Followers

Tuesday, 7 June 2011

Projek Pertanian Berskala Besar



Harumanis terpanggil dek ramai yang bertanya nak buat bisnis dalam bidang tanaman pertanian . Alahai macam bermusim pulak la ni. Depa yang nak buat bisnis ni pula semua nak berskala besar. Ya la sejak slogan , “ Pertanian adalah satu Perniagaan” diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ramai usahawan nak cuba berjinak jadi kaya dalam bidang pertanian.

Sebenarnya bila saya risik dengan sahabat di Jabatan Pertanian, banyak peluang dan dah lama pun dilaksanakan di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3). Salah satu program yang boleh anda ceburi adalah Projek Berimpak Tinggi (High Impact Projek) yang dinamakan  Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). 

Syarat nak masuk program TKPM ni yang pertamanya  peserta kena ada pengalaman dan kemahiran pertanian. Syarat kedua ialah mesti ada minat dan kesungguhan . Yang ketiga mempunyai modal dan boleh jadi pemimpin serta mempunyai sikap yang terbuka serta berfikiran positif. Peserta projek TKPM ni juga kena sanggup untuk patuh segala peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.

Jadi kalau nak tau lebih lanjut boleh lah sahabat hubungi pejabat Jabatan Pertanian Negeri yang terdekat di negeri masing-masing. Khabarnya Jabatan Pertanian ada sediakan tanah cuma kenalah melalui beberapa proses dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian. 

Harumanis : Doakan , semoga sahabat yang berminat berjaya menjadi usahawan tani yang berjaya.

15 comments:

annur_islam said...

Thanks atas info yang menarik!!
Saya mahasiswa dalam bidang pertanian suke atas entry yang dibincangkan..sedikit sebanyak menambah pengathuan saya mengenai projek pertanian berskala besar yang dianjurkan oleh pejabat pertanian..sebenarnya baru baru nie saya juga telah menghadirkan diri dalam perasmian tanam kekal di Batang merbau, Tanah Merah, Kelantan..tanaman yang ditanam oleh peserta di ctu melon n cili.. saya agak kagum dengan semangat dan usaha para petani dalam menyara keluarga serta bersungguh sungguh dalam melakukan pekerjaan..serta terima kasih kepada pihak jbatan pertanian kerana memeberi peluang ini kepada petani.."Bertanni satu Ibadah"

rusna wana said...

orang yg betul2 minat jer boleh bjaya dlm bidang pertanian ni - disamping kekuatan fizikal dan mental yg kuat membolehkan mereka akan terus bjaya

rusna wana said...

suka komen annur_islam - bak kata pepatah apabila kita "berbudi pada tanah" kta akan mendpat manfaat daripadanya...

Mia said...

Maju Pertanian!! Good Luck to all! :)
and good luck to annur_islam

cikbintang said...

bidang pertanian amat cerah masa dpnnye...sokong annur islam...gudluck

myspace said...

setiap bidang yg diceburi memerlukan komitmen yang tinggi...begitu juga dlm bidang pertanian ni. Rajin dan usaha tangga kejayaan dan jalan menuju kekayaan. pertanian satu ibadah.

amiraliyana said...

kalau kita berbudi pada tanah takdak ruginya. hasil dia boleh di manfaatkan dengan sebaiknya.

♥CHaRa♥ said...

tak semestinya bertani keje tak bagus.tapi kebanyakan org berjaya sumenya dengan bertani..

nanakimie said...

byk sumber makanan kita dari pertanian.teringat pulak iklan sebutir nasi ibarat setitik peluh petani.renung2kan:)

stuju dgn slogan kmenterian pertanian "pertaniah adalah perniagaan".moga lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian.stuju jgn dgn annur islam, "pertanian satu ibadah".moga annur berjaya dalam bidang yg diceburi:)

Wan_hazel said...

bertani sau ibadah..bebrudilah pada tanah...ada hikmahnya

kaseh suchi said...

tapi sayang..yang minat bertani kbnyakan golongan ayah2 n mak2 kita je kan

cer kalao yang minat tu remaja...
pasti malaysia makin hijau...=)

kaseh suchi said...

memang sesuwai sangat laaaa kerajaan mengsasarkan pengeluaran padi 5 kali dalam masa 2 tahun....

pertanian adalah perniagaan
perniagaan pula ialah 90% sumber kekayaan =)

xpayah join skim cepat kaya ke pape...bertani lebey baek =)

Wan_hazel said...

remaja skang nie kuat melnting..nak keje dalam air cond je..padahal pertanian lebih mendatangkn keuntungan..

Ummu Ukasyah said...

Pertanian ni kalau tak ada minat takkan menjadi. Begitu juga berniaga ada minat tapi tiada kesungguhan serta kecekalan pun takkan menjadi.

Ummi pernah dulu bersemangat nak berbudi pada tanah, tanam itu ini dekat kebun sekangkang kera, akhirnya malas menjadi penghalang kemajuan kebun tersebut (tanam sekadar isi masa lapang).

Ummi setuju dan sokong dengan niat murni kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan Usahawan Tani yang produktif dan berjaya.

Niat murni kerajaan supaya golongan petani membuat anjakan paradigma dan menam dalam minda bahawa sektor pertanian harus diluruskan sebagai satu entiti perniagaan amat ummi sokong 100%.

Ni akan menarik lebih ramai anak muda yang menganggur untuk berbudi pada tanah. Apapun semua bergantung dengan niat dan keyakinan diri.

Wan_hazel said...

Ummu Ukasyah

betul tu...malas tu penyakit plg bhaya..kalau tak de kesungguhan makna nye tak kan jadi lah..pendorong tu penting jugak..


kerajaan dah beri jalan so kita mabik jalan yg dah diberi dan berusha lah jadi petani modern..Insya Allah boleh dapat rezeki lebih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...