Followers

Wednesday 9 November 2011

Bajet 2012 Tak Meminggirkan Wanita

Lama dah tak berkongsi cerita dengan rakan 1klik...dalam kehangatan bajet 2012 ni baik kita juga jangan ketinggalan berbincang mengenainya. Ramai mungkin dah tahu yang kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan dan kesejahteraan wanita dalam pembangunan bangsa dan negara.
                                                             Sumber: pemudaiks.blogspot.com

Pengiktirafan ni jelas dalam Bajet 2012 apabila peranan wanita terus dihargai dan dimartabatkan. Dalam bajet ni ada empat inisiatif khusus berkaitan wanita. Antaranya ialah menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan.

Di samping tu, untuk meningkatkan kekuasaan ekonomi wanita, Amanah Ikhtiar Malaysia menyediakan peruntukan dalam bentuk pinjaman mikro (pinjaman kecil) sebanyak RM2.1 bilion kepada usahawan dan keutamaan kepada usahawan wanita. Pembiayaan ni termasuk juga untuk kaum India sebanyak RM100 juta dan Cina, RM100 juta.
Dari segi meningkatkan kesihatan wanita, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk membolehkan wanita mendapat suntikan imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) secara percuma. Suntikan ini bagi memerangi kanser serviks yang menjadi pembunuh kedua kepada wanita. Di bawah bajet 2012 ni juga kerajaan memperuntukkan RM700 juta untuk membina hospital khas untuk wanita dan kanak-kanak dikenali Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.
Selain initiatif khas ini, kita kaum wanita turut juga menikmati initiatif-initiatif lain contohnya dalam pendidikan seperti bantuan pendidikan dan baucer buku kepada pelajar IPTA dan IPTS seluruh negara, kemudahan di bawah program perumahan rakyat, perkhidmatan kesihatan yang lain, pengurangan cukai serta subsidi dan bantuan-bantuan lain.




Anom: Jadi senyumlah dan bersyukur... 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...