Assalamualaikum rakan – rakan semua. Semakin hampir untuk kita menyambut hari kemenangan bagi umat islam di seluruh dunia setelah sebulan menahan lapar dan dahaga. Hari ini Sofystella cukup bersemangat dan memakai baju kurung berwarna kuning yang cukup ceria.
Macam mana dengan persiapan raya rakan – rakan? Semua dah siap? Di akhir Ramadhan para ibu mesti sibuk untuk membuat persiapan rumah supaya meriah dan berseri di hari raya nanti, maklumlah ramai saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang ingin berkunjung di hari raya nanti.
Biskut raya dah siap order? Ataupun buat sendiri? Wah banyak yang kita perlu fikirkan. Cakap mengenai biskut raya tadi, semalam Sofystella meluangkan masa untuk buat biskut raya. Kebayakkan kuih atau biskut raya, Sofystella beli terus sahaja sebab senang. Tahun ini Sofystella buat biskut raya satu jenis sahaja iaitu Conflakes Coklat. Di bawah ini Sofystella tunjukkan cara Sofystella sendiri.
Bahan – bahan yang Sofystella gunakan ialah :
- Kacang tanah.
- Conflake Corn.
- Coklat masakan
- Coklat rice
- Paper cup
Cara nak buat adalah :
- Panaskan coklat masakan untuk mencairkannya.
- Goreng kacang tanah supaya ia masak kemudian biarkan kacang tersebut sejuk.
- Kisarkan kacang tanah tadi supaya hancur.
- Bila coklat telah cair, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
- Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup dan taburkan coklat rice yang berwarna – warni.
- Terakhir sekali Sofystella masukan Conflakrs coklat tadi ke dalam peti sejuk sepaya coklat yang cair tadi dapat membaluti conflakes sepenuhnya. Barulah terasa coklatnya di setiap inci.
Siap untuk di hidangkan di pagi raya nanti J
Sangat senang menyediakan conflakes coklat ini dan kanak – kanak mesti suka sebab ada campuran coklat. Conflakes coklat yang Sofystella tunjukkan ini adalah cara yang tersendiri. Tahun lepas Sofystella pun buat dan mereka kata sedap.
Sofysella : Memang sedap kalau kuih atau biskut raya ada campuran dengan coklat. Ingat nak buka bisnes biskut rayalah.
No comments:
Post a Comment