dunia teknologi yang serba canggih ini? Bagi mereka yang suka mengumpul gajet ataupun sukakan teknologi baru pasti akan cuba memilikinya.



Sofystella : Dunia teknologi sangat hebat kerana permikiran yang mencipta teknologi juga hebat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...