Followers

Showing posts with label Peraduan. Show all posts
Showing posts with label Peraduan. Show all posts

Wednesday, 7 September 2011

Pemenang Peraduan 2nd Giveaway

Salam sejahtera,

Hari ini Rakan 1KLIK ingin mengumumkan senarai pemenang Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY! Sebelum itu, kami ingin meminta maaf pada semua peserta kerana terpaksa menangguhkan pengumuman yang sepatutnya diberitahu pada 31 Julai 2011. Kami berusaha mendapatkan penyertaan terbaik dengan komen yang berkualiti. Justeru kami menggunakan khidmat juri khas yang mahir dengan penggunaan bahasa. Sambutan yang diberikan sungguh menggalakkan, disebabkan itu, ia menuntut lebih masa untuk mendapatkan komen yang terbaik. Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab sedikit sebanyak kemusykilan para peserta.

Berikut adalah senarai pemenang
JUARA  : Sarah Naiema
KEDUA : Ummu Ukasyah
KETIGA : Joel Leslie


10 Pemenang Saguhati
1.   Wan Hazel
2.    Rusna Wana
3.    Nanakimie
4.    Aqishah
5.    Amiraliyana
6.    Kaseh Suci
7.    Si Kotak Hati
8.    Mia
9.    Fara Anak Abah
10. Intan Berlian



Kepada para pemenang, anda bolehlah memberi butiran lengkap anda di e-mel: 1klikpmr@gmail.com. Sila sertakan juga nombor telefon untuk dihubungi.



Terima kasih pada setiap peserta yang sudi menyertai Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY. Penyertaan anda sangat bermakna! Teruskan sokongan terhadap blog ini. Kerana lebih banyak pertandingan baru yang akan dianjurkan melalui blog ini.

Wednesday, 1 June 2011

Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY


Salam sejahtera pada pembaca. 

Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan menerusi peraduan Rakan 1Klik GIVEAWAY yang lalu, dengan sukacitanya kami menganjurkan siri kedua peraduan melalui blog Rakan 1Klik. Peraduan Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY dengan syarat yang mudah dan hadiah yang lebih lumayan.

 
Antara syarat utama yang perlu dipatuhi para peserta:

1) Jadilah follower blog Rakan 1Klik
2) Masukkan link blog Rakan 1Klik ke dalam bloglink anda.
3) Masukkan badge Rakan 1Klik 2nd GIVEAWAY di bahagian sidebar blog anda.
3) Sumbangkan mesej atau pandangan MEMBINA & BERNAS di mana-mana entry kegemaran anda. 
4) Komen yang BANYAK & TERBAIK akan disenarai pendekkan sebagai pemenang.


Hadiah yang ditawarkan berupa:

PERTAMA: Kamera Digital Samsung ES80 with 4GB memory card


KEDUA:  Hard disk 200 GB

KETIGA: Hard disk 100 GB

10 hadiah saguhati
 


Sumbangan hadiah-hadiah daripada YBhg. Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia, Pengarah dan Timbalan Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara.
Peraduan ini  bermula dari 1 Jun sehingga 29 Julai 2011. Lebih banyak anda titipkan komen, lebih besar peluang untuk tampil sebagai pemenang. Selamat berjaya!

Friday, 29 April 2011

Pemenang GIVEAWAY Rakan 1Klik

Sampai masanya untuk mengumumkan senarai pemenang. Sekalung tahniah diucapkan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa sertai GIVEAWAY Rakan 1klik.

 Senarai pemenang adalah seperti berikut: 


Para pemenang dikehendaki memberi maklumat berikut: Nama penuh, alamat surat menyurat, nombor telefon ke alamat email ini: 1klikpmr@gmail.com

Peserta yang tidak berjaya jangan sedih kecewa, tiada aral, ada rezeki, Rakan 1Klik akan mengadakan giveaway baru. Mungkin contest? Tunggu entry contest anjuran  Rakan 1Klik pada masa akan datang ya. Jemputlah berkunjung selalu dalam blog Rakan 1Klik.

Pengumuman GIVEAWAY Rakan 1Klik


Atas permintaan ramai, keputusan GIVEAWAY Rakan 1Klik akan diumumkan pada hari ini jam 3 petang. Rebutlah peluang keemasan ini!


Wednesday, 6 April 2011

GIVEAWAY Rakan 1Klik

 
6   hingga 28 April 2011

Jom sertai GIVEAWAY anjuran Rakan 1Klik. GIVEAWAY ini dilancarkan sempena memperkenalkan blog penulis pena Rakan 1Klik kepada umum. Di samping itu, kami ingin menghargai para pembaca yang sudi menziarahi blog ini. Berikut adalah syarat mudah untuk sertai peraduan ini.

Syarat-syarat penyertaan:
1) Follow blog Rakan 1Klik.
2) Masukkan link blog  Rakan 1Klik dalam bloglist anda.
3) Paparkan badge GIVEAWAY Rakan 1Klik di sidebar blog anda.
4) Tulis sebarang komen di dalam kotak mesej entry ini 
berserta nama pena, alamat e-mel dan blog anda.
5) Penulis-penulis Rakan 1Klik tidak layak menyertai GIVEAWAY Rakan 1Klik.

Hadiah yang ditawarkan:
Sebuah kotak barang kemas (5”x7”) untuk 6 pemenang
Pengumuman pemenang:
29 April 2011

Para peserta digalakkan menulis komen di dalam mana-mana entry blog Rakan 1Klik. Peserta dengan komen terbanyak akan disenarai pendekkan sebagai pemenang. Selamat berjaya kepada semua peserta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...