Followers

Friday, 10 August 2012

Kesihatan : Amalan Perubatan Yang Bercanggah Dengan Islam

Pembedahan Batin…Adakah Haram Atau Dibenarkan Dalam Islam?
Seperti yang kita sedia maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya amalan jampi.
Amalan Jampi Dalam Perubatan
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa al-Mu’asirah, suatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat:
  1. Ia mesti disasarkan kepada Allah S.W.T dan nama-namaNya.
  2. Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata yang boleh difahami maknanya.
  3. Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.

Jampi Yang Diharamkan
Antara ciri jampi yang diharamkan adalah seperti berikut
  • Jampi yang mengandungi unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir.
  • Menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau Alhamdulillah” kemudian diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya disudahi dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau seumpanya.
  • Menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung

Firman Allah, Surah Yunus: ayat 106 yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.
Klik Sini Untuk Seterusnya
Berita di sunting dari sumber :My Health

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...