Followers

Showing posts with label Harum Manis. Show all posts
Showing posts with label Harum Manis. Show all posts

Tuesday, 7 June 2011

Projek Pertanian Berskala Besar



Harumanis terpanggil dek ramai yang bertanya nak buat bisnis dalam bidang tanaman pertanian . Alahai macam bermusim pulak la ni. Depa yang nak buat bisnis ni pula semua nak berskala besar. Ya la sejak slogan , “ Pertanian adalah satu Perniagaan” diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ramai usahawan nak cuba berjinak jadi kaya dalam bidang pertanian.

Sebenarnya bila saya risik dengan sahabat di Jabatan Pertanian, banyak peluang dan dah lama pun dilaksanakan di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). Salah satu program yang boleh anda ceburi adalah Projek Berimpak Tinggi (High Impact Projek) yang dinamakan  Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). 

Syarat nak masuk program TKPM ni yang pertamanya  peserta kena ada pengalaman dan kemahiran pertanian. Syarat kedua ialah mesti ada minat dan kesungguhan . Yang ketiga mempunyai modal dan boleh jadi pemimpin serta mempunyai sikap yang terbuka serta berfikiran positif. Peserta projek TKPM ni juga kena sanggup untuk patuh segala peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.

Jadi kalau nak tau lebih lanjut boleh lah sahabat hubungi pejabat Jabatan Pertanian Negeri yang terdekat di negeri masing-masing. Khabarnya Jabatan Pertanian ada sediakan tanah cuma kenalah melalui beberapa proses dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian. 

Harumanis : Doakan , semoga sahabat yang berminat berjaya menjadi usahawan tani yang berjaya.

Thursday, 17 March 2011

Keracunan Racun Makhluk Perosak


Apa dia Racun Makhluk Perosak (RMP)

Racun makhluk perosak adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun paraquat, organofosfat, organoklorin, gliphosate dan arbamat. Racun makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya kepada manusia.

Bagaimana keracunan boleh berlaku?

Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara:
  1. Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak. 
  2. Sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak.
  1. Terhidu racun makhluk perosak.

Siapakah pekerja yang berisiko?

  • Peladang/petani
  • Pekerja ladang/estet
  • Pekerja kilang racun makhluk perosak.










Harum Manis: Nantikan keluaran akan datang ya!  

Thursday, 3 March 2011

Kekalkan Putik Buah Mangga



Sekarang ni musim pokok mangga tengah berbunga dengan lebatnya. Ada tiga sahabat sibuk dok tanya fasal macam mana nak bagi buah mangga kekal matang dan boleh dimakan. 

Sahabat yang pertama mengeluh kata dia mangga dia berbunga dengan lebatnya tetapi selepas satu minggu bunganya gugur… habis. Dah lemah semangat dan nak tebang pokok mangga tu.

Sahabat yang kedua pula mengadu mangga dia berbunga dan berputik sebesar ibu jari tetapi selepas seminggu habis putik gugur. Sekali lagi nak tebang juga pokok tu...

Saya kata jangan tebang. Nasihat saya siram tanah di kawasan bawah kanopi pokok  setiap hari 2 kali sehari sebaik saja kelihatan terbit bunganya.
Sahabat yang ketiga pula bercerita setiap tahun mangga dia berbuah tetapi apabila masak tak boleh dimakan..berulat kata dia. Dia dah bosan dan nak tebang pokok mangga. Nanti sat saya jawab ….





 



Harum Manis: Bagi keluhan sahabat saya yang ketiga tunggu nasihat saya minggu depan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...