Followers

Wednesday, 21 September 2011

Keruntuhan Akhlak - Kesan Ke atas Negara


Tidak dapat dinafikan juga, keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar pada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Beberapa kesan yang ketara pasti akan wujud samada melibatkan kesan jangka panjang atau pendek kepada negara ini. Antara kesan yang akan berlaku ialah:

a)   
  •  Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Negara akan mengalami kerugian yang sangat besar kerana generasi pada masa kini tidak mempunyai akhlak baik dan yang diinginkan dan hal ini menyebabkan negara akan kehilangan pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk mentadbir negara.
  • Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat. Pembangunan susah untuk berkembang dan dijalankan oleh kerajaan kiranya keruntuhan akhlak berada pada tahap yang membimbangkan. Kerajaan akan dibebani pelbagai masalah yang boleh menghalang kerancakan pembangunan negara.
  • Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Perbuatan berjudi, berzina, perbuatan seks diluar tabii, kes-kes rogol dan pembuangan bayi, serta ketagihan dan penagihan dadah akan makin berleluasa.
  • Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat peningkatan kadar jenayah. Kerajaan terpaksa menggunakan belanja yang lebih dalam menguruskan remaja-remaja dan bagi mengatasi remaja yang bermasalah ini. Contoh yang paling ketara ialah perbelanjaan kerajaan dalam menguruskan penagih-penagih dadah di pusat-pusat serenti serta perbelanjaan kerajaan untuk membaik pulih kemudahan awam yang disebabkan oleh perbuatan vandalisme.
  • Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Mereka akan mudah dan cepat terpengaruh dengan budaya-budaya kuning dan juga budaya barat yang sentiasa ingin menghancurkan remaja islam pada hari ini. 

1 comment:

rusna wana said...

Jatuh dan bangunnya sesebuah negara itu bergantung kepada anak2 muda masakini yg akan mencorakkan negara pada masa akan datang..jika keruntuhan moral di kalangan anak2 muda masa kini tidak dapat dibendung , maka adakah kita akan dapat melahirkan negara yg berkualiti dan maju di masa akan datang?
fikir2kan lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...