Followers

Wednesday, 10 August 2011

Bubur Pedas Menu Istimewa Ramadhan



Menapak kaki di bulan Ramadhan membuatkan Cik Sally begitu teruja. Apatah lagi berpeluang menjalani ibadah puasa bersama keluarga selepas bertahun di negeri orang. Hasilnya setiap kali berbuka, meja penuh dengan juadah dan Alhamdulillah setiap hidangan pasti licin. Almaklum makan ramai-ramai memang berselera.

Apa yang Cik Sally ingin kongsikan adalah menu istimewa ramadhan bagi masyarakat Melayu Sarawak iaitu Bubur Pedas. Sedap tau… nak cuba? Lan (jom) datang sitok (sini).

Bubur pedas sememangnya sangat sinonim kepada masyarakat Sarawak semasa bulan puasa. Kelazatannya usah dipertikai. Bubur pedas ni, mengandungi pelbagai campuran antaranya daging/ udang/ ayam, santan, kulit lembu (yang telah diproses), pebagai sayuran hutan seperti rebung, daun kunyit, mengkudu dan lain-lain (mengikut citarasa). Yang paling penting, perencah bubur pedas atau “bumbu bubur pedas”. Tanpa bumbu maka bubur pedas tidak akan menjadi.

Bumbu ini pulak diperbuat daripada beras, kunyit, lengkuas, dan macam-macam lagi rempah ratus tambahan yang Cik Sally pun kurang arif (selalu dapat yang dah siap dari makcik). Bahan-bahan ini diproses sehingga berbentuk serbuk atau di sebut bumbu. Ia tahan selama beberapa bulan bergantung dengan cara menyimpan.

Mesti kalian tertanya-tanya kenapa di sebut bubur pedas? Hidangan ini sedikit sebanyak menyerupai bubur sebab bahan-bahan campurannya dipotong kecil dan setelah masak ia kelihatan hancur serta pekat. Warnanya yang kekuningan dan bau sahaja sudah cukup membangkitkan selera di bulan puasa. Bubur pedas ni sedap dimakan begitu sahaja ataupun di hidangkan bersama nasi.

Apa pun ia antara masakan tradisional masyarakat Melayu di Sarawak dan turut digemari oleh pelbagai kaum. Inilah nikmatnya bumi Malaysia yang berpaksikan 1Malaysia. Saling berkongsi dan menghormati sesama kita.


Sally: Seronok berbuka bersama keluarga dengan juadah bubur pedas. Cubalah!

3 comments:

Balanglama said...

Wah, beruntung Cik Sally kerana dapat berpuasa bersama ibu bapa sekeluarga. Teringat saya keseronokan ketika berpuasa bersama ibu ayah serta adik- beradik di kampung dulu. Apa saja masakan kegemaran, pasti terhidang ketika berbuka. Tapi, semua itu tinggal kenangan saja kerana ibu bapa saya sudah pergi menghadap Ilahi dan ada adik beradik juga telah mengikut jejak mereka.

Sempena bulan mulia ini, saya ingin berpesan kepada sdr yang masih mempunyai ibu bapa supaya selalulah dampingi mereka dan ceriakanlah hati mereka kerana peluang ini tidak akan berulang setelah mereka tiada nanti. Aidilfitri pun tak kan lagi seindah yang pernah kita rasai ketika hayat mereka masih ada.
-- Balanglama

Ummu Ukasyah said...

Rindunya ummi nak makan bubur pedas. kat Johor ni tak ada jual bumbu bubur pedas. Bubur pedas sangat sedap kalau banyak campuran sayur-sayur,perut lembu dan udang.

Sedap sangat. Boleh dikatakan kalau kat rumah ummi, hari-hari ada je orang sedekah bubur pedas dengan bermacam-macam variasi. Yang penting sedap bumbunya sedaplah bubur pedasnya.

bagi yang tak pernah makan bubur peda, ummi pasti anda tak akan menyesal jika mencuba untuk pertama kali.

rusna wana said...

mesti sedap kan..? tapi kat KL ni, memang susahlah nak dapat lah...
Bubur pedas ni menu utama bulan puasa ke cik sally? mcam bubur lambuk juga lah kan..
apapun, utk BALANG LAMA - memang kenangan berpuasa bersama2 keluarga adalah kenangan yg paling manis dan terindah...best kan..mcam saya pula, lagi best, sebab kami keluarga besar, adik bradik seramai 9 orang - bila time berbuka dan bersahur tu memanglah meriah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...