Salam semua…
Post Mummy kali ni Mummy nak sentuh sikit mengenai inti pati Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober lalu. Disebabkan Mummy menulis berkisar perkembangan anak-anak, jadi Mummy nak sentuh mengenai kemudahan pendidikan anak-anak yang pastinya membawa berita gembira kepada ibu bapa semua!
Pendidikan dan anak-anak sememangnya tak dapat dipisahkan. Macam Mummy sendiri, anak Mummy akan berusia 3 tahun pada tahun 2012, Mummy dah mula ‘survey’ taska, play-school untuk dia.. Mungkin sesetengah ibu bapa beranggapan usia 3 tahun terlalu muda untuk dimasukkan ke sekolah, tapi bagi Mummy apa salahnya kita mula beri pendidikan formal seawal mungkin, dan Mummy yakin taska juga takdela mengajar benda berat-berat pada kanak-kanak seawal usia begitu kan!
Berbalik pada Bajet 2012, tahukah anda, sebanyak RM 15 juta diperuntukkan untuk memansuhkan yuran persekolahan. Sebelum ini, pelajar sekolah rendah dikenakan bayaran RM24.50, manakala RM33.50 bagi sekolah menengah. Ianya untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia dan insurans takaful.
Wow!! Syukurlah, kita punya pemimpin yang prihatin. Memang jumlah RM24.50 atau RM33.50 itu tak banyak, tapi pada keluarga yang mempunyai anak yang ramai, dan pendapatan pula kurang, jumlah itu pastinya membebankan. Itu belum tambah duit belanja harian anak-anak, duit buku, alat tulis lagi..
Mummy: Jadi, kita sebagai ibu bapa, jangan abaikan pendidikan anak-anak kita, kerana ia bukan sahaja penting untuk masa depan mereka, malahan beban kita juga telah ditanggung Kerajaan kini!
No comments:
Post a Comment