Hari ini merupakan 21 Ramadhan 1433 iaitu 10 malam terakhir pada bulan ramadhan. Sofystella semalam rasa sepi dan tenang saja, tiada apa – apa gangguan terutamanya bunyi mercun yang membingitkan telinga.
Entry kali ini, Sofystella nak berkongsi tentang ”Malam yang Penuh Rahsia”. Mesti rakan – rakan faham maksud Sofystella. Rasulullah s.a.w mengalakkan umatnya meningkatkan ibadat dan beriktikaf di 10 malam terakhir Ramadhan. Kita perlu merebut ganjaran malam lailatuiqadar.
Sofystella nak share 5 perkara yang patut kita lakukan pada malam 10 terakhir. Jom kita sama – sama buat. Antaranya :
- Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian paling baik selain haruman, Ibnu Abi ’Asim meriwayatkan dari Aisyah : ” Rasulullah jika berada dalam bulan ramadhan, baginda seperti rutin harianya tidur dan bangun.
- Mencari Lailatulqadar
- Baginda bersabda, maksudnya, ”Carilah malam lailatulqadar pada malam 10 terakhir. (Riwayat al-Bukhari). Lakukan solat dan membaca al-quran dengan penuh tertib. Solat jemaah sangat diutamakan. Rasulullah bersabda : ”Sesiapa yang mengerjakan solat isyak dan subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).
- Melewatkan Sahur
- Melakukan iktikaf (Membaca Al-Quran)
- Pada malam itu, turun malaikat jibril dengan izin Allah kerana membawa segala perkara dengan mensejahterakan malam yang begitu berkat sehingga terbit fajar.
- Membanyakkan Doa.
- Allah sentiasa membuka pintu taubatnya kepada hambaNYA.
Sofystella terasa sayu kerana masa begitu pantas mahu meninggalkan Ramadhan. Jadi marilah kita semua manfaatkan 10 malam terakhir ini sebaik mungkin sebelum ia berlalu pergi.
Sofystella : YA ALLAH terimalah aku.
No comments:
Post a Comment