Penggunaan steroid di kalangan atlet
profesional adalah fakta yang terkenal. Namun, banyak orang yang tidak
menyedari bahawa penggunaan steroid telah mula menjadi masalah di sekolah menengah,
terutama di kalangan mereka yang terlibat dalam sukan. Tidak menjadi perkara
mengejutkan apabila remaja mula menggunakan steroid, dan mengalami kesan
sampingan negatif daripada penggunaan nya itu.
Apabila ditanya mengapa menggunakan steroid
pada waktu umur yang muda, alasan mahukan otot-otot tubuh yang tegap dan maskulin
menjadi alasan utama para remaja lelaki untuk membina otot, tetapi sayangnya dengan
cara yang salah.
Kajian yang dilakukan terhadap 2,800 pelajar
di Amerika Syarikat baru-baru ini juga menunjukkan satu dari nisbah 3 (1:3)
remaja lelaki satu dari nisbah lima (1:5) remaja perempuan secara rutin
mengambil serbuk protein atau ‘protein shake’ dan pembina otot non-steroid
seperti’ Kreatin’.
Steroid anabolik juga sering dikaitkan dengan
pembina badan dan atlet, tetapi ramai orang muda mula mengambil steroid haram untuk
meningkatkan saiz mereka, kekuatan, atau jisim otot mereka.
Para ibu bapa seharusnya mengambil langkah berwaspada
dengan trend ini kerana kesan sampingan penggunaan steroid cukup berat.
Oleh itu, untuk panduan ibu bapa, jika anak menunjukkan perilaku yang berbeza,
seperti menjadi lebih agresif, taksub pada bentuk tubuh sendiri, atau mempunyai
perubahan nafsu makan yang dramatik, lakukan pemeriksaan contoh air kencing d an
sampel darah secara berkala supaya anak boleh dikenal pasti sama ada mereka
menggunakan steroid atau tidak.
AveiroPJ - dah macam ayam pulak manusia sekarang nie..cucuk-cucuk.. =)
No comments:
Post a Comment